POST

Saturday, March 16, 2013

BERITA


Assalamualaikum

Hari-hari kita didedahkan dengan berita-berita dalam dan luar negeri. Kadang-kadang berita dalam rumah sebelah pun sampai kat telinga kita. Tak termasuk berita yang menyakitkan telinga, berita yang menyakitkan hati, berita yang menggembirakan malah ada juga berita yang tak perlu kita ambil pusing.

Sejak tiga empat minggu yang lalu, kita dikejutkan dengan pertempuran demi pertempuran di Lahad Datu, Sabah, Ramai yang peka dengan berita ini. Malah ramai juga yang teringin terlibat sebagai pemberita.

Berita itu menyedihkan seluruh negara. 

Tapi, bagai tsunami melanda, pelbagai teori dan andaian tersebar dari Perlis sampai ke Sabah. Pelbagai berita yang tak dapat disahihkan berselerak dalam Facebook, Twitter  dan pelbagai media sosial yang lain. Seolah-olahnya, pembawa berita-berita ini berada di tempat kejadian dari awal mulanya. Ada teori yang membuakkan perasaan marah, ada teori yang menyentap jantung dan sanubari.

Rakan-rakan pembaca sekalian,

Berita bagai angin lalu, takkan semua angin yang lalu depan kita, kita sedut habis. Berita yang datang kita kena tapis, guna pertimbangan mengikut keutamaan. Ini tidak, semua kita sapu masuk dalam kepala hotak, kesian kat "kelapa" hotak kita, semua dia nak kena ambik.

Umpama pokok, angin ribut datang melanda, akar tetap mencengkam bumi, daun tetap macam tu, buah pun tetap macam tu, batang pun tetap macam tu. Angin datang sepoi-sepoi bahasa pun, macam tu juga. Rileks saja. Pernah tengok pokok masa ribut? Lepas angin ribut pun, pokok tetap melepaskan oxygen ke dalam udara/persekitaran (kalau siang la). Dia tetap dengan kerja dia.

Sama juga dengan hidung kita, dalam ribut ka, dalam angin sepoi-sepoi bahasa ka, udara yang masuk tetap dalam julat jumlah yang sama. Siap ada penapis lagi dalam hidung. 

Utamakan berita yang baik dan berguna untuk disebarkan. Ada berita yang kita anggap bagus untuk disebarkan, belum tentu bagus untuk telinga dan perasaan orang. Apa saja yang kita boleh rasa, orang pun boleh rasa. Jeng.. jeng.. jeng...

Aku hanya memberi pandangan...

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...