Sambungan dari Mencari Jalan - Pengenalan (13 Nov 2012)...
Dalam hal mencari jalan, seperti mana yang aku tulis dalam entry seperti di atas, terdapat 3 perkara yang harus melengkapi antara satu dengan yang lain.
- Sang Pencari
- Destinasi
- Laluan
Hiasan |
Mencari jalan bukan hal yang mudah, terutama jika tiada tools yang boleh diharap. Zaman moden sekarang, orang dah pakai GPS, ok la jugak, kurang sikit sesat. Tu pun, ada jugak orang yang sesat. :D
Aku yakin, ramai di kalangan kita yang pernah sesat semasa mencari jalan. Pengalaman tersebut sangat berguna, sekurang-kurangnya untuk kali yang kedua, kita sudah tak sesat lagi, tu pun ada jugak yang sesat sampai 3-4 kali. Tak kisahlah.
Sang Pencari perlu jelas dengan niat dan objektifnya. Nak cari apa? Pasai apa nak cari? Kat mana nak cari? Nak cari dengan apa? Jika dia jelas, maka pencarian akan menjadi lebih tersusun. Jadi, NIAT memainkan peranan penting. Jika kita lihat balik, tiada satu pun ibadat khusus dalam Islam yang tidak bermula dengan niat. Bila kita jelas dengan niat, secara otomatik seluruh How to do ibadat tersebut lintas dalam kepala, dah tau macam mana nak buat dan bila nak buat (of course la tahu selepas belajar, kalau tak belajar macam mana nak otomatik tahu).
Niat berkaitan dengan hati (qalbu) yang merupakan asas kepada segala-galanya dalam hidup seorang manusia. Hati ni macam KOMPAS. Ke mana kompas tu tunjuk, ke situlah seluruh badan pergi. Arah kompas biasanya satu saja iaitu utara, tapi kompas hati ada dua arah, baik dan buruk. Jika hatinya cenderung kepada buruk, kompasnya ke arah buruklah, jika hati cenderung kepada iman, kompasnya ke arah baik.
Kompas sangat berguna, terutama bila digunakan bersama peta. Peta adalah tools dalam perjalanan yang sangat asas. Peta mampu menunjukkan lokasi semasa kita dan laluan ke destinasi. Bagaimana teknik dan strategi untuk ke destinasi akan dapat kita rangka bila kita mengkaji peta yang kita ada. Peta ada banyak jenis, jika kita tahu nak cari apa, kita akan tahu nak pakai peta apa, kita akan tahu kat mana nak cari peta itu, dan yang paling penting kita akan tahu sapa kita nak tanya.
Mengenali kompas dan peta adalah adalah sangat penting kepada orang yang mencari.
Destinasi
Ultimate Goal atau destinasi paling hujung atau tujuan paling utama adalah destinasi yang tertanam jauh dilubuk hati orang yang mencari. Destinasi inilah yang memberi motivasi kepada Sang Pencari untuk terus bergerak. Tanpa destinasi, tidak akan ada pencarian atau perjalanan; lumrahlah tu, tak perlu diterangkan pun.
Cuba tanya kepada diri kita, destinasi kita apa atau ke mana sebenarnya? Destinasi yang kita pilih biasanya terdorong atas salah satu daripada 3 perkara atau ketiga-tiga sekali. Contoh, kita solat sebab takut masuk neraka, ada orang solat sebab mahu ke syurga, ada juga orang solat bukan sebab neraka atau syurga, tapi sebab nak solat, dengan kata lain solat telah menjadi sebahagian daripada hidupnya, macam makan nasi. Dalam kategori yang ketiga ni, boleh kita kata, solatnya adalah kerana memenuhi tanggungjawab atas perintah yang telah diberikan.
Bila kita jelas dan komited dengan destinasi yang kita pilih, insyaAllah kita akan sampai.
Laluan
Jalan, laluan atau kaedah atau cara, biasanya kita akan dapat lihat atas peta. Laluan yang selamat atau pasti sampai, pasti pernah digunakan dan pasti ada orang yang telah sampai. Seterusnya, pasti ada teknik dan strategi untuk tiba ke destinasi, tak kira apa cerita atau halangan pun. Untuk memudahkan perjalanan, bagus sebenarnya kalau kita ada orang yang membimbing, yang memahami peta secara sepatutnya.
Kesimpulan
Mencari jalan itu mudah, nak maintain dan komited untuk meneruskan perjalanan itu yang susah (kalau hati tidak mahu/ tidak faham). Dalam hal mencari jalan, niat kena lurus dan jelas, destinasi kena jelas dan laluan yang akan dilalui jugak kena jelas. Sebagai Muslim yang kompas hati kita sentiasa condong kepada keimanan, peta untuk perjalanan kita sebenarnya adalah AQ; di dalamnya jelas terkandung kemana kita akan pergi, dari mana kita datang dan macam mana nak menghadapi kerenah dunia demi untuk terus komited dengan destinasi/tujuan.
Dalam perjalanan, kereta yang paling best adalah kereta yang sempurna balancing dan alignment. Begitu juga komitmen dalam perjalanan perlu sentiasa disegarkan (motivasi), diseimbangkan dan tersusun agar perjalanan kita lancar dan destinasi tujuan tidak tersasar.
Ini hanyalah pandangan aku. Kalau ada yg tak kena, bgtaulah.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment