POST

Saturday, June 1, 2013

KELUARGA: KEMAHUAN DAN KESEIMBANGAN

Assalamualaikum..

Hiasan: Vivary
Aku baru balik dari bersembang di kedai mamak. Jumpa member lama.. Member aku ni muda jugak lagi, sedang merancang nak kahwin.

Sempat aku tanya dia pasal persiapan, bila tarikhnya, berapa belanjanya. Terperanjat aku bila dia kata hampir 20K. Banyak tu! Apasal banyak sangat? Dia kata, memang macam tu... geleng kepala aku dengar. Biar betul!

Apa-apa je lah. Aku cakap dengan dia, fikir la habis-habis kalau nak menghabiskan duit banyak tu untuk kahwin. Bersederhana lebih baik, belanja lepas kahwin lagi banyak.

Dalam suatu perkahwinan, apa yang penting sebenarnya? Ramai yang muda-muda, bila kita tanya soalan ni, susah mereka nak jawab. Sebenarnya, aku sendiri pun susah nak jawab. Ada yang kata, persefahaman, ada yang kata keserasian, ada yang kata restu, ada yang kata ilmu dan banyak lagi lah.

Tadi, aku pun tanya member aku ni, apa yang penting...? Dia kata, dia pun tak tahu. Aku cakap dengan dia, pendapat aku, yang penting adalah kemahuan (MAHU atau kehendak). Macam mana kita nak kehidupan kita dalam berumah tangga? Macam mana kita nak pandu arah kehidupan dalam rumah tangga? Aku cakap ngan dia, kita boleh pandu ikut rasa hati kita, kita boleh pandu ikut keluarga, tapi kedua-duanya pun tidak menjamin perjalanan yang baik. Apa kata kalau kehidupan berumah tangga kita dipandu oleh apa yang Allah kata dan bagitau dalam AQ? Cadangan saja, dia sekadar mengangguk. 

Bila kita cakap pasal keluarga atau rumah tangga, ramai yang terkeliru dengan tanggung jawab. Contoh pertama, antara isteri dan ibu, siapa yang patut didahulukan? Ramai orang yang membahaskan hal ini. Aku kadang-kadang rasa hairan dan tergamam, sebab apa hal ini jadi susah sangat nak faham. Kalau tanya aku, priority aku adalah keluarga aku sendiri. Tetapi tidaklah bermakna aku mengabaikan ibu dan bapa aku sendiri. Apa jadi dengan anak dan isteri kita, kita saja yang tanggung, tak de sapa yang tanggung kan? Jadi tak salah kalau keutamaan aku ke situ. Tapi kalau sampai kita melupakan ibu dan ayah, yang tu sendiri mau ingat la!

Perkataan yang lebih tepat, keseimbangan. Keutamaan dan keseimbangan! Antara ibu dan isteri, tiada yang lebih tinggi dan tiada yang lebih rendah, tapi tarafnya tetap tak sama, pada tempat masing-masing, Jika kita tidak bijak menguruskan, maka isu siapa yang patut didahulukan akan timbul. Itu cuma satu contoh...

Satu lagi contoh, antara ibu dan ayah, siapa yang kita patut utamakan? Ramai penceramah dan ustaz dah pernah bercakap soal ni, tak salah kalau aku katakan, rata-rata membuat kesimpulan bahawa kita harus utamakan ibu berbanding bapa. Pandangan aku tidak bertentangan dengan kesimpulan tersebut, cuma ada sedikit perbezaan perspektif atau cara aku melihat isu tersebut. Pendekatan aku macam ni, kalau salah tolong tegur ye!

Sebagai seorang anak, aku akan sentiasa mendengar keluhan mak aku, permintaan dia, pesanan dia dan sebagainya. Pada masa yang sama, apa-apa perkara yang melanggar kata suaminya (bapak aku la), aku akan nasihatkan mak aku. Sama juga keadaannya apa bila aku bersembang dengan bapak aku, jika perkara yang berlaku mengabaikan keluarga, aku akan bagitau atau tanya dia, sebab apa jadi macam ni? Mesti dia ada sebab, kan? Tu untuk aku sebagai anak.

Dalam satu sudut lagi, aku sebagai kepala keluarga, berbincang dengan bapak aku, juga sebagai kepala keluarga. Masa ni, aku akan meletakkan keutamaan kepada hala tuju keluarga aku, dengan bantuan dan nasihat daripada kepala keluarga yang berpengalaman (bapak aku la). Sama juga kalau aku berbincang/bersembang dengan mak aku, setiap arahan atau permintaan jika bertentangan dengan keluarga yang kita diamanahkan untuk menjadi kepala, aku akan pertimbangkan dengan baik. Nasihat, aku akan terima dengan hati yang terbuka.

Jadi, siapa yang patut kita dahulukan, ibu atau ayah? Kalau aku, apa saja cerita dengan mak aku, aku akan balik kepada ayah aku sebagai suaminya. Jika tanggung jawab suami itu tidak berlaku, aku akan protect mak aku. Dalam mematuhi arahan, aku akan patuh kepada arahan bapak aku berbanding mak. Kenapa? Kerana dia adalah kepala keluarga!! Pasal hormat, aku akan hormat mak aku, kerana dia adalah isteri kepada kepala keluarga (bapak) dan dia adalah mak aku, pada masa yang sama, hormat kepada bapak akan lebih tinggi. Pada aku, mak melaksanakan arahan bapak dalam mendidik anak-anak, sebab tu kita kena dengar cakap mak, selagi mak mendengar cakap bapak, selagi bapak mendengar cakap Allah. Kalau dua-dua tak dengar cakap Allah, kita kena dengar cakap Allah. Namun, menghormati ibu bapa adalah tanggung jawab yang Allah suruh kita buat. Jadi, isu siapa yang patut diutamakan tidak akan timbul, jika kita peka dan prihatin dengan perintah Allah dan tunjuk ajarNya dalam berkeluarga. 

Antara isteri dan ibu, antara ibu dan ayah, ini adalah contoh kekeliruan tanggung jawab yang pasti akan dilalui oleh mereka yang meneroka alam rumah tangga. Aku pun pernah lalu macam orang lain. 

Kesimpulan aku, keluarga amat penting. Memahami apa yang dikatakan keluarga juga amat penting. Dari situlah kita akan memahami apa yang dikatakan tanggungjawab, apa yang dikatakan institusi/organisasi/susunatur berkeluarga. Ia bukan semudah ABC, tetapi bukan susah sangat macam Matematik Tambahan. Janji MAHU tahu, MAHU belajar, MAHU keluarga kita ke arah redha Allah.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...