POST

Wednesday, March 13, 2013

RUKUN

Assalamualaikum...

Dalam seminggu dua ni aku agak runsing. Macam-macam dalam kepala ni, ada geram, takut, excited dan macam-macam lagi. Aku banyak habiskan masa aku dengan membaca dan memerhati. Dari gelagat manusia sampailah kepada rasa hati aku sendiri. Terlintas di fikiran pasal punca atau sebab musabab mengapa dan kenapa terjadi begini dan begitu. Kita ni manusia, kadang-kadang imaginasi kita melampui perkara yang tak patut jadi, kan! Kadang-kadang kita takut perkara yang kita tak tahu asal punca, pendek kata, kita selalu takut perkara yang kita tak tahu pun.
Mungkin apa yang terjadi dalam hidup kita ni, disebabkan oleh kita memecahkan rukun hidup. 

Dalam bahasa Indonesia, rukun ni seperti di bawah:


adjective
1. 1 baik dan damai; tidak bertengkar (tt pertalian persahabatan dsb): “Ibu berharap kamu berdua dapat hidup – “; 2 bersatu hati; bersepakat: penduduk kampung ini -- sekali; -- kampung rukun warga; -- tani perkumpulan kaum tani; -- tetangga perkumpulan antara orang yg bertetangga; -- warga perkumpulan antara kampung yg berdekatan (bertetangga) dl suatu kelurahan;
me·ru·kun·kan v 1 menjadikan rukun; mendamaikan: siapakah yg dapat ~ kakak beradik yg sedang berselisih itu; 2 menjadikan bersatu hati: pemerintah setempat berusaha ~ suku-suku yg sedang bermusuhan itu; ke·ru·kun·an n 1 perihal hidup rukun; 2 rasa rukun; kesepakatan: ~ hidup beragama
source: kbbi3
noun
2. yg harus dipenuhi untuk sahnya suatu pekerjaan: tidak sah salat yg tidak cukup syarat dan -- nya;
source: kbbi3
3. asas; dasar; sendi: semuanya terlaksana dng baik, tidak suatu pun yg menyimpang dr -- nya; -- iman dasar keyakinan dl agama Islam, yaitu percaya kpd Allah, kpd malaikat-Nya, kpd kitab-Nya, kpd para nabi dan rasul-Nya, kpd hari kiamat, dan kpd untung baik dan buruk yg datang dr Allah; -- Islam tiang utama dl agama Islam, mengikrarkan dua kalimat syahadat, mendirikan salat, berzakat, berpuasa, dan mengerjakan ibadah haji jika mampu

Dalam bahasa Malaysia pula:
1 = ~ Islam (agama) dasar agama Islam yg lima (iaitu mengucap dua kalimah syahadat, bersembahyang lima waktu, berpuasa dlm bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan naik haji). 2 sesuatu yg mesti diamalkan; syarat: Hidup tolong-menolong menjadi salah satu ~ hidup. ~ fikli rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (spt rukuk, sujud dlm sembahyang, sai dlm ibadat haji). ~ haji perkara-perkara yg mesti dilaksanakan sewaktu mengerjakan ibadat haji dan jika tertinggal, hajinya tidak sah. ~ iman perkara yg menjadi dasar iman seseorang Islam (iaitu percaya akan Allah, malaikat, rasul, kitab, hari kiamat serta qada dan qadar). ~ kalbi rukun yg berupa niat dlm ibadat sembahyang dll. ~ kauli rukun yg berupa bacaan dlm ibadat sembahyang (spt fatihah). ~ negara prinsip kenegaraan yg lima bagi negara Malaysia (iaitu Kepercayaan kpd Tuhan, Kesetiaan kpd Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan).

RUKUN adalah dasar atau polisi dalam apa jua yang kita buat dalam hidup. Inilah yang aku faham. 

Fahami rukun hidup kita, akan muncullah kerukunan dalam hidup kerana dasar perbuatan kita berlandaskan rukun hidup yang kita pegang. 

Rukun hidup tu apa? Bab tu kena la cari sendiri. Aku pun tak tahu. Apa yang aku tahu, aku hanya operator, operation tertakluk kepada tauke kilang, sebab kilang tu dia punya.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...