Assalamualaikum...
Cuti sekolah telah bermula.
Walaupun begitu, pagi-pagi lagi rumah aku dah mula sibuk. Anak-anak tetap ke tadika. Awal pagi, TV dihidupkan untuk menghidupkan suasana.
Pagi ini dalam segmen Raudhah, TV9, kelihatan Prof Dr Muhaya sedang memberikan mutiara kata yang sedap di dengar. Tajuk yang beliau bawa pada hari ini; "KEGAGALAN BUKAN PENAMAT".
Apa yang cantik bila beliau memperlihatkan perkaitan antara "kejayaan" dan "kegagalan" secara metafora.
"GAGAL ADALAH BAJA KEPADA KEJAYAAN"
"Kegagalan adalah baja kepada kejayaan. Tuan-tuan, baja seperti yang kita tahu ia bersifat busuk dan macam-macam lagi. Tapi dengan kehadiran bajalah, pokok-pokok akan tumbuh dengan baik dan subur" - Prof Dr Muhaya (Raudhah, TV9)
Satu lagi;
"Gagal bukan penamat. Kegagalan hanyalah satu KEPUTUSAN. Apa yang penting bukan keputusan itu, tetapi bagaimana kita melihat keputusan itu dan langkah yang kita ambil selepasnya."
Aku sangat setuju dengan beliau. Sebagai manusia biasa, keputusan yang bersifat berlawanan dengan hasrat kita, sentiasa kita lihat sebagai buruk. Tapi, bila kita melihat balik keputusan tersebut, kita akan melihat bahawa ia bukanlah sesuatu yang buruk pun, hanya ia berlawanan dengan hasrat kita sahaja.
Pagi-pagi lagi, aku mendapat suntikan semangat dari Pakar Inspirasi (sedap kan dengar)... semoga hidup kita sentiasa dalam keberkatan.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment