POST

Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts
Showing posts with label KEHIDUPAN. Show all posts

Monday, March 31, 2014

SERIBU KALI LEBIH BAIK

Assalamualaikum...

Malaysia telah melalui detik-detik sukar dalam sebulan dua ni. Bermula dengan cuaca panas melampau, masalah jerebu sehingga tahap bahaya, krisis air yang meruncing sehinggalah misteri kehilangan pesawat MAS. Apa yang dapat aku katakan, ia banyak mengubah landskap pemikiran orang Malaysia serta membuka seluas-luas ruang perubahan sikap dan persepsi dalam menghadapi krisis yang lebih bersifat umum dan menyeluruh. Semua krisis yang kita hadapi ini telah melenyapkan (mungkin bersifat sementara) jurang antara agama, antara kaum malah antara kelas (kaya dan miskin sebagai contoh). Walaupun kita tidak kelihatan bersatu menghadapi semua krisis ini, tetapi jauh di dalam hati masing-masing, kita tetap mengharapkan krisis ini berakhir dan keadaan akan jadi lebih baik.

Aku bukanlah orang yang layak untuk menilai perubahan landskap pemikiran orang kita. Aku hanya mampu memberi pandangan berdasarkan observasi (pemerhatian), mungkin salah, mungkin betul. 'Perubahan' sentiasa bersifat umum, boleh menjurus kepada negatif mahupun positif. Tapi aku mengambil sikap, setiap perubahan itu adalah 'bagus'.

Pertama

Bercakap memang mudah, bukan kena bayar pun. Mengambil tanggungjawab atas apa yang kita cakap itu yang susah. Sebab itu orang tua-tua pesan, 'fikir dulu sebelum bercakap', 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...', 'kerana mulut badan...'. Kita sendiri telah menyaksikannya selama bertahun-tahun bagaimana 'sedapnya' orang bercakap, mungkin aku tak terkecuali. Malah dalam sebulan dua ni, apa yang kita saksikan bertahun-tahun, menjadi seterang-terangnya dan sejelas-jelasnya, pertama - bagaimana cara kita berfikir, kedua - 'cakap ikut sedap mulut', ketiga - 'self interest is bigger than community interest' dan yang keempat - memalukan.

Perkataan yang keluar dari mulut kita adalah tanggungjawab kita. Pandangan kita akan sentiasa kekal sebagai pandangan, jika kita bukan orang yang bertanggungjawab dalam perlaksanaan, 'berat telinga mendengar, berat mata melihat, berat perasaan hati, tetaplah lebih, lebih, lebih berat bahu yang memikul'.

A picture speaks a thousand words, stop talking and draw the lines between good and better.

Even better, action speaks thousands of pictures. Silence is also an action, pray silently, hope for the best (silently) is better right? Asking question is not wrong, but asking the wrong question at the wrong time is stupid, silence is better, right?

Kedua

Secara global kita juga telah menyaksikan bagaimana krisis kehilangan pesawat misteri MAS telah mendapat perhatian kuasa-kuasa teknologi dunia. Aku tak berminat untuk meneliti teori konspirasi, terlalu banyak 'if ', terlalu kurang maklumat dan pengesahan yang valid untuk kita tengok lebih dalam.

Apa yang pasti, walaupun peristiwa ini melibatkan nyawa manusia, setiap negara yang memberi sokongan sama ada moral mahupun material sentiasa berhati-hati dalam membuat kenyataan demi menjaga kepentingan masing-masing. Ia bukanlah perkara yang negatif cuma ia memperlihatkan betapa dunia hari ini berada dalam keadaan yang messy, sentiasa curiga antara satu sama lain, sentiasa berlumba-lumba mengatasi sesama sendiri....  sounds familiar? Apa yang kita perlu faham, bukan hanya antara kaum atau agama, malah antara negara pun hal tersebut berlaku. Mengapa? Akhirnya yang menjadi mangsa, keluarga kepada mereka yang terkorban dan negara kita juga.

Menyedari hal ini, apa yang kita boleh buat? Kalau tanya aku, kuatkan pegangan kita, kembali kepada kebenaran (so cliche... apa nak buat). Kebenaran akan menguatkan daulat diri sendiri. Jika kita dapat merasai daulat diri kita terhadap diri kita sendiri, kita akan dapat merasai daulat negara kita. Perkataan mudah yang orang pakai - jati diri. Daulat lawannya hamba (pandangan aku dalam konteks ini).

Ketiga

Sedar atau tidak, Tuhan telah menjadi harapan terakhir kita. Mengapa Dia tidak menjadi harapan pertama kita? Siapa kita di mata kita? Hamba Tuhan? Mengapa perlu datangnya krisis untuk kita sedar bahawa Tuhan sentiasa menjadi harapan kita? Adakah sebelum ini kita mendustakan nikmat keamanan, ketenangan dan kecukupan?

Kesimpulan aku, apa yang terjadi telah terjadi. Kita tiada kekuatan pun untuk menjangkanya apatah lagi menghalangnya. Pada saat ini, 'kalau' tidak akan mengubah apa-apa. Seperti yang aku cakap awal tadi, peristiwa yang kita lalui ini telah membuka seluas-luas ruang perubahan sikap dan persepsi kita, take it.

Memperbaiki diri adalah SERIBU KALI LEBIH BAIK daripada menuding jari. Sekadar pandangan.

Alhamdulillah.

Monday, February 17, 2014

Live Your Life...

Assalamualaikum...

7 tahun yang lalu, aku pernah berbincang dengan seseorang (an old guy) berkenaan apa yang dipanggil kehidupan. Katanya, kita perlu sentiasa menyampaikan the real truth, the happy news and live it up. Saya pun bertanya lagi, seems hard to convey it, let alone to live it up or to live with it, i have daily job and i need to find time to do it, what should i do?

Monday, January 13, 2014

AKU ADA SATU IMPIAN

Assalamualaikum...

Aku ada satu impian dengan kehidupan yang sederhana. Aku selalu membayangkan kehidupan aku dengan sebidang tanah, mungkin 2 atau 3 ekar, rumah yang aku bina sendiri, ladang tanaman yang canggih, kandang lembu dan kambing yang seadanya dan reban ayam organik. Paling penting sekali, aku TIDAK BERHUTANG.
Aku juga membayangkan, kami sekeluarga sentiasa bangun awal pagi dan bersolat bersama-sama. Sementara anak-anak bersiap untuk ke sekolah, isteriku menyiapkan sarapan. Aku menghantar anak-anak ke sekolah sambil berbual-bual dengan mereka sepanjang perjalanan. Balik dari sekolah aku singgah sekejap di warung bertanya khabar dengan jiran-jiran sebelum terus ke kebun di belakang rumah.
Tengah hari, aku ambil anak-anak dari sekolah dan terus pulang ke rumah. Isteri sedia menunggu dengan hidangan tengah hari yang ala kadar. Selepas makan, aku take a nap sementara menunggu solat Zuhur dan anak-anak bersiap untuk ke sekolah agama. Pulang dari menghantar anak-anak ke kelas agama, aku berehat di laman yang teduh dan nyaman sambil membaca atau mungkin juga menulis.
Lepas bersolat Asar, aku menjemput anak-anak dari sekolah agama dan terus pulang ke rumah.
Sebelah malam, selepas bersolat Isya' bersama-sama, kami sekeluarga akan duduk berborak, sambil anak-anak menyiapkan kerja sekolah.
 Itulah impian aku. Mungkin rutin ini tidak berlaku setiap hari but most of the day, hopefully.
Dream atau impian bukan satu mimpi. Ia adalah harapan yang tersemat kukuh di dalam benak sanubari. Ia adalah bahan api (fuel) yang memberi motivasi kepada kita dalam mempertahankan cara hidup yang terbaik dan sentiasa bersabar.



Sunday, January 12, 2014

LIKU: Menangani Perubahan


Assalamualaikum...

Kehidupan sinonim dengan masa. Tidak pernah terhenti walau pun seketika. Seiring dengan detik yang berlalu, perubahan demi perubahan kita tempuh sepanjang hayat kita.



Semasa kecil, kita menangani perubahan dengan bergantung harap kepada ibu dan bapa. Setiap perubahan yang berlaku dalam hidup kita adalah juga perubahan dalam hidup keluarga kita. Setiap perubahan tersebut membenihkan harapan baru dan rutin yang baru.

Tuesday, January 7, 2014

KEWANGAN: Sepatutnya vs Sebenarnya

Assalamualaikum...

