POST

Wednesday, April 10, 2013

CERMIN: MENILAI KATA MEREKA

Assalamualaikum....

Semua orang kenal cermin, Hari-hari kita tengok cermin. Dalam hati, "Cantik sungguh aku hari ni..", tapi di mulut... "Apa ni, awat la aku nampak hodoh sangat ni..."

Bercakap tentang cermin, pasti kita akan bercerita pasal pantulan. Perangai mencerminkan budi, bahasa mencerminkan jiwa, zahir mencerminkan yang batin.

Bila sahaja kita bercakap tentang perkara yang baik atau buruk, itu mencerminkan diri kita sendiri. Bayangkan apabila seseorang menuduh orang lain teruk, buruk, hodoh, jahat dan sebagainya, apa kita nampak pada yang bercakap? Itulah cermin diri. Bila kita terkesan secara positif atau negatif atas apa yang orang cakap, baik kepada orang lain atau diri kita sendiri, itu juga cermin diri kita sendiri.

Sebagai contoh;

"Man, hang tahu? Tak tau? Aku bagi tau, Bang Aji yang nampak alim sangat tu, teruk betui perangai dia. Ada ka patut dia tengking bininya depan orang ramai. Tak patut!"
"Pasaipa dia tengking?" Man tanya pula. "Pasai bini dia sakit kepala.." Karim cerita lagi. "Benda kecik pun nak tengking-tengking jugak?" Man menambah sambil bercakap dalam hati, Ish! Aku pun suka tengking bini, rasa bersalah la pulak!

Contoh sajalah, insiden ini hanyalah rekaan semata-mata. 

Berbalik kepada cerita pasal cermin, apa sahaja yang kita cakap, kita buat adalah cermin hati kita, buruk atau baik. Jadi sangat penting untuk kita menjaga percakapan dan perbuatan kita walau apa pun tujuan yang kita nak capai. Kalau hati tu buruk, berlakon la macam mana pun, yang tak elok mesti keluar jugak dari mulut ataupun perbuatan kita. Apa pun niat, pasti bayangannya akan keluar, sooner or later.


Apa yang orang kata kat kita, itu sebagai tanda orang memandang kita dengan serius; sebagai lawan atau sebagai kawan.

Pemikiran kita adalah sesuatu yang tidak kelihatan melainkan kita bercakap mengenainya atau kita melaksanakannya. Niat pula akan memandu pemikiran ke arah bagaimana melaksanakan.

Sebagai manusia biasa, aku kadang-kadang terlepas cakap jugak. Geram bila tengok orang terkinja-kinja mempertahankan pendapat masing-masing. Setiap pendapat itu ada weight, tapi bila cara ia dikeluarkan kotor, kredibiliti orang yang bercakap akan hilang. Sayang la, bila maklumat yang baik dikeluarkan dari premis yang kotor. Keyakinan orang terhadap apa yang baik akan berubah, malah mungkin orang tak boleh terima lagi idea yang baik tersebut.

Apa itu premis yang kotor? Premis yang didasari oleh perasaan, "AKU LEBIH BAIK". Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab sejarah membuktikan begitu. Tengok kisah Iblis dan Adam a.s.

Semalam, NTV 7, cerita bersiri dari Hong Kong bertajuk Grey Metal Gun; hujung cerita tu ditunjuk satu kaligrafi cina yang sedap bunyinya bermaksud lebih kurangnya; "Jalan kebaikan sentiasa disaluti kejahatan.."

Aku terkesan jugak dengan kata-kata tu, sekali imbas macam salah. Bila direnung balik, ia seakan-akan pepatah yang selalu kita dengar; "Niat tidak menghalalkan cara..", ada tak macam tu?

Macam tu juga bila kita nak menyampaikan apa sahaja kebaikan, bila niatnya tak elok, mesej yang tak elok sahaja akan sampai. Yang baik pula akan bounce out, sayang la kalau jadi macam tu.

Kesimpulannya, niat yang baik hanya terlaksana apabila perbuatan kita baik, percakapan kita baik.. boleh tak macam tu?

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...