POST

Wednesday, June 12, 2013

KOBARKAN SEMANGAT

Assalamualaikum...

Picture shows thousands of word, action shows thousands of picture
Pernah dengar tak, wisdom word seperti di atas? Kata-kata ni, sangat terkesan di hati aku, terutama semasa melalui zaman remaja dan 20-an. Sangat istimewa, walaupun ada satu ketika i felt like my dunia is gone, kata-kata ni tersemat kuat dalam hati dan menyuntik semangat yang sangat hebat.



Sejak kita kecil, kita telah diasuh oleh persekitaran (keluarga) agar membedakan yang baik dan buruk. Kita juga sentiasa dididik agar melaksanakan kebaikan semampu kita. Semasa masih dalam asuhan, tersalah tersilap masih ada yang menegur, membetulkan dan sentiasa memerhati dengan teliti, alhamdulillah.

Pernah tak kita berfikir, setelah kita keluar dari asuhan keluarga, berkelana menjalani kehidupan, asuhan dan didikan itu masih ada dalam diri kita, masih lagi diamalkan ataupun tidak? Siapa yang memerhatikan kita, siapa yang menegur kita? Adakah kita dalam masyarakat yang menjalankan fungsi kekeluargaan; yang tua dihormati, yang muda disayangi?

Pernah tak kita melihat sesuatu yang patut/tak patut dilakukan oleh sahabat baik kita, lantas kita menegur? Bagaimana cara kita menegur? Pernah tak kita ditegur kerana sesuatu yang patut/tak patut kita buat? Bagaimana reaksi kita?

Salah dan silap adalah normal bagi manusia biasa. Cara kita menghadapi kesan kesalahan dan kesilapan kita itu yang penting. Ada kalanya, perlakuan atau perbuatan yang silap dan salah itu telah menjadi kebiasaan sehingga hilang rasa bersalah/malu melakukannya walaupun kita tahu itu salah.

Bagaimana nak menghadapi kesalahan dan kesilapan diri kita sendiri dan orang lain?

Aku pernah menghadapi beberapa situasi, bila ada orang datang bertanya, ".. macam mana nak jadi baik?". Ada juga yang bertanya, "..Allah akan terima aku tak...?". Agak-agak nak jawab apa? Kita simpan dulu soalan-soalan ni.

Pernah satu ketika, jiwa aku macam tak boleh terima dah apa yang aku nampak di persekitaran aku. Walaupun aku ni tak sebaik mana, terlalu banyak perkara kecil yang aku tahu kesannya amat besar, berlaku disekeliling aku. Aku pernah sound family sendiri sampai gaduh besar. Pada masa tu, i just don't care. Selagi apa yang aku kata itu betul, tiada rasa bersalah langsung dalam diri. Sehinggalah satu hari secara kebetulan, aku berjumpa dengan seorang warga emas yang tak berapa emas la, umur dalam lingkungan 50-an. Kami banyak berbincang dan bercakap pasal life.

Dia banyak menegur aku pasal teknik dan cara aku berkomunikasi dengan orang lain. Kadang kita betul, tapi tak semestinya orang salah. Kadang-kadang kita betul, tapi cara kita salah. Dia kata, nak membetulkan salah dan silap orang, kena la kenal orang tu dulu, background dia, kerja dia, cara dia dan sebagainya. Ni tak, main hentam saja, situasi dia kita tak peduli, itu salah, katanya.

Sejak dari itu, cara aku banyak berubah, ia mengambil masa, tapi ia berubah. Pendekatan aku dengan bini aku, anak-anak aku turut berubah. Pendekatan dengan keluarga lain menjadi lebih baik, cara berkomunikasi aku berubah. Aku merasakan perubahan ini kerana semangat yang disuntik dan contoh yang ditunjukkan oleh rakan 50-an aku tu. Aku sangat berterima kasih.

Semangat yang dikobarkan inilah yang meresap jauh ke jiwa yang mengubah aku. Aku tahu apa yang aku pegang itu betul, tapi pembawaan aku salah sehingga orang menolak kebaikan. Macam pisau la kan, potong ikan boleh, potong tangan pun boleh.

Berbalik pada soalan di atas, aku jawab; 
"..apa benda yang baik yang hang rasa hang boleh buat? Hang buat yang tu dulu. Hang bukan jahat pun, sepanjang aku kenai, baik saja.." Sejauh mana aku kenal baik dan buruk dia, aku usaha jugak untuk bagi semangat kat dia macam mana aku tengok orang tua tadi.
Soalan lagi satu aku jawab macam ni;
"..pasaipa Allah tak boleh terima pulak. Kalau kita terima Allah, kan Allah janji akan terima kita? Hang terima la dia. Masa tu hak dia, lambat atau cepat hang terima dia bukan isunya. Banyak mana dosa pun, kalau Dia ampun, zero la. Yang penting, kita buat apa yang dia suruh... benda salah, la ni punya la banyak, pasaipa Allah tak turun azab macam kaum nabi-nabi lain? Allah bagi peluang la tu.."
 Menegur kesalahan itu bagus, tapi pandangan aku, kobarkan semangat agar orang buat baik lebih bagus. Cara nak kobarkan semangat itu bergantung pada kita. Cara yang terbaik bila kita tunjukkan cara dengan kita sendiri melakukannya, action shows thousands of pictures kan!

Bila kita mengobarkan semangat orang melaksanakan kebaikan (balik kepada Allah), semangat kita sendiri akan bangkit, insyaAllah.

Sekadar pandangan, alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...