Bulan-bulan akhir tahun 2013 disulami banyak berita berkaitan dengan kos sara hidup. Semuanya naik, sampai rakyat naik minyak. Kebergantungan rakyat kepada kerajaan menjadi seolah-olah sebaliknya.

Dari segi aliran tunai, kebanyakan rakyat kelas pertengahan, gaji antara RM 3,000 hingga RM 6,000, aliran tunai mereka terganggu. Mengapa? Cuba kita kira secara bulanan:

Rumah (beli) - RM 1,200.00
Kereta - RM 1,000.00
Makan - RM 1,500.00 (RM 50/hari)
Kad Kredit - RM 500.00 (satu kad)
Personal Loan - RM 600.00
Api - RM 80.00
Air - RM 40.00
Unifi/Astro - RM 100.00
H/P - RM 70.00
Duit anak sekolah - RM 150.00 (RM 5/hari)
Sewa Van sekolah - RM 30.00 (dekat)
Kelas petang - RM 250.00
Pusat asuhan - RM 250.00
Tadika - RM 400.00 (pagi - petang)
JUMLAH - RM 6,170
Ini adalah perbelanjaan isi rumah yang standard bagi kebanyakan rakyat kelas pertengahan sekarang yang berumur antara 27-35 tahun dengan 3 anak (boleh dikatakan begitu). Kiraan di atas belum termasuk tol, petrol, kereta kedua atau kredit kad yang lain yang boleh dianggarkan sebanyak RM 2,500.00. Jika ada polisi insurans yang dibayar bulanan, mungkin akan ditambah lagi RM 500.00. Jumlah keseluruhan boleh mencapai sehingga RM 9,170.00. Ini hanya kiraan secara kasar, kalau dihaluskan mungkin jumlahnya akan lebih rendah.

Wednesday, September 25, 2013

Coretan Gembira Seorang Anak

Assalamualaikum..

Inilah coretan anak aku yang berumur 6 tahun;


saya dan keluarga saya pergi ke pelbagai jenis syoping untuk beli kasut tidur kasut tidur saya ialah kasut hello kitiy kasut tidur adik saya ialah angry birds saya pergi untuk jalan jalan di bukit jambul sebelum itu saya pergi cek gigi adik saya selpas itu saya pergi mydin untuk beli kasut tidur di mydin selepas itu saya makan saya beli pelampung kecil dan saya rasa gembira saya rasa nak cakap terima kasih dan saya nak cakap bye    tamat
Fantastic aku rasa sebab dia tak pernah menaip. Dia menulis dalam buku dia dulu, lepas tu transfer ke laptop, ambik masa hanya 20 minit untuk menaip selepas beberapa minit membiasakan diri dengan kedudukan huruf... kehebatan kanak-kanak, bila diberi peluang...

Alhamdulillah...  

Sunday, September 8, 2013

Berita Gempaar Yang Hilang

Assalamualaikum...

Lama pulak rasanya tak menulis....

Secara rasminya Syawal pun dah melabuhkan tirainya 2-3 hari sudah.. semangat Syawal mungkin masih dirasai cuma tak sehebat minggu sudah. Open house dah jadi macam kenduri kahwin..

Macam-macam berita seminggu dua nih.. minyak naik 20 sen, gengster, kontroversi Tanda Putera, Syria, Mesir, kiamat nak dekat... macam-macam betul.. kalau bukak FB tu, dah macam warta dunia, semua berita lengkap.. yang tak lengkap cuma sumbernya..

Perkembangan negara menjadi perhatian semua pihak, tiba-tiba ekonomi negara dalam keadaan terumbang-ambing, goyang, goyah dan macam-macam lagi sampaikan minyak terpaksa naik harga, polis terpaksa all out untuk bendung gangsterism, peniaga terpaksa naikkan pelbagai barangan untuk cover harga pengangkutan yang meningkat, pemandu bas sekolah kena naikkan tambang serta seba mak nenek lagi lah.

Thursday, August 22, 2013

MERANCANG UNTUK BERJAYA

Assalamu'alaikum...

Siapa yang tidak mahu kejayaan? Semua orang mahu berjaya. Semua orang ada taste atau citarasa kejayaan masing-masing. Tetapi tak semua orang yang ukur baju di badan sendiri, atau pun  sanggup berakit-rakit ke hulu. Asyik nak cepat saja, well... aku pun sama.

