Assalamualaikum...
Sekadar hiasan |
Apa yang aku maksudkan ialah penerimaan orang terhadap diri kita. Jika emas dan permata menjadi kunci kemegahan diri kita, pasti kita akan takut kehilangannya. Begitu juga dengan wang ringgit, ketampanan dan kecantikan atau apa sahaja, kita akan terasa takut hilang. Jadi mengapa tidak budi pekerti, hilangnya ia akan melenyapkan keperibadian diri kita.
Namun begitu, peribadi juga boleh lenyap sekelip mata jika "Maafkan aku.." tidak pernah keluar dari mulut kita. Mengakui kesilapan amatlah berat, tercalar ego, jatuh air muka dan macam-macam perasaan lagi. Tetapi memohon maaf lebih-lebih lagi beratnya.
Jika meminta maaf ketika kita bersalah itu berat, MEMINTA MAAF WALAUPUN KITA TIDAK BERSALAH lebih berat lagi.
Dalam keadaan tidak bersalah, akan ada dua keadaan orang akan meminta maaf, pertama untuk meredakan keadaan, kedua, cynical, bersikap sinis atau nada mengejek mungkin. Pendapat aku saja. Kita lupakan keadaan yang kedua, kita tengok yang pertama sahaja.
Memohon maaf, apalah sangat jika dibandingkan dengan hasil yang kita akan perolehi; KETENANGAN. Untuk kita, tenang dan untuk orang lain juga tenang. Bukankah itu jalan yang terbaik?
Ego, air muka atau apa sahaja emosi yang menghalang maaf asasnya adalah MERASAKAN DIRI BETUL atau ada kalanya MERASAKAN DIRI LEBIH BAIK.
Ada juga orang berfikir begini; "..apalah guna meminta maaf, perkara yang lepas tak akan kembali, dah terlepas cakap tak boleh nak tarik balik..". Sekali pandang, mungkin betul.
Pihak yang marah pula ada yang berfikir macam ni, ".. buat apa lagi nak minta maaf, bukan boleh ubah apa-apa..". Sama juga, sekali pandang mungkin betul.
Masalahnya, bila kita berfikir begitu, perasaan kita akan berada jauh dari kawalan diri. Malah, mungkin akan mewujudkan dendam atau rasa tak puas hati yang berpanjangan. Perasaan macam ni, tidak pernah membawa faedah kepada manusia; tengoklah sejarah siapa pun dan bila pun. Rasa tak puas hati adalah penyakit hati yang boleh merosakkan masyarakat umum. Daripada kes peribadi, ia mungkin menjadi kes umum, mempengaruhi ramai orang. Puncanya hanyalah masalah antara KAU dan AKU sahaja. Tidakkah ini merosakkan?
Bayangkan sikap ini, MERASA DIRI BETUL, MERASA DIRI LEBIH BAIK, TAK PUAS HATI, DENDAM, ini sikap yang telah ditonjolkan dalam sejarah awal manusia. Siapa agaknya ya? Cuba jawab dengan jujur!
Aku tidak bertegas bahawa kita mesti minta maaf kalau kita tak bersalah, aku cuma memberi pandangan, adakalanya adalah lebih baik kita mengalah jika itu yang lebih baik untuk semua.
Meminta maaf juga bagus dalam menyatakan bahawa kita "tidak bersetuju" dengan cara berhemah. Pokok pangkalnya, budi pekerti yang baik sentiasa disanjung tinggi, walaupun oleh musuh yang paling ketat. Meminta maaf tidak akan menjatuhkan kredibiliti kita, malah akan meninggikan nama kita secara tidak langsung.
Ada masanya, kita betul dalam satu perkara, tetapi kita agak melampau dalam mempertahankannya. Perkataan maaf mampu untuk memperbaiki keadaan ini. Tak salah kan? Jangan la asyik bagi alasan nak mewaraskan tindakan melampau, tak ke mana pun.
Maafkan aku kira terkasar bahasa, ya. Allah pasti akan memaafkan diri kita, jika kita sudi memaafkan diri kita sendiri dan juga orang lain. Dah maaf tu, tak faham2 lagi? Perangai buruk jgn ulang!! Aib diri dan orang lain, kalau boleh cover, lakukan. Allah akan cover aib kita. Tapi, perkara yang mengaibkan seharusnya jangan berlaku lagi, tak larat nak maaf dah!
Pandangan saja.
Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment