POST

Thursday, October 11, 2012

Beza Cantik dan Indah

Assalamualaikum,

Hari ni mood aku agak berserabut dek rasa hati yang gundah. Tapi, bila difikir balik, pasti ada keindahan disebalik gundah ini kan!

Walau bagaimana pun, aku nak tulis pasal Cantik dan Indah. Apa dikatakan Cantik dan lagu mana pula dikatakan Indah.

CANTIK.. dari segi bahasa aku pun tak tahu maksudnya cuma yang pasti ia adalah kata sifat yang menggambarkan sesuatu yang boleh nampak / zahir.



Misalnya, ".....awak cantik.." menggambarkan perasaan yang bercakap terhadap "awak" dari segi luaran, sama ada rupa, pakaian atau pun gerakan.

INDAH.. sama jugalah, aku tak tahu maksud dari segi bahasa. Tapi dari segi penggunaan, ia menggambarkan perasaan takjub yang bukan hanya menilai luaran, tapi aura yang sampai kepada yang melihat/merasa/mendengar. Ia melibatkan perasaan dalaman.

Misalnya, "... indah sungguh hari ni..", 'hari' adalah sesuatu yang tak nampak dek mata, tapi aura rasa pada hari tersebut boleh dirasai, agak-agaknya begitulah.


*******************************************************

Berbalik kepada mood hari ni, rasanya rasa gundah dan susah hati adalah sebahagian asam garam hidup, kata orang.... 

Aku setuju. 

Jadi, apa sahaja perkara yang menghadirkan rasa tersebut hanyalah penyebab sajalah, kan!! 

Sebab itu gundah dan resah perlu hadir dalam hidup kita dengan alasan ia akan menCantikkan dan menIndahkan hidup kita, kan!!

Ye laa, kalau tak ada asam dan garam, tak sedaplah masakan, betul?

Kesimpulannya, gundah dan susah hati/resah ini Cantik dan Indah... really?

Asyik masam dan masin saja pun masalah jugak, tak? Manisnya mana?Sedapnya mana?

Mari kita bandingkan kesimpulan ini dengan reality asam garam hidup.

Asam dan Garam dalam masakan adalah pelengkap rasa, bukanlah rasa utama dalam masakan. 
 Kedua-dua unsur ini bertujuan untuk potong rasa pedas dan kawal rasa pahit. 
Manis pula datang dari percampuran semua unsur yang kita panggil kick dalam masakan (pedas, pahit, masam dan masin). Nak manis lagi, tambah gula. SEDAP pula bergantung kepada lidah orang yang makan, yang tu budak kecil pun tahu... 

Bandingkan dengan rasa susah hati dan gundah gulana. Keindahan dan kesedapan gundah dan resah (susah hati) pun terletak pada yang rasa dan approach atau pendekatan yang diambil. 

Pelbagai pendekatan dicadangkan oleh pelbagai jenis bangsa, amalan dan kepercayaan. Apa yang pasti, punca gundah itu harus dikenal pasti dahulu. Setelah itu, rangka satu kesimpulan untuk menangani punca tersebut. Kemudian rangka pelan tindakan berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat. Proses ini akan berulang-ulang hingga solid tindakan yang akan diambil, hasilnya rasa gundah akan pergi begitu sahaja, sama ada masalah selesai atau pun tidak. Proses menangani itu sendiri telah melekakan kita dari merasa susah hati dan gundah. Sepanjang proses ini, jika perlu kita akan merujuk kepada yang lebih tua, atau buku atau melalui perbincangan. Idea-idea yang didapati secara tidak langsung menghadirkan "light at the end of the tunnel". Hati akan rasa lebih lega. 

Apa yang aku nampak, keindahan dan kecantikan atau kesedapan letak pada PROSES tadi. Walaupun begitu, Jika proses itu tidak berlaku, rasa dan gundah itu tetap akan fade away atau berlalu pergi bersama masa, cuma keindahannya tidak dapat kita nikmati sepenuhnya. Harus diingat, proses yang perlu dilalui bukan diukur dengan masa, tetapi apa yang telah dicapai.

Apa yang akan menghilangkan rasa gundah dan susah hati? Ok tak kalau aku mencadangkan, 'idea boleh menenangkan hati yang resah dan gundah", dengan kata lain, jalan penyelesaian yang jelas; jelas dari segi mampu dilaksanakan, berpadanan dengan nature tuan punya hati dan jelas pengaturannya serta hala tujunya. Atau boleh juga kita ringkaskan sebagai HOPE atau HARAPAN.

Aku rasa dah panjang sangat dah.. apa pun kisahnya, keindahan susah hati itu letak pada jalan selesainya.. aku kena cari jalan tu..

Alhamdulillah..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...