POST

Showing posts with label PUISI. Show all posts
Showing posts with label PUISI. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

PUISI - Apa lagi Mahu Mu


Assalamualaikum...


Tujuh petala bumi
Tersembunyi seribu misteri
Tujuh petala langit
Tersimpan seribu makna

Tuesday, March 5, 2013

NOSTALGIA 1511

Assalamualaikum..

Pernah dengar lagu ni? 1511 oleh Bumiputera Rockers (BPR) masa era muzik rock 90-an dulu..

Aku saja surfing, cari sumber, terjumpa lagu ni bersama liriknya sekali. Jom kita hayati puitisnya lirik 1511...

Kelihatan kapal berlabuh,
Membawa turun sebuah kebudayaan,
Berjanggut putih,
Berwatak ganas,
Bagai elvino, di Nusantara...

Itulah,
kaum Feringghi,
itulah.. penjajah ibunda,
MELAKA,

1511,
1511...

Berjuang lah,
bertepuk terus,
pertahan kan bumi kita,

1511,
1511,
1511,
1511....................

Bagai padang jarak,
padang tekukur,
yang mengkebumi ratusan perwira,
mengalir darah masih hangat,
menusuk pembela bangsa,
Negara,Agama

Di kemudian hari......................

Kalau nak dengar lagunya, cuba dengar kat sini... http://lirik.apisv2.com/2010/11/bumiputra-rockers-1511.html

NOSTALGIA tak?

Alhamdulillah.....

Wednesday, December 26, 2012

Hidup Bermakna

Assalamualaikum...

Hidup

Dengan detik berlalu
Dengan nafas yang tegas

Hidup tersendiri
Masing-masing punya cita dan rasa
Mencari makna hakiki
Mengejar kantung yang bocor
Menjejak jalan yang kabur


Thursday, November 22, 2012

Di Sebalik Hati Mereka

Assalamualaikum..

Di sebalik hati mereka,
Nun jauh di dasarnya,
Tersimpan kenangan mesra,
Tersemat siapa kita.

Nun jauh di dasarnya,
Sekelumit doa sentiasa mengiring,
Merintih,
Merayu,
Agar kita seperti yang didambanya,
Agar kita senantisa di sana.

Rakan-rakan sekalian,

Dalam entry kali ini, aku menulis satu sajak yang ringkas bertajuk "Di Sebalik Hati Mereka". Niat aku, ingin tujukan sajak ini kepada kita semua walau siapa pun kita; suami, isteri, anak, ibu, bapa, sahabat, taulan, pemimpin, pengikut, guru, murid dan sebagainya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...