Apakah kejayaan sebenarnya? Bagaimana kejayaan diukur? Berbaloikah untuk menggapainya sehingga sanggup kita bersakit-sakit dahulu? Jawapannya terletak dalam jiwa masing-masing. Hasil kepada jawapan ini akan membawa kita kepada perancangan untuk berjaya, mengikut perspektif kita.

Hiasan
Dalam nak berjaya, bagaimana nak ukur baju di badan sendiri? Cuba tengok pepatah tu secara fizikalnya, badan boleh membesar, boleh mengecil dan saiz baju akan ikut besar badan lah! Kemampuan umpama badan, keinginan umpama baju, mudah kan! Kemampuan boleh meningkat dan boleh juga menurun, tapi selalunya keinginan tidak pernah menurun, asyik meningkat saja. Hasilnya, selekeh ler.. ataupun ketat, sesak nafas. Tapi, kunci yang paling terang, badan sendiri... hanya kita yang tahu baju yang sesuai untuk badan kita. Orang lain boleh memberi pendapat, tapi keselesaan baju itu di tangan kita, kerana kita yang nak pakai. Sama jugak dalam hal kemampuan dan keinginan, kita lagi faham kemampuan kita, jangan biar orang lain memanipulasi keinginan kita, kelak yang nak menanggung bebannya, kita jugak.

Walau bagaimana pun, jika kita inginkan pakaian yang lebih besar, kita hanya perlu badan yang lebih besar. Ada banyak shortcut kalau kita nak besarkan badan. Tapi kena la terima risikonya, kesan sampingan yang mungkin memudaratkan badan, malah akan merugikan kita untuk masa yang lebih panjang. Atau, kita mengambil masa untuk mencapainya secara berdikit, sanggup ka? Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, sekali lagi, sanggup ka?

Monday, August 5, 2013

BILA MASALAH MENJELMA....

Assalamualaikum...

Bila masalah menjelma, apa yang akan kita buat? Langkah pertama, salahkan orang lain dahulu... hehehe.. Itulah yang biasa berlaku kan? Senang saja, apa saja jadi, orang yang salah. Mudah sungguh. Langkah kedua, luahkan kemarahan, secara agresif ataupun secara pasif. Langkah ketiga, lantaklah dengan masalah tersebut, berpatah arang dan berputus asa. Hmmm... mudah sungguh. TAPI, masalah tetap tak selesai.. hahahaha!!!

Macam mana kita menghadapi masalah kita?

Dalam menghadapi masalah, paling penting sekali ialah memastikan hal tersebut adalah satu masalah. Kalau tidak, kita akan membuang masa mencari penyelesaian kepada suatu hal yang bukan keutamaan. Langkah mengenal pasti / memastikan, memerlukan satu checklist yang mengandungi 3 asas penting, pertama; diri kita, kedua; hubungan dengan diri kita, ketiga; persekitaran (nature/environment) hal tersebut.

KADANG-KADANG
  • Kadang-kadang, kita terlebih menilai sesuatu hal sebagai masalah sedangkan hal itu tiada kaitan pun dengan kita, pelik kan! 
  • Kadang-kadang kita tak pasti pun kesan hal itu terhadap diri kita, kita main agak je, mungkin macam tu, mungkin macam ni, terus kita label sebagai masalah. 
  • Kadang-kadang, hal itu hanya menjadi masalah pada masa dan tempat tertentu sahaja, tapi kita menilai bahawa ia adalah masalah sepanjang masa di semua tempat.

Kaedah menghadapi masalah ini pelbagai bergantung kepada pengalaman yang kita ada. Apa yang penting:
  • bertenang sekejap - tarik nafas dan berehat
  • kenal pasti masalah sebenar - selalunya, apa yang kita nampak bukan masalah sebenar, ia hanyalah projection 
  • list down all possibilities macam mana nak tangani
  • berbincang - lagi banyak input lagi bagus

Fokus utama dalam menghadapi masalah adalah MENYELESAIKANNYA. Bukan sebaliknya. Jika kita sedar tentang hakikat ini, insyaAllah, masalah serumit mana pun boleh diselesaikan.

Ada lagi masalah? Selesaikanlah. Jangan biarkan hidup anda diselubungi masalah!!!!

Alhamdulillah.

Kredit untuk gambar ini - Masalah ke?

Tuesday, July 23, 2013

AKU MAAFKAN

Assalamualaikum..

Sepanjang minggu lepas, selepas hampir 10 hari berpuasa, temperature darah aku agak melambung. Tiada satu sebab yang khusus, seolah-olah the world is against me. Tertekan saja rasa. Pusing kot sini nak marah, pusing kot sana nak marah. Ujian di bulan yang baik agaknya.

Hiasan
Cerita pasal marah, biasanya bermula dengan menyesal. "Kalau la aku tak beli..." contoh la kan. Lepas menyesal, akan timbul tertekan, lepas tu marah la. 

Sebab apa kita menyesal? Bukankah setiap yang terjadi itu tetap tak boleh nak undur balik? Pasti ada satu sebab khusus yang menyebabkan kita menyesal.

Secara umumnya, penyesalan disebabkan oleh kita tidak mampu memaafkan diri kita sendiri. Macam mana nak maafkan diri kita sendiri? Susah nak jawab eh!

Hiasan
Apa pun jawapannya, mungkin bulan Ramadhan yang penuh dengan kemaafan dan keampunan Allah ini, boleh memberi ruang kepada kita untuk merenung balik diri kita, adakah terdapat penyesalan dalam hidup kita sehingga kini? Kalau ada, mengapa? Penyesalan adalah salah satu ciri taubat, mampu tak kita maafkan diri kita atas penyesalan tersebut? 

Sekadar pandangan...

Alhamdulillah.

Tuesday, July 16, 2013

RAMADHAN - PEMBUKA JALAN

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan 1434H.
Selamat Berpuasa
Banyak peristiwa yang telah kita lalui sebelum kembali menempuh Ramadhan tahun ini. Syukur atas rahmat Yang Maha Kuasa, kita telah dipanjangkan usia menghadiri bulan yang penuh keberkatan ini.

Setiap tahun, aku sering mendengar pelbagai tazkirah (Bahasa Melayu: peringatan) berkenaan Ramadhan dan kelebihan-kelebihan bulan mulia ini sering disiarkan dalam media-media utama. Semuanya bagus dan memberi input yang bermanfaat.

Tuesday, July 2, 2013

MENGAPA...?

Assalamualaikum...

Anak-anak adalah permata ibu bapa. Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan menginginkan anak, baik ramai mahupun sikit, baik cepat mahupun lambat. Anak-anak menjadi seri di kala gembira, pengubat di kala duka, penguat semangat di kala merudum. Secara psikologi, pasangan berkahwin yang ada anak akan menjadi lebih matang dalam berfikir dan lebih bersifat penyayang. Mengapa? Pandangan aku, mungkin kerana ibu-bapa terpaksa menjawab pelbagai soalan anak-anak yang bertanya, ada kalanya membuatkan kita tersenyum, kadang-kadang tergelak terbahak-bahak.

"Ibu, sebab apa macam ni?"

"Ayah, sebab apa jadi lagu tu?"

Soalan-soalan yang kerap contohnya, dari mana adik datang, mengapa kena solat, sebab apa ibu pakai tudung; soalan-soalan ni mudah dijawab jika umurnya 10 tahun atau lebih. Dengan kata lain, bila akalnya telah mampu membezakan baik dan buruk. Itu pun, jawapan yang bersesuaian dengan akalnya.

Picture Credit to The Bamboo Project Blog
Sifat anak-anak yang sebegitu memang menjadi lumrah atau fitrah manusia. Secara tidak sedar, kita juga memiliki kecenderungan untuk bertanya, mengapa begitu dan begini. Kadang-kadang kita pendam kerana tidak mahu dikatakan kita mempertikaikan keadaan yang dah menjadi adat. As a matter of fact, salah ka kalau tanya? Salah ka kita tahu sebab musabab? Orang mungkin tidak akan melayan persoalan kita jika kita cenderung untuk menjadikan ia sebagai alasan (excuse). Mungkin sajalah.

Dalam Al-Quran, terdapat banyak kisah bersoal jawab. Contohnya, kisah Bani Israel dengan Nabi Musa; atas perintah Allah, Bani Israel disuruh mendapatkan seekor lembu. Jika tanpa banyak soal mereka sediakan lembu tersebut, kerja mereka akan jadi mudah, any lembu will do. Tapi, sebab banyak sangat soal, ciri-ciri lembu diberikan sehingga susah nak cari.

