Sekarang kecoh dengan isu yang bukan baru, JEREBU!!!
Kesan Jerebu, sakit mata, sakit tekak, visibility atau jarak pandang rendah dan macam-macam lagi. Macam mana nak mengatasi jerebu? Aku pun tak tahu, nak menghadapinya, bolehlah. Ikutlah nasihat Kementerian yang berkenaan.
Jerebu, secara ringkasnya mengaburi pandangan dan tidak menyihatkan sehingga kita tidak mampu melihat jauh ke hadapan... dengar macam familiar tak? Pernah tak kita merasai jerebu kehidupan?
Dalam hidup, setiap daripada kita pasti ada satu impian atau tujuan hidup. Semakin kita berusia, semakin matang dan jelas impian hidup kita. Pernah tak kita bayangkan impian yang kita hajati?
Perjalanan menuju impian itu, pasti ada banyak halangan dan dugaan. Kadang-kadang hingga kita lupa arah dan tuju. Impian menjadi kabur, jiwa menjadi tak tenang, sehingga sanggup sahaja menerima apa pun seadanya. Impian kian dilupakan. Akhirnya, impian tidak kesampaian. Pergi dalam penyesalan.