POST

Monday, October 22, 2012

Indahnya Hidup Tanpa Hutang 1

Assalamualaikum..

Hidup tanpa hutang, suka tak?

Aku masih ingat masa zaman sekolah dulu.. ".. nanti abis belajar, kerja, dah buleh beli kereta dan rumah..." kata mereka-mereka yang telah melepasi zaman belajar, kata ibu-ibu dan ayah-ayah untuk memberi semangat kepada anak-anak.

Sejak dari dulu, aku agak terkilan dengan pesanan yang macam ni. Antara puncanya, masa tu aku terfikir, nak suruh aku belajar ni untuk beli kereta dan rumah ke? Geram jugak. Sampai ke hari ni, perasaan tu ada lagi.

Bapak aku pesara kerajaan, pernah berkata, ".. kerja kerajaan la senang, senang nak buat loan." katanya.. Sama jugak, aku kurang setuju.. Lagi senang nak buat loan, lagi banyak kita buat loan. Dengan kata lain, sentiasa berhutang.

Alasan yang selalu aku dengar, "... kalau tak buat loan nak hidup lagu mana?". Betul jugak kan, macam mana nak beli rumah kalau tak buat pinjaman/hutang, atau nak beli kereta, atau nak sambung pelajaran. Natijahnya, sebelum sempat menjengah umur 30-an, hutang telah menghampiri atau melepasi 500k hinggit. Jika perjalanan hidup seterusnya sebagaimana yang dikehendaki oleh gaya semasa diteruskan, sampai pencen lah kita dikuasai hutang. Jika perjalanan hidup seterusnya bak kata pepatah, "ingatkan cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari", lagilah haghu. Hutang keliling pinggang, hidup tunggang langgang. Takkan kehidupan macam ni yang kita nak wariskan kepada anak-anak kita?

Saudaraku sekalian, aku bukan menentang hutang/loan/pinjaman. Cuma yang aku runsing, kaedah berhutang sekarang bukan macam yang dituntut, itu sahaja. Tak perlu kita ungkit soal riba, tak perlu kita ungkit soal halal dan haram, cukuplah kita melihat keuntungan berlipat ganda yang memberi hutang kepada yang berhutang, cukup besar, sehinggakan jurang pemisah antara yang senang dan susah ditentukan dengan matawang, bukan lagi material yang nyata. Faham? Ia melibatkan cerita yang banyak, carilah maklumat-maklumat berkenaan dalam internet nih.

Ada orang kata, hidup tunggang langgang dan hutang keliling pinggang sebab tak ada disiplin. Betul jugak tu. Kalau hidup ikut disiplin, boleh lunas la hutang tu semua, kata mereka. Itu pun betul. Persoalannya, ikut DISIPLIN SIAPA? Kalau zaman sekarang, disiplin itu dipanggil material, ada jugak dipanggil disiplin KAPITALISM, ada jugak dipanggil disiplin MODEN. Pendek kata, disiplin yang dituntut itu adalah disiplin KERJA SAMPAI MATI.

"Tak kerja, siap kau, aku kejar kau dengan surat hutang. Sampai kau tertekan, sampai kau mula kerja balik. Apa minat kau, lupakan. Kalau setakat nak main bola, tengah malam pun boleh main. Kalau minat, kumpul setem, sambil-sambil pun boleh kumpul. Kalau minat nak belajar, hutang dulu. Kalau minat nak belajar pondok, tunggu tua la, hutang dah abis. Sementara muda ni, kerja dulu macam nak mampus, bayar hutang dulu."

Itulah realiti zaman sekarang yang dipanggil moden. Ada bangkangan? Mari kita bincang.

Saudaraku sekalian, hidup kita tak perlu menentang arus. Pinjaman ini cukuplah sekadar untuk memenuhi keperluan hidup, janganlah sehingga bermewah-mewah, tak kemana pun. Habis belajar umur 23, biasanya, mula kerja gaji RM1,800.00, biasanya, loan kereta sebulan, RM 500.00 selama 9 tahun, umur 32 baru habis loan. Umur 26, kahwin, loan peribadi, 3 tahun, umur 29 baru habis. Umur 28, beli rumah, RM 200,000.00, 25 tahun, umur 53 baru habis bayar. Bila nak habis hutang sebenarnya???? Itu belum kira nak tukar kereta baru. Belum kira personal loan untuk selesaikan credit card. Macam ni punya hutang, kerja gaji RM8,000.00 sebulan pun belum tentu senang. Sampai umur 60 pun, belum tentu selesai hutang. Belum kira umur 30-an anak-anak nak masuk sekolah, umur 40-an, anak-anak nak sambung belajar. Semuanya matawang, bukan material yang nyata. Untuk nilai yang hanya tertulis pada sekeping kertas itu, kita kena kerja macam nak mati. Patut ka?

Allah cipta manusia ni, memang untuk kerja macam nak mati macam ni??? Mana pi kata-kata "bekerja untuk Allah atau kerana Allah"? Kita hutang, kita bekerja untuk bayar hutang, kerana Allah dok tang mana?

Indahnya hidup tanpa hutang, gaji RM 1800.00, solid untuk dibelanjakan. RM 800.00, makan sebulan, RM 1,000.00 untuk sekolah anak, jalan-jalan, sedekah. Tak mewah ka? Zaman sekarang, tak mewah kot, kesihatan nak kena bayar, belajar nak kena bayar, masuk toilet pun nak kena bayar. Kentut belum kena saman lagi, kalau tidak yang tu pun kena bayar.

Indahnya hidup tanpa hutang. Berapa yang ada pun cukup. Makannya ada, pakainya ada, rumahnya ada. Baru ada makmur. Pendidikan anak-anak diserahkan pada yang tua, kebajikan masyarakat diserah pada yang muda. Masyarakat bersama-sama memakmurkan diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya.  

Saudara sekalian, macam mana kita nak membebaskan diri kita dari hutang? Indahnya hidup tanpa hutang, sangat jelas terbayang di depan mata, kan? Bukan sebab kita nak bermewah, bukan sebab kita nak menayang harta, tapi hidup berhutang memang menyeksakan. Betul?

Indahnya hidup tanpa hutang, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk berusaha menghindari hutang. Cukuplah kita menjadi hamba kepada Allah, tak mau dah menjadi hamba kepada hutang.

Alhamdulillah.


1 comment:

  1. MODAL 25 RIBU SEKALI, HASILNYA MINIMAL 90 JUTA SEBULAN UNTUK PEMULA, Dan Yang Pasti Tanpa Ada Resiko Sama Sekali,
    30 juta rupiah setiap 1 minggu mau ?
    BUKA & KLIK DISINI

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...