Thursday, June 27, 2013

JEREBU

Assalamualaikum...

Sekarang kecoh dengan isu yang bukan baru, JEREBU!!!

Kesan Jerebu, sakit mata, sakit tekak, visibility atau jarak pandang rendah dan macam-macam lagi. Macam mana nak mengatasi jerebu? Aku pun tak tahu, nak menghadapinya, bolehlah. Ikutlah nasihat Kementerian yang berkenaan.
Jerebu, secara ringkasnya mengaburi pandangan dan tidak menyihatkan sehingga kita tidak mampu melihat jauh ke hadapan... dengar macam familiar tak? Pernah tak kita merasai jerebu kehidupan?

Dalam hidup, setiap daripada kita pasti ada satu impian atau tujuan hidup. Semakin kita berusia, semakin matang dan jelas impian hidup kita. Pernah tak kita bayangkan impian yang kita hajati?

Perjalanan menuju impian itu, pasti ada banyak halangan dan dugaan. Kadang-kadang hingga kita lupa arah dan tuju. Impian menjadi kabur, jiwa menjadi tak tenang, sehingga sanggup sahaja menerima apa pun seadanya. Impian kian dilupakan. Akhirnya, impian tidak kesampaian. Pergi dalam penyesalan.

Wednesday, June 19, 2013

ALASAN


Assalamualaikum...

Seminggu yang memenatkan. Bab pindah rumah, benda last dalam list hidup aku. Tempat baru sentiasa memberi cabaran yang berbeza. Ada cabaran yang kita suka, ada cabaran yang kita tak suka.

Inilah pertama kali aku pindah rumah dengan barang-barang yang boleh tahan juga banyaknya. Apa yang tak bestnya, notis untuk pindah agak singkat masanya. kurang seminggu. Lepas tu, walaupun landlord bagi pelepasan untuk sebulan, hati dah tawar.

Banyak perkara yang aku belajar dalam seminggu dua ni. Dalam perbincangan dengan landlord, aku telah melihat bagaimana duit boleh merangsang manusia ke arah yang tak masuk akal. Aku dan isteri bercakap secara terang, kami tak mampu kalau sewa dinaikkan dan tak berminat pun nak beli rumah tu. So, kisahnya nak kena pindah la, tapi orang baru nak masuk next week (alasan yang tuan rumah bagitau masa tu). Terus kami packing panggil lori, pindah. Last, orang yang baru nak masuk tak jadi sewa. Macam tu pun boleh? Buat sementara, hidup la menumpang sekejap, sementara nak dapat rumah. Macam drama pulak.

Wednesday, June 12, 2013

KOBARKAN SEMANGAT

Assalamualaikum...

Picture shows thousands of word, action shows thousands of picture
Pernah dengar tak, wisdom word seperti di atas? Kata-kata ni, sangat terkesan di hati aku, terutama semasa melalui zaman remaja dan 20-an. Sangat istimewa, walaupun ada satu ketika i felt like my dunia is gone, kata-kata ni tersemat kuat dalam hati dan menyuntik semangat yang sangat hebat.

Thursday, June 6, 2013

Masalahnya, Apa?

Assalamualaikum...

Pernah tak kita mendengar pengalaman hidup orang lain, lepas tu kita rasa macam pengalaman hidup kita ni nothing atau kecik sangat? Itulah aku. Semua pengalaman orang sentiasa menjadi iktibar untuk diri aku, tapi pengalaman sendiri aku rasa macam tidak ada pulak. Aku selalu tertanya-tanya, apa pengalaman aku yang aku boleh share dengan orang lain? Nak juga berkongsi kisah lama dengan kawan-kawan.

Punya la nak jadi cerita, kisah aku, aku tak ingat, orang ingat. Mungkin fitrah manusia, selalu lupa apa yang dia buat, tapi apa yang orang buat, pantang lepa (bahasa utara - lalai/lupa). 

Pembinaan kehidupan manusia ni aneh. Lagi susah seseorang tu, lagi berjaya dia. Sebaliknya, lagi senang seseorang tu, lagi susah dia. Hehehe... Sebab tu, bila orang kata, manusia hidup untuk mengejar kesenangan, aku tak percaya kerana manusia sentiasa mengejar kejayaan, bukan kesenangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...