Assalamualaikum...
Sambungan daripada entry Mencari Jalan - Pengenalan.
Kejayaan? Apa yang dikatakan kejayaan?
Pada pandangan aku, kejayaan adalah perjalanan menuju tujuan. Aku berkongsi pandangan ini daripada ceramah-ceramah motivasi yang aku pernah dengar.
Ada orang berpendapat, kejayaan adalah subjektif. Aku pula berpendapat sebaliknya. Ukuran kejayaan bergantung kepada masing-masing, namun ia bukan subjektif. Ini kerana perjalanan menuju kejayaan adalah perjalanan untuk mencapai tujuan akhir. Sebelum tiba ke garis akhir, akan ada hentian-hentian di sepanjang perjalanan tersebut.
Sepanjang perjalanan tersebut juga, akan ada persimpangan yang memerlukan kita membuat pilihan. Walau bagaimana pun, bila kita jelas dengan tujuan akhir, proses membuat keputusan akan menjadi lebih mudah.
Nah kau! Jalan sangat ye! - Gambar ini share dari najasyakila.blogspot |
Sekarang, penting untuk kita jelas, apa sebenarnya garis akhir kita? Ini pendapat aku. Garis akhir adalah garis di mana kita sudah tidak layak atau tidak boleh lagi membuat pilihan. Selepas daripada garis tersebut, apa yang ada hanyalah keputusan; sama ada tujuan akhir kita tercapai atau pun tidak.