POST

Friday, November 30, 2012

Kawan dan Kahwin - Episod 3

Assalamualaikum

Perkahwinan bukan mainan. Hubungan antara lelaki dan perempuan dalam satu perkahwinan, bukan sahaja mendapat redha Allah, malah juga redha manusia.


Namun, institusi perkahwinan kini mendapat tentangan sengit daripada semangat bercinta yang makin bercambah. Bercinta itu tidak salah, pokok pangkalnya, adakah kita bercinta dengan penuh tanggungjawab? Tanggungjawab yang macam mana?

Percintaan biasanya melibatkan sepasang kekasih, atas dasar suka menyukai. Namun, hubungan itu biasanya disemai dan bercambah tanpa ikatan yang jelas. Daripada hubungan itu timbul perasaan "insecure". Seterusnya, bila perasaan insecure ini berkembang, mulalah dialog baru, "kalau U cintakan I, buktikan..". Mulalah nak merepek dengan segala perangai. Itu fenomena yang kita biasa dengar. Apa yang pelik, ia sentiasa berulang-ulang dari dulu. Kita tak pernah ambil pengajaran ke? Anak-anak muda kita tak pernah tahu ke?

Kalau dah cinta, letakkanlah tanda. Tanda macam mana? Buktikanlah dengan satu perjanjian. Kalau adat Melayu, bagilah cincin tanda oleh keluarga lelaki kepada keluarga wanita. Kalau asyik cakap saja, "I lap U". Jawab pula sorang lagi, "I lap U too.."lama-lama kering lagu tu saja, pakat dok lawan lap.

Wednesday, November 28, 2012

Kawan dan Kahwin - Episod 2

Sambungan dari entry yang lepas.

Berkawan dan Berkahwin, apa dan mengapa? Aku tulis sebab orang tanya, lepas tu, aku rasa cantik juga kalau kita kongsikan perkara ini bersama, kongsikan pendapat kita agar kita sama-sama ambil iktibar, boleh kan?

Dalam budaya Melayu, agama menjadi teras kehidupan. Orang Melayu, semasa beragama Hindu, berpegang kuat kepada Hindu, bila beragama Buddha, berpegang kuat pada Buddha, begitulah seterusnya, bila Islam menjadi teras hidup, orang Melayu berpegang kuat pada Islam sehingga ke hari ni.


Budaya Melayu kita tidak menonjolkan hubungan lelaki dan perempuan sebagai bebas. Ini kerana, dalam perhubungan lelaki dan perempuan tertulis perkataan tanggungjawab, yang hanya dapat disempurnakan dengan akad dan nikah. Tanpa akad dan nikah, perjanjian tanggungjawab antara 2 jiwa tidak mungkin berlaku.

Kawan dan Kahwin



Senario 1

"Kalau saya tanya abang sikit boleh?"

"Tanya apa?" aku mendongak kepala melihat si yang bertanya. Anak gadis awal 20-an dengan wajah serius. 

"Kalau saya suka kat seseorang tu, apa patut saya buat. Kalau dia nak berkawan dengan saya, boleh tak?"

"Ish! Buat apa tanya abang, tanya la bapa awak. Abang tak ada tanggungjawab untuk menjawab soalan macam ni." aku cuba mengelak.

"Saya bukan apa, kadang-kadang tu terasa juga. Orang lain ada boyfriend. Saya pun teringin nak ada boyfriend." 

"Hang ni, teringin apa pulak? Nak kahwin ka?"

"Tak lah. Nak kawan-kawan saja." sepupu aku ni memang petah bab bercakap. Ada saja alasan atas semua perkara.

"Lagu ni la. Abang ni bukan pandai pun. Abang pernah tanya benda macam ni kat ustaz abang dulu. Dia kata, dalam keimanan kita, tiada istilah berkawan antara lelaki dan perempuan, yang ada cuma kahwin. Hang buleh terima dak idea tu?"

"Amboi!! Orang tanya elok-elok ni, apa pulak abang kata lagu tu?"

Aku senyum saja tengok anak dara sorang ni, macam tu la kalau tanya soalan dengan harapan kita sokong dia, bila statement kita tak selari dengan pandangan dia, mula la cari jalan lain. Macam-macam.


Senario 2

Aku berjalan ke rumah sahabat jauh. Di sana aku bertemu dengan beberapa orang anak muda yang bertandang ke rumah cikgu mereka, sahabat aku ni la.

"Abang ni kawan cikgu ke?"

Aku tersenyum saja, dalam hati aku, budak-budak ni, aku sekeh baru tau..

"Saja saya nak tanya kat abang ni. Apa pendapat abang kalau saya mengajak kawan-kawan perempuan saya ke arah kebaikan? Macam pakai tudung ka, jangan sosial sangat ka, abang rasa, patut ke tidak?"

"Hang tengok muka aku macam muka kaunter pertanyaan Majlis Agama? Tanya aku macam tanya ustaz, aku bukan ustaz, hang tanya la ustaz. Mana la aku tau!"

"Tu sebab saya kata, saja nak tanya abang. Nak tengok juga pandangan abang sebagai bukan ustaz." Amboi, pandai berbahasa budak ni. Saja nak cari point  bersembang ni. Kalau ye pun, apa pulak soalan taraf STPM, tanya la pasai cuaca ka, bola ka, bil telefon ka.. budak-budak zaman sekarang....

Thursday, November 22, 2012

Di Sebalik Hati Mereka

Assalamualaikum..

Di sebalik hati mereka,
Nun jauh di dasarnya,
Tersimpan kenangan mesra,
Tersemat siapa kita.

Nun jauh di dasarnya,
Sekelumit doa sentiasa mengiring,
Merintih,
Merayu,
Agar kita seperti yang didambanya,
Agar kita senantisa di sana.

Rakan-rakan sekalian,

Dalam entry kali ini, aku menulis satu sajak yang ringkas bertajuk "Di Sebalik Hati Mereka". Niat aku, ingin tujukan sajak ini kepada kita semua walau siapa pun kita; suami, isteri, anak, ibu, bapa, sahabat, taulan, pemimpin, pengikut, guru, murid dan sebagainya.

Wednesday, November 21, 2012

Indahnya Membaca: BACA 3 - Pengalaman

Kok dilipat sekecil kuku,
Kok dibentang seluas alam.
- bidalan lama

Assalamualaikum..
Aku pernah membaca pasal bidalan ni lama dulu. Tiada kesan yang mendalam pun, faham pun tidak. Sejak 5-6 tahun lepas, selepas sekian lama (berbelas tahun jugak), aku jumpa balik bidalan ni. Sejak dari hari itu, aku sentiasa memerhatikan maknanya. Tiada apa yang istimewa padanya, cuma ia sangat menarik perhatian aku.

Untuk mendapatkan maknanya, aku banyak berbincang dengan orang yang lebih tua, dan orang muda yang lebih tahu. Oleh kerana ianya bidalan Melayu, aku banyak mencari tentang Dunia Melayu. Berbaloi juga.

Apa pun maknanya, perjalanan mengorek rahsia bidalan ini sangat mencorak pemikiran aku. Rupa-rupanya, bidalan itu tiada apa-apa yang istimewa pun, 'cuma rasa ingin tahu maknanya' yang istimewa. Cuba kalian jawab, apa benda yang bila kita lipat sekecil kuku saja, tapi bila bila kita bentang seluas alam. Apa bendanya?

Monday, November 19, 2012

OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF

"Wah! Kereta baru. Cantik betul."...

Assalamualaikum...

Azan Subuh baru saja berkumandang. Panas pula rasanya pagi ni. Dalam tenang subuh ni, aku teringat penerangan ayah pasal Objektif dan Subjektif. Mudah sangat nak faham. Selama hingga ke hari ini, baru aku tahu apa itu objektif dan subjektif secara jelas.

Macam pernyataan di atas, kereta baru  adalah objektif dan cantik betul  adalah subjektif. Objektif berkenaan objek/perkara. Subjektif berkenaan yang melihat objek/perkara itu.

Contoh, bola itu bulat. Bulat  menggambarkan bola itu, objektif. Bola itu cantik, cantik itu digambarkan oleh yang melihatnya. Mungkin ada orang lain yang melihatnya mengatakan tidak cantik, subjektif.

Faham tak?

Tuesday, November 13, 2012

Mencari Jalan - Pengenalan

Pakai baju kancing suasa, Baju songket bertanjak segak
Keris keramat tersisip kemas, Bunga langkah cantik tersusun
Segala puji Yang Maha Kuasa, Memohon doa jalan nan tegak
Dek sangat hidup yang lemas, Moga khilaf setitik terampun

http://permainanmatematikaasyik.files.wordpress.com/2012/02/jkeluar1jwb.jpg
http://permainanmatematikaasyik.wordpress.com/2012/02/01/jawaban-cari-jalan-keluar-1/

Sunday, November 11, 2012

Indahnya Berbudi

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati

Assalamualaikum,

Sebulan yang lalu, ketika aku sedang makan bersama seorang kawan di kedai seorang kawan.. kami bersembang tanpa menyedari masa berlalu. Sedang leka bersembang kelihatan tuan kedai makan sibuk menyediakan juadah untuk sekumpulan ... yang sedang berharap kepadanya, untuk sedikit tuah, sesuap rezeki.

Melihat sekumpulan ... aku sedikit terpesong dari perbualan. Terpaku seketika melihat budi yang ditabur tanpa mengira keuntungan yang mungkin didapati. Walaupun pada pandangan aku budinya tidak seberapa, sangat besar nilainya kepada mereka yang sangat berharap.

Inilah apa yang aku temui...

