Assalamualaikum..
Syukur kepada Ilahi, internet hari ni agak ok. Aku betul-betul rimas bila internet sangat lambat.
Anyway, kita balik kepada cerita kita, MARI MEMBACA 2 sambungan kepada MARI MEMBACA 1.
Dalam entry yang lepas, aku telah menyatakan bahawa konsep membaca ini sebenarnya luas, tidak hanya tertakluk kepada bahan bacaan berbentuk penulisan semata-mata. Ada bantahan?
Dalam entry yang lepas juga, aku juga telah menyatakan hasil pembacaan adalah kesimpulan yang menghasilkan maklumat. Namun, persoalan sama ada maklumat itu berguna atau tidak, ia bergantung kepada yang membaca.
Perkara ketiga yang aku nyatakan dalam entry yang lepas, BACA melibatkan PERBUATAN MEMBACA, BAHAN YANG DIBACA dan HASIL PEMBACAAN. Ketiga-tiga sub ini pasti dipengaruhi oleh 3 faktor; YANG MEMBACA, CARA MEMBACA dan TEMPAT BACAAN.
Sekarang, jom kita tengok tentang DASAR dan KONSEP MEMBACA.
Dasar BACA melibatkan perkara yang tertulis. Contohnya, ikan hidup di dalam air. Secara dasarnya, ia telah tertulis, tidak semestinya kita mesti menulis di dalam buku, tapi secara umum kita mengetahui perihal ikan, memang sifatnya hidup dalam air.
Perkara yang tertulis ini kita panggil FITRAH atau NATURE. Kalau tidak tertulis, kita nak baca lagu mana? Main agak-agak je ler. Benda main agak-agak ni, selalu menimbulkan perselisihan, kan!
Terdapat perkara yang telah tertulis, jelas kepada pancaindera kita, namun ada juga yang tidak jelas. Contohnya NYAWA, telah tertulis bahawa yang bernafas pasti bernyawa tapi ungkapan NYAWA itu hanya menjadi statement yang tidak dapat dijelaskan melalui pancaindera; kita hanya nampak (pancaindera) bahawa "jika orang itu bernafas, pasti dia bernyawa." Ia hanya kesimpulan langsung dari satu pernyataan yang telah tertulis.
Ada perkara yang telah tertulis, telah ditulis kembali menjadi buku atau bahan penulisan. Penulisan ini akan dijadikan panduan kepada yang membaca kemudian hari tentang perkara yang telah pasti/tertulis. Jadi, PENULISAN adalah kesinambungan pemerhatian kepada yang telah tertulis oleh orang-orang terdahulu.
PENULISAN adalah hasilan kesimpulan/pemerhatian atas dasar pengalaman/pengamatan/pengujian. Ada juga penulisan yang telah diletakkan tarafnya sebagai TIDAK MAMPU DIHASILKAN OLEH MANUSIA. Mengapa? Jawapannya, kerana ia memang tak mampu dihasilkan oleh manusia, walaupun satu ayat. Penulisan ini sepatutnya menjadi pegangan manusia. Apakah penulisan itu, korang jawab la sendiri, korang lebih tahu.....
DASAR MEMBACA yang paling utama ialah mengutamakan apa yang telah tertulis dan mengambil kesimpulan yang jelas daripadanya.
KONSEP MEMBACA. Dalam hal ini, aku suka menggunakan perumpamaan, contohnya makan, dasarnya, untuk mengisi perut dan membina tenaga. Konsepnya, ikut suka awak ler. Nak makan sushi ka, konsep kampung ka, konsep fast food ka, terpulanglah. Apa yang penting, korang makan, ada tenaga, tak menyusahkan aku, hahahaha.. tak dapek pokcik nolong eh...
Konsep Membaca melibatkan tujuan semata-mata; mengumpul maklumat untuk menghasilkan kesimpulan, itu sahaja. Nak baca guna mata ka, hidung ka, kaki ka, telinga ka, ikut suka la. Kebiasaan, pembacaan melibatkan 3 saluran utama (main channel); telinga, mata dan hati. Kita tak perlu percaya/tidak percaya dengan semua benda yang kita dengar melainkan kita melihat sendiri buktinya, maka dengan itu kita sendiri akan terasa dalam hati, benda tersebut YA atau TIDAK. Ketiga-tiga saluran ini melibatkan semua konsep dan bahan pembacaan. Baik kita membaca penulisan atau pun pemerhatian.
KONSEP dan DASAR ini adalah pandangan aku semata-mata berdasarkan pembacaan aku, jadi sudilah kiranya kalau ada yang nak membantah atau menyokong, aku suka berbincang.
Setakat ni dulu untuk hari ni, nanti kita sambung dalam MARI MEMBACA 3.
"..bacalah dengan Nama Tuhanmu yang Maha Menjadikan.."
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment