POST

Thursday, June 6, 2013

Masalahnya, Apa?

Assalamualaikum...

Pernah tak kita mendengar pengalaman hidup orang lain, lepas tu kita rasa macam pengalaman hidup kita ni nothing atau kecik sangat? Itulah aku. Semua pengalaman orang sentiasa menjadi iktibar untuk diri aku, tapi pengalaman sendiri aku rasa macam tidak ada pulak. Aku selalu tertanya-tanya, apa pengalaman aku yang aku boleh share dengan orang lain? Nak juga berkongsi kisah lama dengan kawan-kawan.

Punya la nak jadi cerita, kisah aku, aku tak ingat, orang ingat. Mungkin fitrah manusia, selalu lupa apa yang dia buat, tapi apa yang orang buat, pantang lepa (bahasa utara - lalai/lupa). 

Pembinaan kehidupan manusia ni aneh. Lagi susah seseorang tu, lagi berjaya dia. Sebaliknya, lagi senang seseorang tu, lagi susah dia. Hehehe... Sebab tu, bila orang kata, manusia hidup untuk mengejar kesenangan, aku tak percaya kerana manusia sentiasa mengejar kejayaan, bukan kesenangan.


Pembinaan kehidupan berasaskan pengalaman harus diseimbangkan dengan pengetahuan dan kebenaran. Jika berdasarkan pengalaman semata-mata, kalau kita hidup dengan pengalaman yang buruk, kita akan menjadi buruk, begitulah sebaliknya. Dalam membina kehidupan, amat penting kita menjaga hala tuju kehidupan kita, kerana pembinaan itu berasaskan foundation hala tuju yang kita dah bentuk dalam jiwa kita, walaupun kita tak perasan.

Aku melihat hidup aku sendiri, aku pernah hidup di KL tanpa sesen dalam poket. Aku pernah tido di stesen bas. Aku pernah minta duit tambang kat orang yang aku tak kenal sebab tak dak duit. Aku pernah hanya makan sebungkus nasi lemak sekali sehari selama 3 bulan sebab bajet. Macam-macam lagi la. Tu semua, aku tak pernah pun rasa macam pengalaman yang hebat, macam biasa saja. Sebab tu aku cuba check tengok, sebab apa perasaan menghargai pengalaman tu tak wujud. Rupa-rupanya, aku memang jenis yang malas nak kesah pasal masalah. Aku boleh perasan pun sebab orang rumah aku bagitahu. Dia tension bila kami ada masalah, sebab aku buat macam tak dak masalah ja. Hehehe.. Nama pun masalah, memang lagu tu la, pening kepala ka, sakit ka, pengsan ka, nak kena bagi selesai jugak. Daripada aku pening kelapa, baik aku buat tak tau, hujungnya aku jugak yang kena selesai. Baru cool macam John McClane (Die Hard).

Kalau pengalaman macam mana nak jadikan masalah bukan satu masalah, yang tu aku boleh share la, sebab aku memang dah lagu tu. Pernah sekali, aku eksiden, hentam belakang 4x4, radiator aku rosak terus, masa tu on the way nak pi rumah member. Apa yang aku buat, salam dengan owner 4x4 tu, start kereta terus pi rumah member aku tu la. Keesokan malamnya, aku bertolak ke Penang, dengan bonet depan yang teruk remuk tu aku ikat dawai. Buat tak tahu saja. Pikir-pikir balik, kerja gila, 400 km, radiator hancus.. Nasib baik jalan malam, angin sejuk sikit. Sampai kat Penang, balik rumah dulu, tido. Paginya baru aku hantar pi bengkel. Mekanik kat situ, gigit ekzos dengar cerita aku... hehehe.. yang tu tambah perasa sikit, gila apa gigit ekzos kan...

Masalah bukan masalah bila....
  1. kita tahu kita boleh selesaikannya
  2. kita tahu apa puncanya
  3. kita tahu kita yang bersalah
  4. kita tahu, sapa pun yang bersalah, kita yang nak kena selesaikan
  5. kita tahu, dah tanggungjawab kita
  6. kita tahu Allah bersama dengan kita
  7. kita tahu... dan tahu... dan tahu...
Masalah adalah masalah, bila KITA TIDAK TAHU. Senang cerita, apa pun tak tau, maknanya, semuanya pun masalahlah. Senang tak?

Emosi yang datang bersama masalah hanyalah sentimen, aku tak bersalah, pasai apa aku dan macam-macam sentimen lagi la. Jika kita sedar posisi kita dalam masalah tu, baru kita ada jalan macam mana nak selesaikan.

Seterusnya, masalah boleh selesai dengan masa. Ambik sikit masa untuk bertenang, buang sentimen dan fikirlah secara objektif. Macam mana nak fikir secara objektif? Cuba try test macam ni:
  1. apa masalahnya?
  2. apa puncanya?
  3. siapa terlibat mengikut keutamaan?
  4. apa jalan cadangannya?
  5. apa langkah pertama?
  6. macam mana nak mula selesai?
Lepas tu, buat dan tawakkal saja la. Bila kita berpegang pada pengetahuan dan kebenaran hukum (Allah), kita akan sedar bahawa tindakan yang kita ambil ni patut ka tak patut. Kadang kita rasa betul, tapi tak patut. Kadang-kadang kita rasa salah, tapi patut buat lagu tu. Berfikir secara objektif sangat bersandar pada pengetahuan dan hukum yang Allah letak secara fitrah. Hukum secara fitrah ni macam anak dan bapak. Anak lagu mana cerita pun, tetap kena hormat kat bapak, walaupun dia tak ikut bapak dia, tu hukum la tu.

Begitulah al-kisahnya. Jadi kesimpulannya, masalahnya apa? Tak dak kan? Sekian.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...