POST

Monday, October 29, 2012

Salam Hari Raya

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Sejak 2-3 tahun ni, aku enjoy Hari Raya lebih dari aku rasa masa zaman budak-budak.

Aku baru terasa yang Hari Raya sangat menyenangkan bila kita melaksanakan apa yang sepatutnya lebih daripada mengikut trend.

Trend Hari Raya sangat berbeza mengikut budaya masyarakat setempat. Namun secara umumnya sama saja. Trend adalah ikutan yang
mencorakkan perayaan/masyarakat, yang kita semua pun maklum. Semua orang sambut raya.

Apa yang sepatutnya kita laksanakan semasa hari raya?

Apa yang aku buat seperti berikut. Perkara pertama, bangun dan jemaah subuh bersama. Kedua, takbir raya bersama keluarga. Ketiga, sarapan bersama-sama. Keempat, barulah buat keputusan nak jemaah sunat hari raya di rumah atau di masjid. Yang kelima, baru pikir pasal nak balik kampung. Orang lain mungkin lain caranya.


Aku tak kelam kabut nak balik kampung sebab kampung aku dekat dan aku tak kisah nak balik pagi atau petang. Setakat 50 km tu, balik hari pun tak dak masalah. Mak dan ayah aku memang kisah, tapi tak pernah pulak mendesak. Sama juga dengan keluarga mentua.

Aku suka beraya di rumah. Selesai hal pagi raya, tengah hari baru start keluar ziarah. Mula-mula biasa la, rumah mak ayah la, lepas tu lepak dengan sepupu sepapat, ipar duai, anak sedara. Petang balik rumah mentua, melepak sampai malam. Non-hectic life is my middle name.

Perasaan sangat tenang. Perkara penting masa raya untuk aku, takbir raya, jumpa mak ayah / mentua, bawak anak-anak bermain bersama sepupu mereka.. itu saja. Lain-lain aktiviti, bawa ke malam, lepak dengan member kampung ka, lagu mana ka.. tenangnya..

Macam tak meriah langsung... tapi aku rasa meriah sangat dah lagu tu.

Bestnya..

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...