POST

Thursday, March 7, 2013

SEJARAH - Sudut Pandang 2

Assalamualaikum...

Sambungan daripada entry yang lepas, SEJARAH - Sudut Pandang.
Dalam entry kali ni, aku nak highlight pasal apa yang diceritakan oleh Dr Gijs L Koster dari Universiti of The Minho, Braga, Portugal dalam UKM News Portal.

Pernyataan pertama:
Turki pada zaman itu, kata Dr Koster, dianggap sebagai Amirul Mukminin dan turut sama memberi bantuan kepada Aceh adalah kerajaan Gujerati di India.

Pernyataan kedua:
Hikayat Tanah Hitu dikarang oleh Imam Besar Ambon Saipul Hijali mengandungi banyak kisah perjuangan kesultanan Melayu-Islam di rantau ini. Sultan Ambon melancarkan Perang Sabil terhadap Portugis yang didapati menggalakkan paderi-paderi memurtadkan penduduk Islam selain cuba campur tangan dalam kerajaan di Utara Ambon.
Dua helai surat dipercayai tertua ditulis dalam bahasa Melayu, tulisan Jawi  kini tersimpan di arkib di Lisbon. Pertama daripada Sultan Baadullah dari Ternate kepada Raja Juan III mengadu mengenai sikap buruk orang Portugis yang mencuri, mabuk dan bergaduh di pelabuhan dilawati di rantau ini. Begitu juga surat ditulis oleh Sultan Zainol Abidin dari Pasai mengenai perkara yang sama.
Dalam portal tersebut juga disebut:
Felo Penyelidik Utama ATMA, Prof Dr Ding Choo Ming mengakui bahawa Hikayat Hitu belum pernah diselidiki oleh sarjana-sarjana Melayu-Nusantara malah banyak perkara didedahkan oleh Dr Koster adalah kisah-kisah yang perlu dikaji yang kini tersimpan di arkib-arkib di Portugal.


Baik, persoalan untuk aku sekarang, apakah perang sabil yang dikatakan oleh Dr Koster itu? Ulama dan Sultan kerajaan Melayu Islam di mana-mana pun di Nusantara pasti akan memerangi sesiapa sahaja yang memerangi Islam, itu memang tidak dapat dinafikan pun. Betul kan?

Adakah Portugis telah declare bahawa serangan mereka bersifat agama sehingga semua Sultan dan Ulama di Nusantara sangat menentang kuasa barat ini? Bagaimana dengan Sepanyol, British, Belanda dan Perancis? Adakah kedatangan mereka juga bersifat perang atas nama kristian? Kalau nak buat kesimpulan, bukanlah semudah itu, tetapi melihat kepada hasil serangan dan tindakan penjajah barat selepas menguasai satu-satu wilayah, boleh dikatakan, niat mereka memang begitulah.

Satu sudut pandang, bagaimana dengan tokoh-tokoh perjuangan Tanah Melayu, Datuk Bahaman, Abd Rahaman Limbong, dan yang seangkatan dengan mereka? Adakah mereka dalam susur galur perjuangan ulama dan sultan Nusantara juga? Kita sedia maklum betapa Dato Maharajalela sangat memusuhi British. Beliau dikatakan marah kerana hal cukai, tidakkah hal itu terlalu remeh untuk beliau marah? Kalau mereka semua dalam susur galur tersebut, bukankah sudah tiba masanya generasi Nusantara sekarang memahami hakikat tersebut. Hakikat bahawa kita serumpun bukan sekadar agama, malah darah perjuangannya juga.

Aku perlukan pandangan, mungkin apa yang aku tulis ini tidak betul...

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...