POST

Friday, April 5, 2013

ANTARA HITAM DAN PUTIH

Assalamualaikum...

Hitam dan putih, sebab apa bukan putih dan hitam? Pernah tak kita fikir secara putih dan hitam? Asyik-asyik, hitam putih saja.

Itulah lumrah manusia, melihat yang ada, baru merasa yang tiada. Ada dan tiada itu hanyalah pancaindera. Bagaimana melihat yang ada dan merasa yang tiada?

Hitam itu warna, macam warna merah, biru, kuning dan sebagainya. Tetapi putih adalah sebaliknya, ia bukan warna, ia hanyalah keadaan bila tiada warna, maka akan muncullah putih. Putih juga adalah keadaan paduan semua warna, juga akan muncul putih. Warna putih yang kita nampak hanyalah projeksi kedua-dua keadaan di atas. Mengapa aku kata macam tu?

Cuba tengok dalam bahasa percakapan orang Melayu, terutama yang telah berusia, "Maaflah, hidang air putih saja.." air putih tu, susu ka? Bukan! Air putih tu, air masak. Sebab apa panggil air putih? Sebab tiada warna. Tu contoh sajalah.

Balik kepada hitam dan putih. Ini hanyalah metafora atau perumpamaan yang menunjukkan perbandingan. Setiap perbandingan, kita akan nampak perbezaan dan perbezaan ini akan mewujudkan pilihan. Sekarang, apa perbezaan antara hitam dan putih, dimana garis pemisahnya? Aku pun susah nak cakap.

Gambar Ihsan - Seni Kehidupan
Aku selalu dengar ramai ustaz bercakap, "Jambatan ke syurga (sirathal mustaqim) sehalus sehelai rambut yang dibelah tujuh, setajam pedang.." Halusnya! Mungkin sehalus itulah hitam dan putih!

Apa pun garis pemisah antara hitam dan putih, itulah sebenarnya pemisah antara gagal dan berjaya. Sangat kecil. Perbezaannya hanyalah antara ada dan tiada. Ada hitam, tiada putih, tiada hitam, ada putih. Confuse tak? Hehehe...

Satu contoh lain, antara gagal dan berjaya selalunya terletak pada kotak fikiran kita. Bila kita sendiri fikir tidak boleh, kemungkinan besar, kita tak akan melakukannya, sudah pasti tiada kejayaannya. Tetapi jika kita fikir sebaliknya, mungkin kita akan mampu menemui jalan keluar dan melaksanakan perancangan kita dengan jayanya. 

Realitinya, kejayaan itu bermula setelah kita meneliti pilihan dan memilih jalan kita. Apa yang ada dalam kotak fikiran kita, bukan sesuatu yang fizikal pun dan ia datang dari apa yang kita lihat. Kat sini, jelas bahawa, apa yang kita lihat (ada/nampak) mewujudkan rasa (tiada fizikal/tidak nampak). Apa yang lebih PENTING, kita boleh memilih untuk melihat sesuatu perkara dari sudut yang lebih baik, sehingga apa yang kita rasa hanyalah POSITIF.

Halusnya perbezaan hitam dan putih; hanya dibezakan dari sudut pandang sahaja! Hati yang baik, akan berusaha untuk melihat sesuatu dari sudut yang baik juga. Hati yang buruk pula sebaliknya. 

Hati umpama PRISMA, betul sudut pandangnya, akan timbullah pelangi. Cantikkan!

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...