POST

Wednesday, June 19, 2013

ALASAN


Assalamualaikum...

Seminggu yang memenatkan. Bab pindah rumah, benda last dalam list hidup aku. Tempat baru sentiasa memberi cabaran yang berbeza. Ada cabaran yang kita suka, ada cabaran yang kita tak suka.

Inilah pertama kali aku pindah rumah dengan barang-barang yang boleh tahan juga banyaknya. Apa yang tak bestnya, notis untuk pindah agak singkat masanya. kurang seminggu. Lepas tu, walaupun landlord bagi pelepasan untuk sebulan, hati dah tawar.

Banyak perkara yang aku belajar dalam seminggu dua ni. Dalam perbincangan dengan landlord, aku telah melihat bagaimana duit boleh merangsang manusia ke arah yang tak masuk akal. Aku dan isteri bercakap secara terang, kami tak mampu kalau sewa dinaikkan dan tak berminat pun nak beli rumah tu. So, kisahnya nak kena pindah la, tapi orang baru nak masuk next week (alasan yang tuan rumah bagitau masa tu). Terus kami packing panggil lori, pindah. Last, orang yang baru nak masuk tak jadi sewa. Macam tu pun boleh? Buat sementara, hidup la menumpang sekejap, sementara nak dapat rumah. Macam drama pulak.



Bila difikirkan balik, mungkin ini yang Allah kata dalam AQ, bumi Allah itu luas, kan! So stuck at one place not really a human habit, naturally. Aku agak bertenang dengan situasi sekarang, walaupun terasa ketidakadilan. The best yet to come, tu la yang bini aku cakap. As a matter of fact, aku setuju.

Alasan... alasan... alasan... itulah manusia! Alasan adalah satu kaedah self defence kuno. Ia digunakan untuk mewaraskan tindakan, baik yang berlaku semalam, atau yang akan berlaku esok malah yang sedang berlaku sekarang.

Alasan berlaku kerana kepentingan. Contohnya, terlewat sampai office. Kalau tak boleh bagi alasan atau sebab, mungkin gaji dipotong malah boleh sampai ke tahap buang kerja, kan.

Contoh lain, sepupu nak pinjam kereta, kita berat untuk bagi pinjam sebab cara pemanduannya reckless, terpaksalah kita reka satu alasan untuk tak bagi pinjam, pada masa sama menjaga hati sedara.

Contoh lain, seorang jiran suka mengumpat jiran lain. Kita tak berminat nak dengar, terpaksa juga bagi alasan agar hubungan dengan jiran tersebut dan yang diumpat terjaga.

Kepentingan yang mewujudkan alasan dan kepentingan boleh jadi perkara baik, boleh jadi perkara tidak baik. Terpulang kepada diri kita dengan kepentingan yang kita ada. Alasan hanyalah alat perlindungan. Macam pisau jugak, nak potong sayur boleh, nak potong tangan pun boleh, atas si pengguna pisau tersebut ler, macam mana dia nak pakai.

Pernah juga aku jumpa, manusia yang sangat gentleman. Tak pernah bagi alasan. Berani buat, berani tanggung. Kagum kan dengan orang yang macam ni. Kalau nak cakap, susunan bahasanya cantik, tetapi sangat berterus terang. Orang pun tak terasa hati. Kalau salah, minta maaf pun secara terbuka, siap offer lagi, kalau dia perlu tebus kesalahannya, dia akan setuju. Dahsyat! Aku salute.

ALASAN, Kata dasarnya adalah ALAS yang bermaksud "yang melindung". Alas kaki, lindung kaki, alas meja, lindung meja. Mengapa terjadinya ALASAN?

Jawapannya banyak. Secara umumnya mungkin kerana;
  1. sikap
  2. berlaku perkara luar jangka
  3. berlaku perkara yang kita tak suka
  4. perancangan yang tidak teratur
  5. tidak sanggup menerima kesan perbuatan yang telah berlaku
  6. byk lagi
Walau apa pun jawapannya, tujuannya hanyalah menjaga kepentingan yang sedang diperjuangkan. Cari makan, jaga akhlak, jaga keluarga, semua ini adalah kepentingan yang perlu diperjuangkan/diusahakan.

Kadang-kadang aku terfikir jugak, sebab apa berterus terang itu susah? Meminta maaf itu susah? Mengaku salah itu susah? Betul juga, kalau dikatakan ia perlu mengikut situasi semasa itu, tapi pokok pangkal, kalau kita ni gentleman dan kita bijak memeposisikan diri kita dalam sebarang masalah yang timbul, ia akan lebih mudah diselesaikan, once and for all. Kalau tidak, ia akan berpanjangan menjadi silence killer dalam perhubungan kita sehari-hari.

Banyak kaedah yang boleh diguna untuk berterus terang atau meminta maaf. Antara yang diajar Rasulullah adalah menggunakan wakil, jika kita terlalu segan/malu. Kita juga boleh menulis surat. Kita juga boleh berbincang. Banyak lah lagi, ikut keperluan semasa.

Pihak yang diberikan alasan juga mempunyai tanggungjawab agar masalah tidak dipanjangkan. Walau pun mereka tak berterus terang, walau pun mereka tidak meminta maaf, lebih bagus untuk jiwa kita kalau kita memaafkan. Tak mampu memaafkan orang adalah tanda-tanda sakit jiwa. Daripada jiwa kita sakit, lebih baik kita let it go. Lagi cepat, lagi bagus. 

What ever it is, ia hanyalah pandangan peribadi. Sekian.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...