POST

Monday, October 8, 2012

Aku Suka Yang Cantik

Assalamualaikum

Soalan, siapa yang boleh menafikan kecantikan yang nampak di mata kita? Jawapannya, kita sendiri tidak boleh menafikan, tetapi orang lain boleh menafikan kerana mereka mempunyai pandangan yang lain tentang apa yang cantik, pada mata mereka.


Jadi, perlu ada pertelagahan? Jawab sendiri... (terkebil-kebil)

Aku suka yang cantik. Pada mata aku, yang cantik adalah yang memberi makna kepada aku. Selain dari itu tidaklah mustahak.

Aku suka yang cantik dan indah. Pada mata aku, yang cantik dan indah adalah yang mengingatkan aku. Jika melalaikan aku, ianya tak cantik dan langsung tak indah.



Kadang-kadang aku terleka dengan yang cantik dan yang indah, mungkin kerana aku tidak mengenali, apa itu cantik dan indah. Aku akan berusaha membawa diri ke arah yang mendapat redha dan meredhai.. Semoga bermulanya perjalanan ini membuka ruang untuk kita berkongsi..

Alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...