POST

Wednesday, June 12, 2013

CERMIN: MENERIMA MEREKA SEADANYA

Assalamualaikum...

Ada orang yang menerima dirinya seadanya, ada orang yang merungut tentang dirinya sendiri, ada orang yang tak peduli dengan keperluan dirinya. Kita macam mana? 

Dari sudut psikologi, apa yang aku kutip dalam satu kursus yang aku hadiri, orang tidak boleh menerima keadaan dirinya cenderung untuk bersifat negatif kepada orang lain.

Hiasan
Sebagai contoh, orang yang rasa dirinya tak lawa, dia cenderung untuk dengki dengan orang yang cantik. Orang yang rasa dirinya miskin dia akan jeles dengan orang kaya. Malah yang lebih teruk lagi, orang-orang yang macam ni cenderung untuk gembira bila orang lain lebih teruk darinya, siap kutuk lagi.

Pernah tak jumpa orang macam ni? Itulah kehidupan yang Allah tunjuk kepada kita agar kita mengambil pelajaran, jangan jadi macam tu.

Sepanjang hidup kita, kita akan melalui pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh ramai orang. Gembira, sedih, terkejut dan sebagainya. Perkara biasa bagi semua manusia. Cuma, masa kita gembira, kita rasa kitalah yang paling gembira dan bertuah, masa kita sedih, kita rasa masalah kitalah yang paling besar di dunia. Mengapa? Pernah tak kita melihat kehidupan orang lain secara dekat?

Bila kita menerima diri kita seadanya, kita akan cenderung untuk menerima orang lain seadanya. Itu fakta. Dari situ akan timbul kecenderungan untuk bergembira atas kegembiraan orang, kita boleh bersedih atas kesedihan orang. Perasaan untuk membantu akan lebih tinggi, perasaan postif akan dibentuk secara tak langsung. Semua ini akan membina keperibadian diri kita naik satu tahap lagi.

Adakah menerima diri seadanya, bermakna kita telah berpuas hati menyebabkan peningkatan hidup kita terbantut?

Jawapannya ialah..... soalan tidak releven!

Mengapa? Untuk maju ke hadapan, kita mesti menerima keadaan diri kita sekarang. Jika tidak, apa yang dikatakan kemajuan itu tidak wujud. Maju bermakna bergerak ke depan. Posisi depan berlawanan dengan posisi belakang. Kalau tak pernah berada di posisi belakang macam mana kita nak kata kita telah ke depan?

Menerima diri seadanya bermakna kita menerima hakikat bahawa, pada ruang masa itu, itulah kita dan apa yang kita ada. Maka secara tak langsung kita akan uruskan kehidupan kita secara ruang masa itu. Pada ruang masa depan, bagaimana kita nak corakkannya, usahakan saja. Tidak ada masalah pun. Apa yang dikatakan kemajuan? Walaupun setapak, itu dah dikira maju ke depan. Sikit-sikitlah. Naik tangga, kita tak pernah pulak lompat sepuluh anak tangga sekaligus, kan?

Menerima diri orang lain seadanya... macam mana tu? Biar orang lain menentukan hala tuju hidup mereka sendiri, kita tak perlu buat keputusan untuk mereka.

Pernah dengar ayat-ayat ni.. ".. hang tak patut buat lagu.." ataupun, ".. sepatutnya, hang kena buat lagu ni.."

Pandangan aku, adalah lebih baik jika kita menceritakan hal yang patut/tak patut kita buat, kemudian dia yang dengar buatlah pilihan sendiri. Lagi baik, bila bincang tu selitkan sekali apa yang Allah suruh dan larang, nak ikut tak nak ikut, terpulang. Bagi diri kita, apa yang kita cerita itulah apa yang kita buat.

Bila mereka menolak perkara baik yang kita cakap, tak perlu kita tohmah dan keji mereka. Itu keputusan mereka, terimalah seadanya. Tidak ada tanggungjawab kita untuk menghalang, dia tanggung sendiri la perbuatan dia. Sekurang-kurangnya dia tahu, kalau nak tanya boleh cari kita, masa tu kita cerita lagi kebaikan. Tak salah kan?

Kalaulah kita ni asyik membuat tohmahan kepada perlakuan buruk orang, macam mana kita nak sampaikan kebaikan? Orang pun makin meluat kat kita, lagilah.. nak sampaikan kebaikan apa pun orang dah tak nak dengar.

Dengan menerima mereka seadanya, kita akan menerima diri kita seadanya, otomatik rasa merendah diri akan timbul dan akan sentiasa meletakkan yang hak (Allah) itu di atas. Pada masa yang sama, kita dah tak terbeban dengan masalah orang, hanya urus masalah diri dan keluarga sahaja. Bila orang nak kita tolong pun, kita akan tolong setakat yang dia boleh terima saja, selebihnya kita pulangkan tanggungjawab tu kepada tuan punya badan, sebab tu masalah dia. Barulah boleh dikatakan berbuat baik berpada-pada.

Dengan cara itu, secara tak langsung juga, kita mendidik orang yang minta tolong untuk bertanggungjawab dengan masalahnya sendiri, kita hanya tunjuk cara, kalau kita tahu.

Secara ringkasnya, terimalah diri kita seadanya. Allah menganugerahkan kepada kita pada satu-satu ruang masa, bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan kita menghadapinya. Apa yang kita rasa kurang, tanganilah sebaik mungkin kerana setiap cabaran yang datang dari Allah itu untuk meningkatkan diri kita. Tak lulus SPM, tak boleh masuk universiti, kan!

Baik dan buruk itu datang dengan izin Allah, kembalilah kepada Allah dalam apa jua urusan, insyaAllah, berkat.

Sekadar pandangan, Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...