Sambungan daripada entry yang lepas, SEJARAH
- Sudut Pandang.
Dalam entry kali ni, aku nak highlight pasal
apa yang diceritakan oleh Dr Gijs L Koster dari Universiti of The Minho, Braga,
Portugal dalam UKM
News Portal.
Pernyataan pertama:
Turki pada zaman itu, kata Dr Koster, dianggap sebagai Amirul Mukminin dan turut sama memberi bantuan kepada Aceh adalah kerajaan Gujerati di India.
Pernyataan kedua:
Hikayat Tanah Hitu dikarang oleh Imam Besar Ambon Saipul Hijali mengandungi banyak kisah perjuangan kesultanan Melayu-Islam di rantau ini. Sultan Ambon melancarkan Perang Sabil terhadap Portugis yang didapati menggalakkan paderi-paderi memurtadkan penduduk Islam selain cuba campur tangan dalam kerajaan di Utara Ambon.Dua helai surat dipercayai tertua ditulis dalam bahasa Melayu, tulisan Jawi kini tersimpan di arkib di Lisbon. Pertama daripada Sultan Baadullah dari Ternate kepada Raja Juan III mengadu mengenai sikap buruk orang Portugis yang mencuri, mabuk dan bergaduh di pelabuhan dilawati di rantau ini. Begitu juga surat ditulis oleh Sultan Zainol Abidin dari Pasai mengenai perkara yang sama.
Dalam portal tersebut juga disebut:
Felo Penyelidik Utama ATMA, Prof Dr Ding Choo Ming mengakui bahawa Hikayat Hitu belum pernah diselidiki oleh sarjana-sarjana Melayu-Nusantara malah banyak perkara didedahkan oleh Dr Koster adalah kisah-kisah yang perlu dikaji yang kini tersimpan di arkib-arkib di Portugal.

