POST

Tuesday, July 2, 2013

MENGAPA...?

Assalamualaikum...

Anak-anak adalah permata ibu bapa. Setiap pasangan yang berkahwin pasti akan menginginkan anak, baik ramai mahupun sikit, baik cepat mahupun lambat. Anak-anak menjadi seri di kala gembira, pengubat di kala duka, penguat semangat di kala merudum. Secara psikologi, pasangan berkahwin yang ada anak akan menjadi lebih matang dalam berfikir dan lebih bersifat penyayang. Mengapa? Pandangan aku, mungkin kerana ibu-bapa terpaksa menjawab pelbagai soalan anak-anak yang bertanya, ada kalanya membuatkan kita tersenyum, kadang-kadang tergelak terbahak-bahak.

"Ibu, sebab apa macam ni?"

"Ayah, sebab apa jadi lagu tu?"

Soalan-soalan yang kerap contohnya, dari mana adik datang, mengapa kena solat, sebab apa ibu pakai tudung; soalan-soalan ni mudah dijawab jika umurnya 10 tahun atau lebih. Dengan kata lain, bila akalnya telah mampu membezakan baik dan buruk. Itu pun, jawapan yang bersesuaian dengan akalnya.

Picture Credit to The Bamboo Project Blog
Sifat anak-anak yang sebegitu memang menjadi lumrah atau fitrah manusia. Secara tidak sedar, kita juga memiliki kecenderungan untuk bertanya, mengapa begitu dan begini. Kadang-kadang kita pendam kerana tidak mahu dikatakan kita mempertikaikan keadaan yang dah menjadi adat. As a matter of fact, salah ka kalau tanya? Salah ka kita tahu sebab musabab? Orang mungkin tidak akan melayan persoalan kita jika kita cenderung untuk menjadikan ia sebagai alasan (excuse). Mungkin sajalah.

Dalam Al-Quran, terdapat banyak kisah bersoal jawab. Contohnya, kisah Bani Israel dengan Nabi Musa; atas perintah Allah, Bani Israel disuruh mendapatkan seekor lembu. Jika tanpa banyak soal mereka sediakan lembu tersebut, kerja mereka akan jadi mudah, any lembu will do. Tapi, sebab banyak sangat soal, ciri-ciri lembu diberikan sehingga susah nak cari.



Begitu juga dengan kisah Nabi Ibrahim, bertanya kepada Allah tentang kejadian hidup dan mati. Allah bertanya, adakah kerana tidak yakin? Baginda menjawab, hanya ingin menguatkan keyakinan. Lantas Allah memerintahkan baginda agar menyediakan 4 jenis burung yang dicincang, digaulkan bersama dan dibahagikan atas empat bukit. Selepas diseru burung-burung tersebut, setiap bahagian burung itu bergerak dan membentuk kembali empat ekor burung itu dan masing-masing dihidupkan kembali.

Dua contoh ini menggambarkan kecenderungan manusia untuk bertanya, sama ada cenderung kepada perkara baik mahupun kepada buruk. Sama ada cenderung kepada menguatkan diri mahupun untuk melarikan diri.

Bila umur dah tinggi, 30-an, 40-an, 50-an, kita manusia dah jarang bertanya perkara-perkara biasa. Contohnya, sebab apa kena makan nasi, awat tak makan ubi ka, roti ka. Soalan macam tu la. Ada juga kebiasan seperti solat, puasa, zakat dan haji, tiada lagi persoalan mengapa kita laksanakan, kerana kita tidak mahu dianggap macam-macam sehingga menimbulkan fitnah. Sama juga, as matter of fact, tak salah juga kita tanya walau berapa pun umur kita. Bukan mempertikaikan, sekadar untuk sentiasa memperbaharui azam untuk melaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Contoh saja la.

Jadi tanyalah sebanyak mana soalan, jika ia mampu menguatkan kita ke arah kebaikan, mampu mendorong kita ke arah usaha yang lebih bersungguh-sunguh. Tak salah kan? Cuma, tanyalah kepada orang yang boleh terima soalan-soalan tu tanpa menimbulkan fitnah, itu lebih baik. Kita cuma nak tahu dan nak faedah dari jawapan, bukan nak pertikai, kan!

Sekadar pandangan.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...