POST

Monday, January 6, 2014

REVIEW 2013

Assalamualaikum..

Aku sekadar ingin melihat ke belakang, mengira langkah perjalanan Aku Rasa Cantik dalam Review 2013 ini.

Aku Rasa Cantik mula mengorak langkah pada 8 Oktober 2012, lebih kurang 15 bulan yang lalu. Pada hari ini, telah mencatatkan 80 post secara keseluruhan dan mendapat lebih 3300 view. Tujuan aku menulis pada hari ini bukan untuk melihat rating atau yang senada dengannya, tetapi lebih untuk menilai apakah penyampaian aku ini menepati niat asal wujudnya Aku Rasa Cantik.


Aku faham bahawa tak semua pendapat kita ini seiring dengan pendapat orang lain. Niat asal wujudnya Aku Rasa Cantik (ARC) ini hanyalah sebagai wadah untuk berkongsi pandangan yang adakalanya menyalahi sudut faham umum serta melihat dari sudut faham atau sudut pandang yang lain, dengan harapan kita mampu menilai sudut positif dalam banyak permasalahan yang kita sering hadapi. Rasanya tidak banyak perkara baru yang diketengahkan.

Ada masa, aku kehabisan inspirasi untuk menulis.. terlalu banyak hal yang berunsur negatif, ditangani secara negatif dan menghasilkan reaksi negatif sehingga menutup kebenaran; sampai aku sendiri rasa susah nak bernafas.. nak tulis pasal benda cantik pun dah tak mampu.

Walau bagaimana pun, Alhamdulillah. Apa yang aku kongsikan dalam ARC ni semoga bermanfaat.

Sebagai meningkatkan semangat nak menulis, kita perlukan feedback yang tulus dan jelas. Jadi untuk tahun 2014 ini ARC akan berusaha untuk meningkatkan teknik menulis yang lebih baik agar apa yang disampaikan atau dikongsi lebih jelas dan teratur. Ini adalah azam baru ARC.

Langkah-langkah yang diambil untuk 2014:

Langkah pertama:
Memperbaharui niat - untuk tahun 2014, ARC akan menumpukan topik yang berkaitan Way of Life. Apa sahaja yang cantik pasal cara hidup, itu yang kita cuba ketengahkan. Mana yang tak cantik, mungkin aku cuba tengok dari sudut pandang yang lain.

Langkah kedua:
Membaiki diri - semangat yang kita dapat daripada penulisan, perkara-perkara yang baik seharusnya diterapkan dalam amalan kehidupan seharian aku akan cuba praktiskan semampu aku.

Langkah ketiga:
Sentiasa mendapatkan second opinion atau berbincang dengan pihak lain agar apa yang cuba untuk disampaikan mencapai maksudnya.

Dengan ini, maka perjalan 2014 pun bermula.... :D

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...