POST

Thursday, March 21, 2013

REDHA

Assalamualaikum...

Redha, perkataan yang sering kita dengar bila ada musibah. Susah kita nak cerita pasal REDHA. Paling susah nak faham, mengapa redha selalu dikaitkan dengan musibah.

http://mamr-tulisanhati.blogspot.com/2011/06/puisi-redha.html
Tadi, lebih kurang jam 8.30, aku dengar Sinar FM dalam kereta masa nak hantar anak pergi tadika. Segmen Sinar Pagi bersama dengan Kak Bed, Salleh Yaacob dan Dr Fadzilah Kamsah. Topik pagi ni pasal keputusan SPM yang akan keluar hari ni. Ada seorang pemanggil yang bercerita tentang pengalaman dan pendapatnya dalam memberi semangat kepada anak-anak walau apa pun keputusan yang diterima. Jawapan Dr Fadzilah Kamsah agak santai tetapi bagus untuk kita kongsi.


"Setelah kita berusaha dan berdoa, kita harus REDHA dengan ketentuan Allah kerana Allah akan memberi 3 perkara kepada hambaNya, pertama apa yang hambaNya perlu, kedua, apa yang baik untuk hambaNya dan ketiga, apa yang layak untuk hambaNya."

  • PERLU
  • BAIK
  • LAYAK
Ringkas saja kan!

Jadi, sekarang adakah anda jelas mengapa kita dapat apa yang kita dapat? Mari kita Redha dengan Allah supaya Allah pun Redha dengan kita...

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...