POST

Wednesday, November 7, 2012

BACA 1

Assalamualaikum...

MEMBACA
Bermula dengan kata dasar BACA, adalah kata perbuatan. Tafsiran kepada MEMBACA tertakluk pada tujuan ia dilaksanakan; iaitu mendapatkan maklumat, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Hasilan MEMBACA ialah BACAAN yang merupakan kumpulan/set maklumat yang diperolehi.

Secara umum, MEMBACA lebih difahami apabila sumber maklumat atau bahan bacaan dikaitkan dengan penulisan seperti buku, majalah atau blog. Namun, secara tidak sedar kita sebenarnya banyak mengumpul maklumat daripada persekitaran menggunakan pendengaran dan penglihatan kita. Adakah ini juga dipanggil MEMBACA?

Pada pandangan aku, ia juga dipanggil MEMBACA. Aku berpendapat sedemikian kerana, hasilan maklumat dari persekitaran itu pasti kita gunakan untuk mempertimbangkan sebarang keputusan. Contohnya, bila cuaca kelihatan mendung, faktor 'akan hujan' pasti kita pertimbangkan dalam aktiviti kita sehari-hari. Keadaannya sama sahaja dengan kita membaca ramalan cuaca dalam suratkhabar atau internet, bezanya kita melihat sendiri keadaan cuaca.


Konsep MEMBACA sebenarnya luas. Secara ringkasnya terbahagi kepada 3 bahagian. Pertama MEMBACA, kedua BAHAN BACAAN dan ketiga BACAAN. Ketiga-tiga bahagian ini pula akan dipengaruhi oleh faktor PEMBACA, CARA BACAAN dan TEMPAT BACAAN. Hasilan maklumat yang didapati akan membawa kepada KESIMPULAN oleh PEMBACA mengikut CARA BACAANnya berdasarkan TEMPAT BACAANnya. Nampak rumitkan!

Sebenarnya kita telah mempraktikkan keenam-enam perkara itu secara kita sedar atau tidak sedar.

Nanti kita sambung lagi. Aku terputus idea sebab internet yang agak lembab, susah nak surf.

Alhamdulillah...





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...