POST

Wednesday, January 29, 2014

NASUHA

Assalamualaikum...

Baru-baru ni aku dan isteri telah menyambut kedatangan ahli keluarga kami yang baru dilahirkan. Seorang bayi perempuan seberat 2.3 kg. Alhamdulillah, kesihatan ibu dan anak dalam keadaan baik.

Menamakan anak dengan nama yang baik adalah tanggungjawab ibu bapa. Kami pun berusaha mencari nama yang baik-baik lalu kami ajukan kepada datuk-datuk dan nenek-nenek. Maka berlakulah perbincangan selama seminggu. Akhirnya kami berdua memutuskan untuk menamakannya Nasuha. Si abang yang berumur 5 tahun juga setuju, nenek-nenek juga setuju, kakaknya juga setuju, Alhamdulillah.

3-4 hari yang lepas, selesailah sudah upacara cukur kepala baby girl, Nasuha.

NASUHA, aku pernah jumpa perkataan ini dalam surah Attahrim (66) ayat 8. Dalam ayat tersebut, Allah menyeru kita (orang-orang beriman) agar bertaubat kepada Allah dengan Taubat Nasuha agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan kita dalam syurga... (hingga akhir ayat).

Secara umumnya yang kita faham, taubat Nasuha bermaksud:
"Taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dengan menyesali segala perbuatan dosa dan maksiat dan berusaha untuk menghentikan dan meninggalkan maksiat." - subiharon (blogger bebas)

 


Apakah maksud NASUHA?


Perkataan "nasuha" berkait rapat dengan perkataan "nasihat". Jika "nasihat" adalah kata-kata yang memberi panduan, peringatan dan teguran, "nasuha" pula adalah teknik/perbuatan yang membantu membetulkan diri kita dalam menangani kesalahan dan kesilapan yang telah kita lakukan (pandangan sendiri).

Kita dianjurkan untuk sentiasa nasihat-menasihati antara kita. Ia adalah amalan yang baik, yang akan sentiasa menyuburkan semangat mahukan kebaikan dan kebenaran melebihi keinginan individu. Secara jelasnya, dalam nasihat-menasihati akan ada sekurang-kurangnya dua pihak, satu yang memberi nasihat dan satu lagi mendengar nasihat. Apabila Nabi S.A.W. berkata "Addin adalaha nasihat..", ia mungkin memberi gambaran bahawa, Addin adalah jemaah kerana nasihat itu memerlukan seorang memberi nasihat kepada seorang yang lain. Tanpa jemaah, atas dasar apakah nasihat itu diberikan? Dan juga, jemaah tak wujud jika seorang.

Kita akan berbincang tentang jemaah dalam entry yang lain.

Berbalik kepada Nasuha. Kita secara umumnya memahami tentang apa itu nasihat dan pihak-pihak yang terlibat. Dalam teknik "nasuha", adakah terdapat sekurang-kurangnya dua pihak sebagaimana "nasihat"? Atau, adakah "nasuha" hanya antara kita dengan Allah sahaja?

Point yang bagus untuk difikirkan... semua yang aku tulis ni hanya kerana nama anakku yang ketiga. :D

Hanya pandangan peribadi, mungkin kalau ada sesiapa yang ada pandangan boleh kongsikan bersama.

Alhamdulillah.

1 comment:

  1. Anak saya pun nama Nasuha. Iffah Nasuha... dan lahir pada bulan December, 2014.

    Saya memilih nama Nasuha disebabkan zikir taubatan nasuha yg biasa sy dengar masa mengandungkan anak. Kemudian kami sepakat utk tambah Iffah di hadapan nama Nasuha.

    Iffah - terpelihara dpd maksiat
    Nasuha - yang luhur, ikhlas dan bersih


    Semoga Nasuha tuan dan Iffah Nasuha menjadi anak yg solehah dan bijak membawa diri dlm dunia yg penuh pancaroba ni. Allahumma ameen..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...