Sekarang kecoh dengan isu yang bukan baru, JEREBU!!!
Kesan Jerebu, sakit mata, sakit tekak, visibility atau jarak pandang rendah dan macam-macam lagi. Macam mana nak mengatasi jerebu? Aku pun tak tahu, nak menghadapinya, bolehlah. Ikutlah nasihat Kementerian yang berkenaan.
Jerebu, secara ringkasnya mengaburi pandangan dan tidak menyihatkan sehingga kita tidak mampu melihat jauh ke hadapan... dengar macam familiar tak? Pernah tak kita merasai jerebu kehidupan?
Dalam hidup, setiap daripada kita pasti ada satu impian atau tujuan hidup. Semakin kita berusia, semakin matang dan jelas impian hidup kita. Pernah tak kita bayangkan impian yang kita hajati?
Perjalanan menuju impian itu, pasti ada banyak halangan dan dugaan. Kadang-kadang hingga kita lupa arah dan tuju. Impian menjadi kabur, jiwa menjadi tak tenang, sehingga sanggup sahaja menerima apa pun seadanya. Impian kian dilupakan. Akhirnya, impian tidak kesampaian. Pergi dalam penyesalan.
Itulah hakikatnya, bila impian bersifat peribadi. Dalam hati, "aku mesti mencapai impian itu dan ini". Bila impian bersifat peribadi, kejayaan seorang diri, maka segala halangan dan usaha pun haruslah ditangani seorang diri. Namun, impian yang bersifat bersama-sama, segala usaha dan halangan akan ditangani bersama-sama. Itulah sifat negarawan, orang yang berjiwa besar.
Menghadapi dugaan dan halangan seorang diri adalah sangat sukar. JEREBU dan halangan mudah mematahkan semangat kita. Sebab itu kita diharuskan berkahwin agar rasa tanggung jawab dan kebersamaan dapat menguatkan diri kita. Impian juga bukan lagi bersifat peribadi, tapi impian bersama seisi keluarga atas dasar tanggungjawab dan bukan lagi mengharapkan sanjungan.
Selain itu, kita juga digalakkan bermasyarakat, agar dapat bantu-membantu antara keluarga. Mengikut sunnah Rasulullah, kita wajib memuliakan jiran dan mengambil jiran itu sebagai saudara atau sekurang-kurang sebagai sahabat dekat. Lebih-lebih lagi bila masyarakat itu berkongsi impian yang sama, mengharapkan kemakmuran dan keamanan bersama-sama, mengharapkan rahmat dan berkat untuk seluruh kampung atau negeri. Apa-apa pun halangan yang datang, pasti akan ditangani dengan penuh hikmah dan berkepimpinan. Impian seolah-olah mampu dicapai semalaman.
Kita pernah membaca sejarah, cerita orang-orang dahulu; usaha menggapai impian bukan jalan yang mudah. Sangat berliku, penuh penentangan. Bukan sedikit kesabaran dan tawakkal yang diperlukan, namun hari ini kita telah melihat bagaimana impian mereka dahulu telah tercapai. Negara yang ada pada hari ini, dahulunya hutan belantara, dipugar dan diterang, dijaga dan dibaja sehingga hari ini menjadi tanah tumpah darah kita. Berapa banyak sudah jerebu yang melanda, baik peperangan, kekurangan makanan, kekacauan dan sebagainya. Hari ini, kita telah menikmati impian tersebut, yang telah ditanam dalam usaha orang tua-tua kita dahulu.
Apa pula impian kita untuk anak-anak kita? Masihkah ia bersifat peribadi? Jerebu sekarang lebih beracun. Racun yang paling besar adalah racun individualistic. Racun agar manusia itu menyendiri dalam menghadapi jerebu, racun pentingkan diri, racun yang memisahkan anak dan bapa, suami dan isteri, jiran dan jiran. Daripada racun ini, bercambah pula penyakit hedonistic dan materialistic, kecintaan kepada nikmat sementara hingga lupa impian sebenar, impian yang harus disemat dalam jiwa anak-anak.
Pandangan aku, nilailah JEREBU itu sebagai halangan bersama agar dapat kita hadapi bersama-sama. Langkah pertama adalah yang paling sukar, iaitu memahami hakikat bahawa kita ini manusia, kita tidak mampu menghadapi sesuatu masalah seorang diri. Kita perlukan kekuatan hati yang percaya kepada yang Maha Kuasa, kita perlukan kekuatan hati yang mempercayai orang lain, kita perlukan kekuatan hati agar sentiasa amanah dan sentiasa konsisten dalam melaksanakan kebaikan. Langkah seterusnya akan lebih mudah, bila semakin ramai yang mengambil langkah pertama yang sama.
JEREBU bukanlah sesuatu yang tidak boleh dihadapi dengan jayanya, hanya caranya saja harus kita mengambil contoh mereka yang terdahulu. Kerana, kita hari sedang merasai impian dan usaha mereka dahulu. Dengan cara mereka juga, anak cucu kita juga akan merasai impian dan usaha kita pada hari ini.
Semoga masalah jerebu yang sedang melanda ini akan berakhir sesegera mungkin.
Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment