Assalamualaikum...
Petikan dari tulisan yang menarik; Betul ke manusia ada 7 deria?
Pernah dengar sixth sense? Deria ke-6 yang dikatakan dapat merasa malah ada yang kata dapat melihat unseen world. Biar betul?
Apa pun, deria adalah gift yang sangat unik kurniaan Ilahi. Tak payah kata 6th sense, deria yang lima tu pun dah besar rahmatNya, betul tak?
Deria atau sense ni, kita boleh kata macam channel yang menghubungkan alam fizikal ni dengan diri kita. Secara umumnya, terdapat 5 deria yang kita boleh lihat dan buktikan secara fizikal; dalam sains dipanggil empirikal (boleh diukur). 5 deria ni kalau kita nak letak nama, mungkin kita boleh panggil Deria Fizikal. Ia termasuklah:
Tubuh manusia seperti yang kita sedia maklum ada tiga division.. bunyi macam syarikat korporat. Divisyen-1 dipanggil Fizikal, Divisyen-2 dipanggil Mental dan Divisyen-3 dipanggil Spiritual. Pembahagian biasa yang kita selalu dengar. 3 divisi ini termaktub dalam satu batang tubuh.
- mendengar - Telinga
- merasa - Lidah
- melihat - Mata
- sentuh - Kulit
- membau - Hidung
Seperti yang Allah ceritakan dalam Al-Quran, setelah terbentuknya jasad, ruh ditiup masuk dan menghidupkan janin.. tersimpan dalam rahim ibu sehingga sampai waktunya dan dilahirkan ke dunia dengan sifat yang lengkap.
Permulaan deria manusia, mengikut kajian sains mahupun pandangan ulama, bermula sejak degupan jantung yang pertama lagi. Deria pertama yang mula berfungsi adalah Pendengaran.
Jelas bahawa deria hanya berfungsi dengan kehadiran roh, maka apa kaitan antara 5 deria fizikal ini dengan Divisi Mental dan Divisi Spiritual?
Selain 5 deria fizikal, dalam kajian moden terdapat deria yang ke-6 atau sixth sense; deria yang secara umumnya dianggap kebolehan istimewa oleh sesetengah pengkaji. Apakah deria ke-6 ini?
Sekadar pandangan ye.... manusia mempunyai 7 deria. Pelik tak?
Tujuh deria tersebut termasuklah; 5 Deria Fizikal, 1 Deria Mental dan 1 Deria Spiritual.
Pelik? Cuba faham macam ni... deria fizikal apa fungsinya? Secara asasnya, 5 deria fizikal berfungsi sebagai Pertahanan tubuh... untuk bertahan, badan memerlukan pengalaman berdasarkan kejadian nyata yang berlaku dan macam mana kita nak bertindak balas (react). Jadi pengalaman ini disalur ke otak dan disimpan secara sedar atau separa sedar. Setiap pengalaman yang disimpan ini perlu diproses dan disusun membentuk knowledge atau pengetahuan. Macam mana pengalaman ini diproses? Macam mana mental kita bertindak?
Untuk memahami deria mental, kita perlu tahu bagaimana mental kita bertindak atau bekerja. Bagaimana mental mempengaruhi fizikal dan apa perkaitan deria fizikal dan mental.
Sebagai contoh; tangan kita tersentuh cerek yang panas, otomatik kita menarik tangan kita dan terus mulut bunyi "adooi!!"... ada juga yang maki hamun, ada juga yang tak cakap apa... Macam mana "adoooi!!" boleh keluar dari mulut sedangkan yang kena cerek panas adalah tangan? Ini kerana mental kita telah kenal pengalaman tersebut dan perasaan atas pengalaman itu juga telah ada. Apa yang dizahirkan oleh mulut hanyalah sebagai frustration sebab tak berhati-hati (lebih kurang la).
Dari sudut mental, sifat yang dizahirkan atas tujuan negatif seperti marah, maki hamun, menipu dsbnya, adalah FRUSTRATION minda/mental kita terhadap diri kita sendiri. Sebaliknya, bila kita menzahirkan sifat untuk tujuan positif, ia merupakan APPRECIATION mental / minda kita terhadap diri kita sendiri. Setelah kita memahami keadaan ini, kita sepatutnya lebih berhati-hati dalam menzahirkan perbuatan/percakapan kita.. apa saja yang kita telah zahirkan, seharusnya memberi kesedaran kepada kita tentang sempadan/border (BETUL & SALAH).
Kalau boleh diringkaskan, deria mental adalah kesedaran kendiri (self enlightenment) serta keupayaan memacu dan mengawalnya dengan baik. Deria mental react atau bertindakbalas kepada deria fizikal (secara positif mahupun negatif). Kebanyakan orang yang berjaya, mempunyai deria mental yang kuat dan tindakbalas yang cepat kepada deria fizikal.
Deria SPIRITUAL... ia adalah batu asas (platform) kepada fizikal dan mental. Apakah deria Spiritual?
Jika Deria Fizikal react to alam, Deria Mental react to deria fizikal... Deria Spiritual pula react to deria mental.. It's explain everything, right? No?
Spiritual Sense obviously is about spirituality.. well it is true.. objection? Deria spiritual berkembang selari dengan perkembangan mental / minda / pemikiran kita.
Deria spiritual adalah keupayaan untuk guide atau pandu arah pemikiran (mental/minda) dan perbuatan (fizikal) ke arah GOAL atau tujuan yang sepatutnya (HAK & BATHIL). Deria ini perlu nourishment atau pengisian... serta perlu mematuhi aturan yang menepati kejadian manusia itu sendiri. Apa dia "aturan yang menepati kejadian manusia"?
Untuk mematuhi "aturan" tersebut secara asasnya, kita perlu melihat kejayaan orang yang telah berjaya ke arah tujuan yang sepatutnya.. serta memahami dan mencontohi mereka secara fizikal dan mental. Dengan kata lain; mereka makan, mereka kenyang.. kita pun makan la jugak, kita pun akan kenyang... mudah kan!
Jadi, sekian saja presentation saya pasal 7 deria kita...
Sekadar berkongsi. Amacam, ok tak? Manusia ada 7 deria? Seventh sense?
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment