Assalamualaikum...
Sambungan daripada entry Mencari Jalan - Pengenalan.
Kejayaan? Apa yang dikatakan kejayaan?
Pada pandangan aku, kejayaan adalah perjalanan menuju tujuan. Aku berkongsi pandangan ini daripada ceramah-ceramah motivasi yang aku pernah dengar.
Ada orang berpendapat, kejayaan adalah subjektif. Aku pula berpendapat sebaliknya. Ukuran kejayaan bergantung kepada masing-masing, namun ia bukan subjektif. Ini kerana perjalanan menuju kejayaan adalah perjalanan untuk mencapai tujuan akhir. Sebelum tiba ke garis akhir, akan ada hentian-hentian di sepanjang perjalanan tersebut.
Sepanjang perjalanan tersebut juga, akan ada persimpangan yang memerlukan kita membuat pilihan. Walau bagaimana pun, bila kita jelas dengan tujuan akhir, proses membuat keputusan akan menjadi lebih mudah.
Nah kau! Jalan sangat ye! - Gambar ini share dari najasyakila.blogspot |
Sekarang, penting untuk kita jelas, apa sebenarnya garis akhir kita? Ini pendapat aku. Garis akhir adalah garis di mana kita sudah tidak layak atau tidak boleh lagi membuat pilihan. Selepas daripada garis tersebut, apa yang ada hanyalah keputusan; sama ada tujuan akhir kita tercapai atau pun tidak.
Komponen-komponen dalam mengharungi perjalanan menuju garis akhir termasuklah:
- mengenal pasti tujuan akhir
- mengenal pasti hentian-hentian
- mengenal pasti langkah pertama
- membuat pilihan
- melaksanakan
Proses ini pernah aku cerita dalam entry Proses Yang Cantik. Aku juga pernah cerita pasal pilihan dalam entry Kita Ada Pilihan Ke?.
Kita inginkan kejayaan. Kita pernah dengar kejayaan orang lain, kita lihat dengar kejayaan orang lain, malah kita boleh rasa kejayaan orang lain. Kita macam mana?
Perjalanan menuju kejayaan tidak sesusah yang disangka. Cuma kadang-kadang kita sedikit tergesa-gesa, kalut, rushing, tak sabar dan akhirnya, plan lari. Bila plan sudah lari, semua pun kacau-bilau lah. Bila semua kacau-bilau, kita akan lupa dengan tujuan akhir yang asal. Bila dah lupa dengan tujuan akhir yang asal, hilanglah sifat bersyukur. Akhirnya, yang kecewa dan berdukacita, akak dan keluarga akak jugak, dik!
Bila dah sampai masa itu, barulah nak cakap, setiap musibah pasti ada hikmah. Siapa yang cari musibah tersebut? Akak dan keluarga akak jugak, dik!
JADI, tujuan asal kena jelas.... plan kena jelas. Seterusnya, SABAR & SYUKUR perlu sentiasa diperbaharui. Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah... there is the waaaaaaay.. (nasyid).
Nasyid-nasyid jugak... aku ingatkan diri aku dan diri-diri habibullah sekalian, jalan kita telah terbuka luas sejak Adam diturunkan sebagai khalifah di muka bumi. Ambillah peluang itu!
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment