POST

Showing posts with label AKHLAQ. Show all posts
Showing posts with label AKHLAQ. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

Mental Attitude

Assalamualaikum...

Malaysia memang kaya dengan perayaan. Dalam masa sebulan sahaja, kita telah melalui perayaan Hari Raya Aidil Adha, Deepavali dan semalam Ma'al Hijrah.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Salam Hijrah untuk semua. Kepada penganut agama Hindu, Happy Deepavali.

Dalam masa sebulan lebih ni jugak, aku tersibuk sikit. Teringin nak menulis tapi masa agak terhad, tambah dengan mood menulis terbabas sikit. Aku juga baru belajar tentang Mental Attitude, menarik juga untuk dikongsi bersama.



Mental adalah hal dalaman manusia, termasuklah HATI dan AKAL.

HATI - secara asasnya adalah diri manusia itu sendiri. Ia berhubung rapat dengan KETUHANAN dan KEMANUSIAAN. Ada orang yang memanggilnya JIWA.

Tuesday, July 16, 2013

RAMADHAN - PEMBUKA JALAN

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan 1434H.
Selamat Berpuasa
Banyak peristiwa yang telah kita lalui sebelum kembali menempuh Ramadhan tahun ini. Syukur atas rahmat Yang Maha Kuasa, kita telah dipanjangkan usia menghadiri bulan yang penuh keberkatan ini.

Setiap tahun, aku sering mendengar pelbagai tazkirah (Bahasa Melayu: peringatan) berkenaan Ramadhan dan kelebihan-kelebihan bulan mulia ini sering disiarkan dalam media-media utama. Semuanya bagus dan memberi input yang bermanfaat.

Wednesday, June 12, 2013

CERMIN: MENERIMA MEREKA SEADANYA

Assalamualaikum...

Ada orang yang menerima dirinya seadanya, ada orang yang merungut tentang dirinya sendiri, ada orang yang tak peduli dengan keperluan dirinya. Kita macam mana? 

Dari sudut psikologi, apa yang aku kutip dalam satu kursus yang aku hadiri, orang tidak boleh menerima keadaan dirinya cenderung untuk bersifat negatif kepada orang lain.

Hiasan

Tuesday, May 28, 2013

DULU AKU... SEKARANG, AKU...

Assalamualaikum..

Semalam, anak aku mengamuk sebab aku tak nak tutup pintu. Pelik jugak, pasal apa mengamuk. Aku pun tanya punya tanya, rupa-rupanya, dia takut tengok pokok belimbing buluh depan rumah (agak rimbun) ditiup angin. Aku pun janji dengan anak aku untuk potong sikit dahan-dahan pokok tu, tak biar rimbun sangat. Kesian tengok dia, takut tak pasal-pasal.

Hiasan
Budak sifatnya suci. Pemahamannya, pemikirannya dan juga pengamatannya hanya berdasarkan keperluan semasa. Kalau dia nak sesuatu, time tu juga dia nak. Bila kita offer masa lain, belum tentu dia akan berminat. Selepas sekian masa, pemahaman dan pemikirannya akan berubah mengikut pengamatannya atau pengalaman dari hari ke hari. Jika kita mendedahkan pengalaman yang negatif, perasaan dan pengalaman itu akan kekal lama dalam kepalanya.

Thursday, April 18, 2013

PERSONA DIRI - MAAFKAN AKU

Assalamualaikum...

Sekadar hiasan
Ketinggian peribadi diri seseorang terletak pada budi dan pekertinya. Lagi tinggi budi dan pekertinya, lagi tinggilah dirinya. Cuba bayangkan, orang yang tiada budi dan pekerti, malah masih boleh berbangga dengan dirinya, masuk akal tak?

Apa yang aku maksudkan ialah penerimaan orang terhadap diri kita. Jika emas dan permata menjadi kunci kemegahan diri kita, pasti kita akan takut kehilangannya. Begitu juga dengan wang ringgit, ketampanan dan kecantikan atau apa sahaja, kita akan terasa takut hilang. Jadi mengapa tidak budi pekerti, hilangnya ia akan melenyapkan keperibadian diri kita.

Namun begitu, peribadi juga boleh lenyap sekelip mata jika "Maafkan aku.." tidak pernah keluar dari mulut kita. Mengakui kesilapan amatlah berat, tercalar ego, jatuh air muka dan macam-macam perasaan lagi. Tetapi memohon maaf lebih-lebih lagi beratnya.

Friday, April 12, 2013

PERSONA PERIBADI - AKU APA?

Assalamualaikum..

Pernah sekali aku berbual dengan ayah tentang SIAPA. Ayah aku pun cerita sikit pasal SIAPA. Perkataan "siapa" tu datang dari gabungan "Si" dan "Apa". 

Berfikir sejenak, "..so..?" ewah, cakap omputih plak aku.

Ayah aku cerita lagi, cuba tengok perbualan orang Melayu seharian, "Sapa yang kenduri?", "Si apa tu, Si mad sebelah rumah penghulu.." Contoh sajalah. 

Si Luncai, Si Kancil, Si Tempang, "Si" merujuk kepada "yang tersebut", penunjuk kepada nama "yang tersebut" berdasarkan fizikal (tempang, buta, kaya dsbgnya), perlakuan (penipu, penjahat) atau nama yang membayangkan sifat (kancil, buaya, Bujal, Luncai, Pandir).

Itulah yang ayah aku cerita... 

Monday, February 25, 2013

Minda



Assalamualaikum...
wanzpyra.wordpress.com (Kuasa Minda)
Tadi aku telah menonton TV2 BlockBuster, tajuk "Love Happen". Rasanya ramai yang tengok cerita ni. Aku cuma ingat heroine dia saja, yang berlakon dalam sitcom Friends.

Hero dalam cerita ni, seorang penceramah motivasi. Apa yang aku suka pasal cerita ni, dia ada selitkan pasal "State of Mind". Macam mana otak kita boleh corakkan kita tanpa kita sedar.

Aku juga pernah baca pasal macam mana minda kita sangat ajaib, mampu merakam pengalaman sebanyak mana pun yang ada atas muka bumi ni, malah mampu mengeluarkan balik apa yang telah dirakam, yang kadang-kadang kita pun dah lupa dari mana kita dapat pengalaman tu.
 
Aku seorang yang skeptikal, itu tak dapat aku nafikan. Tapi apa yang aku baca tu pun, aku tak dapat nafikan.
 
Apa yang aku boleh simpulkan, selagi ada hayat dikandung badan, selagi itulah kita harus melaksanakan kebaikan kerana segala perbuatan kita memang auto-recorded  walaupun kita tak mahu ianya dirakam. Setiap yang telah dirakam pasti akan keluar semula. Secara sedar atau tidak, setiap apa yang telah dirakam itu akan menjadi sebahagian daripada pengalaman hidup kita dan kita akan guna pengalaman tu dalam hidup kita sehari-hari. Masa tu ianya dipanggil TABIAT.

Pernah dengar pantun ni?
 
Siakap senohong, gelama ikan duri 
Bercakap bohong, lama-lama mencuri

Orang tua-tua dulu pun sedar tentang hal ni, sebab tu pantun ni wujud. Tabiat yang baik akan mengasuh MINDA yang baik. Menarik kan? Bila kita nak start mengasuh minda kita? Aku nak start sekarang jugak, boleh?

Alhamdulillah.


Friday, January 18, 2013

Mengiktiraf Kebaikan

Assalamualaikum..

Semalam aku tidor lambat, tolong orang rumah dalam kerja dia, siapkan abstark untuk submitt  pada bos dia. Susah juga nak buat research ni ye. Dari tiada kepada ada, bukan kerja senang la.

Dari tiada kepada ada. Uish! Macam mana tu?

Semua perkara dalam dunia pun, dari tiada kepada ada. Tiada hubungan kepada ada hubungan. Tiada duit kepada ada duit. Tiada keluarga kepada ada keluarga. Pendek kata, perkara berfizikal mahupun tidak berfizikal semuanya dari tiada kepada ada.

Yang berbentuk fizikal, akan kembali kepada tiada atau hancur atau rosak. Tetapi yang tidak berfizikal kembali kepada tiada dengan cara menghilang.

Persoalannya, adakah kita sedar bahawa kita ini datang dari tiada? Sebelum kita lahir ke dunia, kita tiada di dunia ini. Kan? Sedar tak? Jadi, apa yang membezakan kita dengan orang lain? Wajah? Persona?

Kadang-kadang kita melihat diri kita mengatasi orang lain. Lebih baik dan lebih-lebih. Mengapa? Kadang kita melihat apa yang kita pegang lebih baik. Apa yang orang buat semua tak kena pada tempat, kita saja yang kena. Mengapa?

Apa yang aku cuba sampaikan, mari kita sama-sama melihat diri kita dan orang lain dari perspektif yang berbeza. Instead of looking for bad things, try to recognize good things.  Mengiktiraf kebaikan yang ada pada orang lain, lebih baik daripada mencari keburukan. Sebab? Pertama, perkara baik akan menjadi buah mulut. Jadi, kita hanya akan mendengar yang baik sahaja dari sekeliling kita. Kedua, perkara baik akan menjadi ikutan. Yang ketiga, anak-anak akan senang diasuh.

Monday, January 7, 2013

Semalam, Sekarang, Esok

Assalamualaikum..

Hari ni, aku pergi kedai jalan kaki. Kereta masih di workshop.  Sambil berjalan, aku melihat suasana yang sama sahaja sejak seminggu yang lalu.

Adakah suasana yang aku tengok hari ni sama dengan semalam? Adakah suasana esok masih akan sama dengan hari ini? Terfikir jugak, kalau sama, apa yang sama? Kalau tak sama, apa yang tak sama? Apa pun suasananya, semoga aku masih mampu berjalan dengan aman seperti hari ini.

Baru-baru ni aku layan TV9, Kung Fu Panda, ada satu kata-kata yang aku rasa agak famous,  

"Yesterday is a history, tomorrow is a mystery, today is a gift...."

Banyak perkara semalam adalah kenangan buat kita. Ada yang sedih, ada yang gembira dan pasti ada juga yang kita tak nak kenang lagi. Semalam adalah sejarah jika ia tertulis. Semalam adalah sejarah jika ia adalah acuan siapa kita pada hari ini. Jika tidak, ia hanyalah kenangan semata-mata. Adakah peristiwa semalam menjadi sejarah atau sekadar kenangan kepada kita? Kenangan sifatnya sentimental manakala sejarah sifatnya objektif dan tidak memihak.

Ada orang kata, "Sejarah ditulis oleh yang menang.." atau "History was written by the winner...". Betul ke, aku tertanya-tanya juga. Siapa yang menang? Jika itu keadaannya, adakah sejarah yang tertulis itu benar? Boleh jadi ya, boleh jadi tidak, kan? Apa-apa pun, sejarah tetap sejarah walau siapa pun penulisnya.

Apa yang aku cuba sampaikan adalah, apa yang kita faham tentang sejarah kita? Diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita seterusnya kehidupan kita seluruhnya. Apa yang kita faham? Adakah dengan kefahaman itulah yang membentuk kehidupan kita pada hari ini? Atau mungkin kita tidak tahu dan dengan itu hidup kita pada hari ini dibentuk oleh keadaan hari ini?

Monday, December 17, 2012

Apa Nilai Diri Aku?

Assalamualaikum

Nilai tu apa? Jom check Kamus.

Nilai adalah kata nama:
  1.     Bersinonim dengan harga: kimah, aji,
  2.     Bersinonim dengan kadar: nisbah, skala, ukuran, timbangan,
  3.     Bersinonim dengan mutu: kualiti, darjat, darjah, harkat, 
Apa kepentingan nilai?

Sunday, December 16, 2012

Kita Ada Pilihan Ke?

Assalamualaikum

Syukur kepada Allah, dalam seminggu ni aku telah melaksana satu job  dan hasilnya, anak aku yang dah lama minta nak makan Domino Pizza, lepas la hajat dia. 

Dalam entry  ni aku nak kongsi pasal perbincangan aku dengan orang rumah aku tentang "Kita Ada Pilihan Ke?"

Untuk memahami sama ada dalam hidup kita ni, kita ada pilihan ke tidak, pada pandangan aku sahaja, kita kena faham apa yang dikatakan perkara yang telah ditetapkan dan perkara yang kita kena pilih.

Jom kita tengok apa perkara yang telah ditetapkan. Perkara yang telah ditetapkan adalah perkara yang tidak boleh berubah, atau dalam sains dipanggil HUKUM. Contohnya, Hukum Graviti. Secara ringkasnya, hukum alam adalah perkara yang telah tetap. 

Apa pula perkara yang boleh kita pilih?

Monday, December 10, 2012

Aku, Engkau dan Dia

Assalamualaikum..

"Aku rasa, tok ketua tak patut biar kampung kita kotor.." Jali memulakan bicara, sambil menjamu sarapan pagi di warung Lan anak Pak Teh Deghoyan.

"Engkau kena dengar apa yang aku cakap ni baik-baik. Bukan tok ketua tak bagus, tapi dia biar saja orang buang sampah merata-rata." Jali menyambung kata-katanya, ditujukan kepada Bidi, anak saudara Tok Ketua Kampung Angin Lalu.

"Betul tu Bidi, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Anak Pak Lang Tayar, buang sampah kat tepi kedai tayar dia, Tok Ketua nampak, buat tak nampak saja. Tu namanya tak bertanggungjawab." Sabu menyampuk.

"Dah, abang Jali dengan abang Sabu nak saya buat apa?"

"Tolong la tegur pak saudara kau tu." Jali menambah.

"Abang pergi la tegur sendiri. Yang abang Sabu nampak Man buang sampah, pasal apa tak tegur?"

"Aku segan la. Tok Ketua ada situ."

"Sampah kat kaki abang tu, abang tak nak kutip ke, masuk ke tong sampah.."

"Kau ni, aku cakap pasal Tok Ketua. Jangan nak tukar topik.."

&&&&&&&&&&&

Friday, November 30, 2012

Kawan dan Kahwin - Episod 3

Assalamualaikum

Perkahwinan bukan mainan. Hubungan antara lelaki dan perempuan dalam satu perkahwinan, bukan sahaja mendapat redha Allah, malah juga redha manusia.


Namun, institusi perkahwinan kini mendapat tentangan sengit daripada semangat bercinta yang makin bercambah. Bercinta itu tidak salah, pokok pangkalnya, adakah kita bercinta dengan penuh tanggungjawab? Tanggungjawab yang macam mana?

Percintaan biasanya melibatkan sepasang kekasih, atas dasar suka menyukai. Namun, hubungan itu biasanya disemai dan bercambah tanpa ikatan yang jelas. Daripada hubungan itu timbul perasaan "insecure". Seterusnya, bila perasaan insecure ini berkembang, mulalah dialog baru, "kalau U cintakan I, buktikan..". Mulalah nak merepek dengan segala perangai. Itu fenomena yang kita biasa dengar. Apa yang pelik, ia sentiasa berulang-ulang dari dulu. Kita tak pernah ambil pengajaran ke? Anak-anak muda kita tak pernah tahu ke?

Kalau dah cinta, letakkanlah tanda. Tanda macam mana? Buktikanlah dengan satu perjanjian. Kalau adat Melayu, bagilah cincin tanda oleh keluarga lelaki kepada keluarga wanita. Kalau asyik cakap saja, "I lap U". Jawab pula sorang lagi, "I lap U too.."lama-lama kering lagu tu saja, pakat dok lawan lap.

Wednesday, November 28, 2012

Kawan dan Kahwin - Episod 2

Sambungan dari entry yang lepas.

Berkawan dan Berkahwin, apa dan mengapa? Aku tulis sebab orang tanya, lepas tu, aku rasa cantik juga kalau kita kongsikan perkara ini bersama, kongsikan pendapat kita agar kita sama-sama ambil iktibar, boleh kan?

Dalam budaya Melayu, agama menjadi teras kehidupan. Orang Melayu, semasa beragama Hindu, berpegang kuat kepada Hindu, bila beragama Buddha, berpegang kuat pada Buddha, begitulah seterusnya, bila Islam menjadi teras hidup, orang Melayu berpegang kuat pada Islam sehingga ke hari ni.


Budaya Melayu kita tidak menonjolkan hubungan lelaki dan perempuan sebagai bebas. Ini kerana, dalam perhubungan lelaki dan perempuan tertulis perkataan tanggungjawab, yang hanya dapat disempurnakan dengan akad dan nikah. Tanpa akad dan nikah, perjanjian tanggungjawab antara 2 jiwa tidak mungkin berlaku.

Kawan dan Kahwin



Senario 1

"Kalau saya tanya abang sikit boleh?"

"Tanya apa?" aku mendongak kepala melihat si yang bertanya. Anak gadis awal 20-an dengan wajah serius. 

"Kalau saya suka kat seseorang tu, apa patut saya buat. Kalau dia nak berkawan dengan saya, boleh tak?"

"Ish! Buat apa tanya abang, tanya la bapa awak. Abang tak ada tanggungjawab untuk menjawab soalan macam ni." aku cuba mengelak.

"Saya bukan apa, kadang-kadang tu terasa juga. Orang lain ada boyfriend. Saya pun teringin nak ada boyfriend." 

"Hang ni, teringin apa pulak? Nak kahwin ka?"

"Tak lah. Nak kawan-kawan saja." sepupu aku ni memang petah bab bercakap. Ada saja alasan atas semua perkara.

"Lagu ni la. Abang ni bukan pandai pun. Abang pernah tanya benda macam ni kat ustaz abang dulu. Dia kata, dalam keimanan kita, tiada istilah berkawan antara lelaki dan perempuan, yang ada cuma kahwin. Hang buleh terima dak idea tu?"

"Amboi!! Orang tanya elok-elok ni, apa pulak abang kata lagu tu?"

Aku senyum saja tengok anak dara sorang ni, macam tu la kalau tanya soalan dengan harapan kita sokong dia, bila statement kita tak selari dengan pandangan dia, mula la cari jalan lain. Macam-macam.


Senario 2

Aku berjalan ke rumah sahabat jauh. Di sana aku bertemu dengan beberapa orang anak muda yang bertandang ke rumah cikgu mereka, sahabat aku ni la.

"Abang ni kawan cikgu ke?"

Aku tersenyum saja, dalam hati aku, budak-budak ni, aku sekeh baru tau..

"Saja saya nak tanya kat abang ni. Apa pendapat abang kalau saya mengajak kawan-kawan perempuan saya ke arah kebaikan? Macam pakai tudung ka, jangan sosial sangat ka, abang rasa, patut ke tidak?"

"Hang tengok muka aku macam muka kaunter pertanyaan Majlis Agama? Tanya aku macam tanya ustaz, aku bukan ustaz, hang tanya la ustaz. Mana la aku tau!"

"Tu sebab saya kata, saja nak tanya abang. Nak tengok juga pandangan abang sebagai bukan ustaz." Amboi, pandai berbahasa budak ni. Saja nak cari point  bersembang ni. Kalau ye pun, apa pulak soalan taraf STPM, tanya la pasai cuaca ka, bola ka, bil telefon ka.. budak-budak zaman sekarang....

Thursday, November 22, 2012

Di Sebalik Hati Mereka

Assalamualaikum..

Di sebalik hati mereka,
Nun jauh di dasarnya,
Tersimpan kenangan mesra,
Tersemat siapa kita.

Nun jauh di dasarnya,
Sekelumit doa sentiasa mengiring,
Merintih,
Merayu,
Agar kita seperti yang didambanya,
Agar kita senantisa di sana.

Rakan-rakan sekalian,

Dalam entry kali ini, aku menulis satu sajak yang ringkas bertajuk "Di Sebalik Hati Mereka". Niat aku, ingin tujukan sajak ini kepada kita semua walau siapa pun kita; suami, isteri, anak, ibu, bapa, sahabat, taulan, pemimpin, pengikut, guru, murid dan sebagainya.

Sunday, November 11, 2012

Indahnya Berbudi

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati

Assalamualaikum,

Sebulan yang lalu, ketika aku sedang makan bersama seorang kawan di kedai seorang kawan.. kami bersembang tanpa menyedari masa berlalu. Sedang leka bersembang kelihatan tuan kedai makan sibuk menyediakan juadah untuk sekumpulan ... yang sedang berharap kepadanya, untuk sedikit tuah, sesuap rezeki.

Melihat sekumpulan ... aku sedikit terpesong dari perbualan. Terpaku seketika melihat budi yang ditabur tanpa mengira keuntungan yang mungkin didapati. Walaupun pada pandangan aku budinya tidak seberapa, sangat besar nilainya kepada mereka yang sangat berharap.

Inilah apa yang aku temui...

Thursday, October 18, 2012

Indahnya PERSAUDARAAN

Assalamualaikum..

Aku teringin untuk berdiskusi pasal PERSAUDARAAN. Apakah Persaudaraan?

"Saudara" ada banyak tata penggunaan. Sebagai pengganti diri, "saudara" bermaksud awak/kamu untuk lelaki, panggilan yang sopan dan hormat dalam suasana tertentu. Tapi ia jarang sekali digunakan pada masa sekarang.

"Saudara" sebagai kata nama digunakan untuk menerangkan hubungan dalam percakapan harian. Selalunya ia bermaksud mempunyai hubungan kekeluargaan.

PERSAUDARAAN pula adalah terbitan dari "saudara". Ia memberi makna perikatan antara jiwa-jiwa yang menerima antara satu sama lain. Persaudaraan adalah perikatan yang menyatukan corak pemikiran dan pelaksanaan kehidupan seharian, secara langsung atau tidak langsung. Ia juga disebut "Brotherhood" dalam Bahasa Inggeris dan "Ikhwan" dalam bahasa Arab. Dalam pertuturan loghat Melayu Utara dan Timur Semenanjung, disebut "adik-beradik".

Apa yang cantik dan indah tentang Persaudaraan?

Hidup bersaudara adalah fitrah manusia. Ia sebahagian daripada sistem sosial manusia. "Bersaudara" adalah deklarasi antara dua jiwa, seperti contoh, "...kita berdua bersaudara..". Hubungan yang wujud ini tidak semestinya berdasarkan kekeluargaan atau keturunan

Wednesday, October 17, 2012

Indahnya AKHLAQ

Assalamualaikum...

Aku suka melihat anak-anak kecil yang bercakap sopan dan merujuk orang yang lebih tua sebagai ‘pakcik’, ‘makcik’ atau ‘abang’ atau ‘kakak’. Comel kan.

Anak-anak yang masih dalam proses menyerap budaya dan peribadi. Anak-anak kecil bukan sahaja anugerah Allah, malah merupakan contoh yang Allah lampirkan kepada kita agar kita mengingatkan diri kita dengan fitrah asal manusia. Tiada bersedih hati, tiada khuatir, yakin dengan orang tuanya dan juga ahli keluarga lain di sekeliling mereka.

Anak meyakini kepimpinan orang tuanya, itu fitrah. Abang dan kakak sentiasa memimpin adik-adiknya, itu fitrah. Anak-anak kecil menyayangi ahli keluarga mereka tanpa alasan, itu fitrah. Allah sentiasa memimpin anak-anak ini dan seterusnya kepimpinan itu bertukar tangan kepada ibu bapa, itu juga fitrah. Sekarang? Adakah kita masih lagi dipimpin? Oleh Allah terutamanya, masihkah?

Aku bukan nak berceramah, hasil bacaan dan pengamatan sahaja. Hubungan dengan Allah sangat berkait rapat dengan Akhlaq. Kepimpinan Allah sangat sebati dengan Akhlaq. Mari kita lihat, siapa yang kena!!!

Perkataan Akhlaq berakar umbi dari perkataan kha-la-qa; daripada bahasa Arab. Perkataan ini banyak kita temui dalam Al-Quran, seperti dalam Surah Al-‘Alaq, surah ke 96. Banyak juga disebut terbitan-terbitan perkataan ini termasuklah “khaa-liq” dan “makh-luq”. Akhlaq/Khaliq/Makhluq adalah kata nama yang memberi makna berbeza tetapi dalam satu hubungan yang jelas.

Monday, October 8, 2012

Aku Suka Yang Cantik

Assalamualaikum

Soalan, siapa yang boleh menafikan kecantikan yang nampak di mata kita? Jawapannya, kita sendiri tidak boleh menafikan, tetapi orang lain boleh menafikan kerana mereka mempunyai pandangan yang lain tentang apa yang cantik, pada mata mereka.


Jadi, perlu ada pertelagahan? Jawab sendiri... (terkebil-kebil)

Aku suka yang cantik. Pada mata aku, yang cantik adalah yang memberi makna kepada aku. Selain dari itu tidaklah mustahak.

Aku suka yang cantik dan indah. Pada mata aku, yang cantik dan indah adalah yang mengingatkan aku. Jika melalaikan aku, ianya tak cantik dan langsung tak indah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...