POST

Wednesday, November 28, 2012

Kawan dan Kahwin



Senario 1

"Kalau saya tanya abang sikit boleh?"

"Tanya apa?" aku mendongak kepala melihat si yang bertanya. Anak gadis awal 20-an dengan wajah serius. 

"Kalau saya suka kat seseorang tu, apa patut saya buat. Kalau dia nak berkawan dengan saya, boleh tak?"

"Ish! Buat apa tanya abang, tanya la bapa awak. Abang tak ada tanggungjawab untuk menjawab soalan macam ni." aku cuba mengelak.

"Saya bukan apa, kadang-kadang tu terasa juga. Orang lain ada boyfriend. Saya pun teringin nak ada boyfriend." 

"Hang ni, teringin apa pulak? Nak kahwin ka?"

"Tak lah. Nak kawan-kawan saja." sepupu aku ni memang petah bab bercakap. Ada saja alasan atas semua perkara.

"Lagu ni la. Abang ni bukan pandai pun. Abang pernah tanya benda macam ni kat ustaz abang dulu. Dia kata, dalam keimanan kita, tiada istilah berkawan antara lelaki dan perempuan, yang ada cuma kahwin. Hang buleh terima dak idea tu?"

"Amboi!! Orang tanya elok-elok ni, apa pulak abang kata lagu tu?"

Aku senyum saja tengok anak dara sorang ni, macam tu la kalau tanya soalan dengan harapan kita sokong dia, bila statement kita tak selari dengan pandangan dia, mula la cari jalan lain. Macam-macam.


Senario 2

Aku berjalan ke rumah sahabat jauh. Di sana aku bertemu dengan beberapa orang anak muda yang bertandang ke rumah cikgu mereka, sahabat aku ni la.

"Abang ni kawan cikgu ke?"

Aku tersenyum saja, dalam hati aku, budak-budak ni, aku sekeh baru tau..

"Saja saya nak tanya kat abang ni. Apa pendapat abang kalau saya mengajak kawan-kawan perempuan saya ke arah kebaikan? Macam pakai tudung ka, jangan sosial sangat ka, abang rasa, patut ke tidak?"

"Hang tengok muka aku macam muka kaunter pertanyaan Majlis Agama? Tanya aku macam tanya ustaz, aku bukan ustaz, hang tanya la ustaz. Mana la aku tau!"

"Tu sebab saya kata, saja nak tanya abang. Nak tengok juga pandangan abang sebagai bukan ustaz." Amboi, pandai berbahasa budak ni. Saja nak cari point  bersembang ni. Kalau ye pun, apa pulak soalan taraf STPM, tanya la pasai cuaca ka, bola ka, bil telefon ka.. budak-budak zaman sekarang....

"OK. Pandangan kan?" Budak-budak ni pakat mengangguk kepala.

"Kalau hang nak mengorat, cakap la nak mengorat. Tak payah pusing jauh sangat."

"Bukan nak mengorat."

"Dah tu, hang tuju terus pi kat kawan perempuan. Awat, kawan lelaki dah jadi baik belaka dah?"

"Kat kawan lelaki dah cerita habis dah."

"Amboi!" aku gelak terbahak-bahak.

"Kalau hang tanya aku, bila depa tanya, hang tau, jawab la. Kalau depa tak tanya, buat tak tahu saja. Apa tanggungjawab hang nak pi tegoq depa?"

"Kalau tak tegur, maknanya tak bertanggungjawab la." jawab salah seorang dari tiga anak muda tersebut.

"Hang sapa? Bapak dia? Abang dia? Abang bukan kata tak boleh tegoq. Abang cuma kata, bukan tanggungjawab hang. Kalau hang nak tegoq jugak, semua kebaikan dan keburukan teguran hang tu, hang kena terima. Kalau depa terima, dan suruh hang ajaq, hang tak buleh tolak. Kalau depa tak mau dengaq, hang tak buleh marah, kata apa pun tak buleh. Faham?"

"Maksudnya?"

"Maksudnya... setiap perkara yang hang buat, datang dengan pakej lengkap. Sebab tu, kita kena check yang menjadi tanggungjawab kita dahulu, buat apa yang kita mampu."

"Pandangan aku, kita perbaiki diri kita sebaiknya, seikhlas diri untuk agama Allah. Itu lebih baik, orang suka dengan orang yang beragama, kalau depa tanya kita jawab. Kalau tak tanya, biarlah mereka, bukan tak dak akai nak fikir baik dan buruk. Manusia ni, yakin dengan melihat. Kalau mereka tak dapat melihat diri kita sebaik yang kita cakap, apa pun yang baik dari mulut kita belum tentu depa buleh terima. Betul tak?"

"Lagu tu ke? Boleh ke macam tu?"

"Terpulang. Aku hanya memberi pandangan. Aku tak nak bebankan diri aku dengan benda yang bukan tanggungjawab aku. Takut aku tak mampu."

Pemuda-pemuda bertiga itu terdiam. Ada yang bersetuju, ada yang tidak. Macam tulah keadaan orang muda. Belum teroka lagi jalan di depan, sebab tu anggapan mereka, semuanya semudah ABC.

_________________________________________________________________________


Assalamualaikum

Inilah dua senario yang berkisar tentang perkara yang sama, couple. Apa sahaja alasan yang diletak, cerita adalah berkenaan couple. Lumrah anak muda ingin berteman.

Aku akan sambung dalam entry seterusnya...

Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...