Thursday, November 8, 2012

BACA 2

Assalamualaikum..

Syukur kepada Ilahi, internet hari ni agak ok. Aku betul-betul rimas bila internet sangat lambat.

Anyway, kita balik kepada cerita kita, MARI MEMBACA 2 sambungan kepada MARI MEMBACA 1.

Dalam entry yang lepas, aku telah menyatakan bahawa konsep membaca ini sebenarnya luas, tidak hanya tertakluk kepada bahan bacaan berbentuk penulisan semata-mata. Ada bantahan?

Dalam entry yang lepas juga, aku juga telah menyatakan hasil pembacaan adalah kesimpulan yang menghasilkan maklumat. Namun, persoalan sama ada maklumat itu berguna atau tidak, ia bergantung kepada yang membaca.

Perkara ketiga yang aku nyatakan dalam entry yang lepas, BACA melibatkan PERBUATAN MEMBACA, BAHAN YANG DIBACA dan HASIL PEMBACAAN. Ketiga-tiga sub ini pasti dipengaruhi oleh 3 faktor; YANG MEMBACA, CARA MEMBACA dan TEMPAT BACAAN.

Sekarang, jom kita tengok tentang DASAR dan KONSEP MEMBACA.

Dasar BACA melibatkan perkara yang tertulis. Contohnya, ikan hidup di dalam air. Secara dasarnya, ia telah tertulis, tidak semestinya kita mesti menulis di dalam buku, tapi secara umum kita mengetahui perihal ikan, memang sifatnya hidup dalam air.


Wednesday, November 7, 2012

BACA 1

Assalamualaikum...

MEMBACA
Bermula dengan kata dasar BACA, adalah kata perbuatan. Tafsiran kepada MEMBACA tertakluk pada tujuan ia dilaksanakan; iaitu mendapatkan maklumat, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Hasilan MEMBACA ialah BACAAN yang merupakan kumpulan/set maklumat yang diperolehi.

Secara umum, MEMBACA lebih difahami apabila sumber maklumat atau bahan bacaan dikaitkan dengan penulisan seperti buku, majalah atau blog. Namun, secara tidak sedar kita sebenarnya banyak mengumpul maklumat daripada persekitaran menggunakan pendengaran dan penglihatan kita. Adakah ini juga dipanggil MEMBACA?

Pada pandangan aku, ia juga dipanggil MEMBACA. Aku berpendapat sedemikian kerana, hasilan maklumat dari persekitaran itu pasti kita gunakan untuk mempertimbangkan sebarang keputusan. Contohnya, bila cuaca kelihatan mendung, faktor 'akan hujan' pasti kita pertimbangkan dalam aktiviti kita sehari-hari. Keadaannya sama sahaja dengan kita membaca ramalan cuaca dalam suratkhabar atau internet, bezanya kita melihat sendiri keadaan cuaca.


Thursday, November 1, 2012

Keindahan DILEMA MEMBUAT PILIHAN


Assalamualaikum

Ketika ini, perasaan aku bercampur baur. Sukar untuk diucapkan. Semalam, cuaca mendung hampir sepanjang hari. Hati juga bergolak mencari kesudahan. Satu dilema yang sepatutnya mudah untuk diselesaikan, menjadi sukar dek tiada ketegasan jiwa.

Ketegasan jiwa adalah kekuatan sebenar manusia. Ketegasan jiwa berteraskan prinsip hidup. Ia berkait rapat dengan kefahaman yang
dibawa dalam kehidupan sehari-hari. Islam telah menggariskan kaedah membuat keputusan berdasarkan situasi dan zaman, bergantung kepada kefahaman si pembuat keputusan. Tanpa kefahaman, si pembuat keputusan akan merasa terpaksa, yang mana di dalam Islam, tiada paksaan dibenarkan.

Kaitan prinsip hidup dan kefahaman. Prinsip adalah teras utama dalam membuat pilihan. Pilihan yang tidak menepati prinsip akan diabai. Kefahaman seseorang itu akan memandu tindakan berasaskan prinsipnya. Jika dia seorang yang taat kepada Allah, prinsipnya adalah jika Allah berkata jangan, maka pilihannya jangan. Jika Allah berkata buat, pilihannya buat. Prinsip ini kuat bila kefahaman kepada Allah itu kuat. Jika prinsipnya kuat, tetapi kefahaman kepada Allah tidak kuat, ia akan berubah menjadi fanatik. Maknanya, prinsip yang dipegang itu jelas, tetapi perlaksanaan haruslah berasaskan kefahaman yang menyeluruh. Dalam kefahaman terdapat banyak pilihan dan akibat kepada pilihan yang telah ditunjukkan baik dalam Al-Quran mahupun dalam Sunnah Rasulullah S.A.W.

Mustahil untuk seseorang itu mendapat kefahaman yang menyeluruh sekaligus kerana fitrahnya bukan begitu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...