POST

Tuesday, April 2, 2013

NILAI SATU KEJAYAAN

Assalamualaikum...

Usaha Tangga Kejayaan. Motto yang tak asing lagi, sering kita dengar. Kalau masa sekolah dulu, coretan kata tersebut banyak aku lihat kat mural/dinding sekolah. Dalam program-program motivasi juga selalu disebut-sebut.

Mengapa 'usaha' yang menjadi tangga? Mungkin sebab usaha itu meliputi semua la kot, dari perancangan sampai pelaksanaan. Namun begitu, apa yang menjadikan satu-satu kejayaan itu sesuatu yang manis?

Aku pernah dengar seorang ustaz dalam satu program TV memberi ceramah tentang Iman. dia kata, "..tidak dikira beriman seseorang sehingga dia diuji.." ayat Al-Quran kot.

Uji atau ujian atau halangan atau masalah atau apa sahaja yang menjadi tembok antara usaha dan jaya, pada pandangan aku merupakan tanda aras pencapaian.

Jika kita lihat dari satu sudut lain, kejayaan sebenarnya adalah pencapaian atas sesuatu usaha. Secara ringkasnya, apa sahaja yang kita capai adalah satu kejayaan. Walaupun pada pandangan kita, kita telah gagal, itu sebenarnya satu kejayaan; kita telah berjaya mengenal pasti sebab musabab sebab apa kita tidak mencapai apa yang kita hajatkan. Seterusnya, usaha perlu diteruskan agar pencapaian yang lebih baik dapat dicapai.

Nilai satu kejayaan terletak pada halangan yang berjaya dilepasi. Sebagai contoh, seorang pelari yang memenangi pingat emas, nilai pingat emas Sukan Olimpik lebih besar maknanya berbanding pingat emas sukan antara sekolah. Bukan kerana saiz penonton atau wang yang dilaburkan, tetapi disebabkan oleh kualiti pelari yang memberi saingan dalam perlumbaan.

Nak lebih nampak, pelari yang diberi pingat emas kerana tiada peserta yang ingin berlumba dengannya, nilai pingat itu tiada makna walau untuk dirinya sendiri. "Hang amik la pingat ni, orang lain malas dah nak berlumba..." Kalau kita, apa perasaan kita?

Hiasan - gambar dari Cikgu Kasut Wejes
Halangan yang paling besar dalam sesuatu kejayaan adalah diri kita sendiri. Kita perlu tentukan sebanyak mana usaha yang kita perlu untuk mencapai apa yang kita mahu. Kita kenal diri kita, kita tahu kelemahan diri sendiri, jadi kita perlu bersedia dalam menghadapi apa yang akan memberi kesan negatif pada diri kita, tak kira dari persekitaran mahupun apa yang kita fikir.

Kunci kepada kejayaan adalah Sabar. Dalam satu sudut pandangan, sabar adalah konsistensi melaksanakan sesuatu perancangan walau apa pun halangannya. Apa jadi pun, pelaksanaan suatu perancangan mesti terus berjalan. Selagi pelaksanaan berjalan, selagi itu kejayaan akan tiba. Sabar bukan sekadar menahan diri dari bersedih atau beremosi, ia lebih kepada kekuatan dalaman agar tidak berhenti berusaha. Mungkin kefahaman kita tentang sabar lebih merujuk kepada keadaan 'musibah', ia bukan sekadar itu.

Kesabaran dan susah payah adalah erti sebuah kejayaan yang sebenar. Nak rasa manisnya gula, kita kena hasilkan gula dahulu, tanam tebu, masuk kilang untuk proses, baru diedar untuk dijual di pasaraya. Prosesnya sangat panjang dan melibatkan ramai orang. Sepanjang proses itu, ribuan orang mendapat manfaatnya, ada kerja dan sebagainya.

Proses mencapai sesuatu kejayaan adalah kemanisan sebenar, di situlah letaknya nilai. Didiklah diri kita agar melihat kejayaan itu sesuatu yang dekat dengan kita, dengan melihat setiap usaha yang kecil itu adalah anak-anak tangga ke arah jaya.

Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...