POST

Sunday, April 7, 2013

KENYATAAN SEBENAR ALAM


Assalamualaikum...

Pernah dengar perkataan hakikat? Apa tu?

Ihsan

Dalam Online Dictionary, hakikat bermakna TRUTH dalam bahasa Inggeris. Ia juga bermakna kebenaran atau kenyataan. Mengapa kita bincangkan tentang hakikat?

Alam ini adalah hakikat yang nyata tentang keagungan Penciptanya. Hakikat sebenar alam hanya pada 'ada' dan 'tiada' sahaja. Sebagai contoh:
  • gelap - sebab tiada cahaya
  • panas - sebab ada haba
  • pandai - sebab ada ilmu
  • subur - sebab ada baja
Apa sahaja perkara dalam dunia/alam ini, itulah hakikatnya. Ada gaji, sebab ada kerja. Ada musibah, sebab salah cara. Ada kejayaan, sebab ada usaha.

Jadi, apa pula hakikat kita? 

Untuk memahami 'hakikat kita', penting untuk kita melihat tujuan kita ada di sini. 
Sebagai contoh, kita pergi pasar raya nak beli Milo. Sampai sahaja di sana, kita tak terus pergi ke tempat Milo, kita lencong sekejap tengok baju, kasut, tambah pula dengan tarikan promosi yang ditawarkan. Hujungnya, kita akan tetap beli Milo jugak. Belum tentu kita akan beli apa yang kita tengok selain Milo, namun ada juga kebarangkalian untuk kita tak beli Milo, tapi beli baju atau lain-lain.

Kemudian, timbul la pulak, duit tak cukup, menyesal dan sebagainya. Inilah hakikatnya, bila kita tidak menunaikan tujuan utama. Hakikat kita sebagai manusia harus memenuhi tujuan utama. Segala perbuatan dan tindakan yang kita ambil harus memenuhi tujuan kita dilahirkan. 

Apa tujuan kita dilahirkan?

Cuba tengok begini - seorang pekerja telah disuruh oleh bosnya untuk pergi berjumpa dengan seorang pelanggan untuk menyampaikan info terbaru tentang produk syarikatnya. Sampai di sana, pekerja tersebut tidak menyampaikan info tersebut, tetapi berbincang tentang hal lain. Keesokan harinya, Si Bos ini pun menelefon pelanggan tadi, dan mendapati info yang perlu disampaikan itu tidak disampaikan langsung. Agak-agaknya, apa perasaan Bos tersebut? Agak-agaknya, apa tindakan Bos tersebut?

Tujuan kita tertakluk kepada yang menjadikan kita, mengapa Dia menjadikan kita dan lahir ke dunia.

Memahami hakikat alam, kita memerlukan ilmu tentang alam itu sendiri. Ilmu perubatan, memberikan kita peluang untuk memahami penyakit dan kaedah merawatnya. Ilmu pertanian, memberikan kita pengetahuan tentang tumbuhan dan haiwan dan kaedah menghidupkan dan menyuburkannya. Ilmu agama, memberi pengetahuan kepada kita untuk memahami baik dan buruk. Semua ilmu yang ada, tujuannya adalah untuk membuka ruang agar kita mampu memilih/membuat keputusan untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan oleh Pencipta kita.

Kenyataan/Hakikat sebenar alam adalah untuk kita, menggunakan pancaindera untuk membentuk pengetahuan dan mempraktiskan segala pengetahuan yang kita ada agar tercapai tujuan kita lahir. Kita sendiri harus melakukannya, bukan mengharapkan orang lain.

Sekadar pandangan. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...