Assalamualaikum...
Orang Melayu ada macam-macam peribahasa yang berkaitan dengan angan-angan. Pernah dengar, "angan-angan Mat Jenin"? Atau, "dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan"?
Perkaitan angan-angan dan cita-cita ini sangat rapat kerana kedua-duanya adalah idea yang berkisar dalam minda yang masih belum ditafsirkan ke dalam tindakan. Beza kedua-keduanya adalah, langkah pertama yang akan merealisasikan apa yang dicitakan atau yang diangankan.
Selagi tiada langkah pertama, ia kekal sebagai angan-angan. Cita-cita memerlukan keberanian untuk memulakan langkah pertama. Keberanian ini memerlukan semangat yang tulen dari dalam jiwa. Semangat pula memerlukan lonjakan keinginan yang kuat. Apa yang paling penting, kita tahu apa yang kita mahukan. Luruskan minda dengan tujuan yang jelas.
Sekadar pandangan.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment