Assalamualaikum
Kesempatan ini, aku nak berkongsi satu blog yang sangat menarik hati, Alter Terahsia Bangsa Melayu (ATBM). Sebagai tanda aku menghargai penulisan blog tersebut, aku sematkan linknya dalam Indahnya Bangsaku seperti diatas.
Mengapa penulisan ini sangat menarik perhatianku?
Pertama, penulisan ini berdasarkan penelitian seorang ahli sejarah yang bersemangat. Dalam pengamatan aku, penulisannya sangat
objektif dalam penjelasan dan huraian walaupun ia lebih bersifat jurnal kehidupan dan jiwa penulisnya. Pembuktian dan hujah disertakan dengan sumber dan bukti. Jiwa penulis jelas terpapar.
Kedua, kerana ia menceritakan tentang Ketamadunan Bangsa Melayu yang tidak pernah tersiar seterbuka ini. Malah fakta-fakta beliau disokong oleh banyak manuskrip dan catatan lama yang setua hampir 5000 tahun (2000 tahun sebelum Masihi). Tambahan pula, kebanyakan manuskrip tersebut telah diteliti oleh ramai sarjana sejarah sejak 1800 M hingga sekarang. Kebanyakan mereka secara langsung atau tidak langsung mengakui ketamadunan bangsa Malayu atau Mala atau Melayu.
Ketiga, perincian kerumpunan bangsa-bangsa peribumi (Melayu/Cham/Khmer/Mon/dan lain lagi); di Asia Tenggara khususnya dan Asia umumnya serta perhubungan dengan tamadun-tamadun yang dianggap besar seperti Namrud di Mesopotamia dan Firaun di
Mesir. Aku agak terkejut apabila ada satu kenyataan dalam penulisan itu yang mengatakan ada kemungkinan bangsa Melayu pernah berhubung dengan Nimrod of Mesopotamia dan Israel Raya ketika zaman Nabi Sulaiman. Jika tak salah, Nimrod of Mesopotamia zaman Nabi Ibrahim. Aku juga terkejut apabila satu kenyataan lagi menyatakan bahawa, masyarakat Melayu pun mendapat berita tentang kedatangan ‘agama baru’ di Tanah Arab.
Keempat, melalui transkrip2 dan kesimpulan2 hasil cross reference yang beliau jalankan juga telah menjelaskan perkembangan agama dan kekuatan ikatan agama antara bangsa2 di Asia Tenggara dan Asia. Bermula dengan agama Hindu, Buddha dan akhirnya Islam. Baru aku sedar, rupa2nya orang Melayu memang berminat dengan pengajian ketuhanan sejak dahulu. Antara yang aku faham dalam penulisan itu, Buddha lebih menjelaskan ketuhanan berbanding Hindu yang mempercayai banyak dewa. Malah menurutnya yang aku faham aku juga, dalam Buddha sendiri terdapat satu aliran yang dipegang oleh orang Melayu yang mempercayai satu Tuhan. Apabila Islam sampai di Nusantara, raja-raja Melayu dan rakyat tanpa bantahan, memeluk Islam secara rela. INI SATU FAKTA YANG MENARIK.
Sebenarnya, aku memang sangat meminati sejarah sejak dari sekolah rendah lagi. Aku banyak membaca tentang sejarah bumi Nusantara, Nabi2 dan sahabat-sahabat Rasulullah. Cuma, kadang2 ada fakta yang tidak terhubung antara satu dengan yang lain membuatkan aku keliru. Tambahan lagi apabila terdapat hikayat-hikayat seperti Abu Nawas dan Hikayat Umar Umaiyah.
Penulisan dalam blog ini sangat mengujakan. Walau banyak nama dan perkataan aku kurang faham, tapi aku rasa jiwanya sampai, if you know what I mean. Aku secara umumnya memahami tentang apa yang ditulis dan mendapat bayangan yang jelas tentang susur masanya. AKU SANGAT KAGUM!!! Aku sangat kagum kerana aku mampu faham secara umum. Macam mana aku boleh faham?? Aku pun tak faham, aku hanya minat sejarah, tapi aku major dalam Biology. Tak pernah pula aku ambil kelas sejarah masa belajar dulu. Aku rasa mungkin kerana jiwa yang menulis atau lebih dikenali dengan Srikandi itu terserlah dalam tulisannya.
Apa2 hal pun, aku dapat merasakan keindahan ketamadunan bangsa aku. Apa yang paling penting, ketamadunan bangsa aku sangat rapat dengan agama bangsa aku, Islam. Apa yang lebih mengujakan apabila aku boleh katakan, mungkin masyarakat Melayu telah mengenali Mekah (mungkin dengan nama lain) sejak zaman Nabi Ibrahim lagi. CANTIK DAN INDAH….. CANTIK sungguh.. INDAH teramat sangat.
Terima kasih team ATBM.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment