Assalamualaikum..
Pernah sekali aku berbual dengan ayah tentang SIAPA. Ayah aku pun cerita sikit pasal SIAPA. Perkataan "siapa" tu datang dari gabungan "Si" dan "Apa".
Berfikir sejenak, "..so..?" ewah, cakap omputih plak aku.
Ayah aku cerita lagi, cuba tengok perbualan orang Melayu seharian, "Sapa yang kenduri?", "Si apa tu, Si mad sebelah rumah penghulu.." Contoh sajalah.
Si Luncai, Si Kancil, Si Tempang, "Si" merujuk kepada "yang tersebut", penunjuk kepada nama "yang tersebut" berdasarkan fizikal (tempang, buta, kaya dsbgnya), perlakuan (penipu, penjahat) atau nama yang membayangkan sifat (kancil, buaya, Bujal, Luncai, Pandir).
Itulah yang ayah aku cerita...
Jadi, ikut pemahaman aku, Si Apa adalah soalan yang untuk mendapat maklumat tentang apa yang Si tersebut buat, bukan nama yang menjadi keutamaan.
Seterusnya, bila kita tanya Si Apa aku!! Aku si pengembala, atau boleh jugak aku seorang hamba, atau boleh juga aku seorang yang hebat. Mereka yang boleh menjawab Si Apa aku kepada diri sendiri, mereka adalah orang yang kuat dari segi keazaman dan jati diri, sebab jawapan kepada diri sendiri, selalunya jujur. Macam mana nak tipu diri sendiri?
"Si Apa aku?" boleh juga ditanya dalam bentuk "Aku apa?".
Si Apa kau??!! - Toy Museum, Teluk Bahang, Penang |
Kalau kita tanya diri kita sendiri, jawapannya hanya kita sahaja yang tahu, pasti tahu. Jawapan kita pasti berkisar tentang apa yang kita buat dan sifat diri kita sendiri. Sebab, jiwa manusia sangat sensitif, ia tak dapat membenarkan perkara yang tidak benar, walau macam mana dibendung pun. Jika kita tidak pernah menyatakan keimanan, secara perkataan mahupun perbuatan, macam mana jiwa kita nak mengatakan, "aku seorang yang beriman"? Dari segi sifat, tidak nampak ciri beriman, daripada perbuatan tidak nampak ciri beriman, daripada perkataan, tidak nampak ciri beriman, macam mana nak mengaku? Kalau aku hamba Allah, bercakaplah macam hamba Allah, berbuatlah macam hamba Allah, berfikirlah macam hamba Allah. Contoh la kan.
Persona Peribadi atau "apa kita" pada pandangan kita sendiri akan mempengaruhi pandangan orang terhadap kita. Jika kita seorang yang yakin diri, pandangan orang pun yakin. Jika kita seorang yang beriman, maka pandangan orang pun akan lurus. Persona Peribadi itu pula berhubung terus dengan apa yang kita zahirkan (nampak) dalam perkataan dan perbuatan. Zahir perkataan dan perbuatan kita pula akan mewujudkan nama kepada kita, "Si Ahmad yang amanah", "Si Budak yang baik" dan sebagainya.
Bagaimana pula dengan pura-pura?
Pura-pura, atau bahasa mudahnya, berlakon, konon-konon gitu, padahal gini.. NIAT adalah pemisahnya antara menzahirkan kebaikan agar membentuk diri ke arah kebaikan VS menzahirkan kebaikan untuk mendapat faedah sementara. Apa yang pasti, niat yang baik, pasti orang nampak walau sekuat mana dia menolak. Begitu juga niat yang buruk, pasti ketara walau kita tak mahu tahu.
NIAT secara tidak langsung akan merosakkan Persona Peribadi kita. Meluruskan niat amat penting dalam membentuk diri. Persoalannya, meluruskan niat ke mana?
Sama-samalah kita meneroka dan mencari, Si Apa Aku agar dapat kita menemui niat yang lurus selurus-lurusnya.
Kepentingan niat ini, contohnya begini, kita makan, sebab kita lapar. Haiwan pun makan sebab lapar, sama ka? Jika kita makan kerana perlukan tenaga, agar aku mampu menjaga anak dan isteri, agar aku mampu menjaga agama Allah, macam mana? Perbuatannya tetap sama jugak kan? Dipendekkan cerita, itulah kepentingan meluruskan niat. Tanya diri sendiri, lurus tak? Apa pun ceritanya, niat tidak sesekali mampu menghalalkan cara. Cara yang kita ambil, sentiasa menunjukkan kita "apa". Jika kita hamba Allah, pasti cara yang Allah ajar yang kita guna.
Dah macam ceramah la pulak.. maaflah, contoh lain tak best.. contoh "hamba Allah" jugak yang terbaik
..Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment