POST

Tuesday, January 7, 2014

KEWANGAN: Sepatutnya vs Sebenarnya

Assalamualaikum...

Bulan-bulan akhir tahun 2013 disulami banyak berita berkaitan dengan kos sara hidup. Semuanya naik, sampai rakyat naik minyak. Kebergantungan rakyat kepada kerajaan menjadi seolah-olah sebaliknya.

Dari segi aliran tunai, kebanyakan rakyat kelas pertengahan, gaji antara RM 3,000 hingga RM 6,000, aliran tunai mereka terganggu. Mengapa? Cuba kita kira secara bulanan:

Rumah (beli) - RM 1,200.00
Kereta - RM 1,000.00
Makan - RM 1,500.00 (RM 50/hari)
Kad Kredit - RM 500.00 (satu kad)
Personal Loan - RM 600.00
Api - RM 80.00
Air - RM 40.00
Unifi/Astro - RM 100.00
H/P - RM 70.00
Duit anak sekolah - RM 150.00 (RM 5/hari)
Sewa Van sekolah - RM 30.00 (dekat)
Kelas petang - RM 250.00
Pusat asuhan - RM 250.00
Tadika - RM 400.00 (pagi - petang)
JUMLAH - RM 6,170
Ini adalah perbelanjaan isi rumah yang standard bagi kebanyakan rakyat kelas pertengahan sekarang yang berumur antara 27-35 tahun dengan 3 anak (boleh dikatakan begitu). Kiraan di atas belum termasuk tol, petrol, kereta kedua atau kredit kad yang lain yang boleh dianggarkan sebanyak RM 2,500.00. Jika ada polisi insurans yang dibayar bulanan, mungkin akan ditambah lagi RM 500.00. Jumlah keseluruhan boleh mencapai sehingga RM 9,170.00. Ini hanya kiraan secara kasar, kalau dihaluskan mungkin jumlahnya akan lebih rendah.

Pendapatan isi rumah dalam kategori ini bagi suami isteri mungkin mencecah RM 6,000.00 hingga RM 10,000.00. Jika ditolak overhead bulanan sebanyak RM 9,170.00, baki hanyalah RM 830.00 jika dan hanya jika pendapatan suami isteri RM 10,000.00. Jika lebih rendah maka kebergantungan kepada kad kredit dan personal loan akan bertambah dari sebulan ke sebulan.

Sepatutnya:
Pendapatan RM 10,000.00 sebulan mencukupi bagi kebanyakan keluarga dengan 3 anak.

Sebenarnya:
Tak cukup pun. Kredit kad masih tertunggak, personal loan bertambah.

Persoalannya... MENGAPA?

Seperti kata pepatah... "lagi besar periuk, lagi banyak keraknya..". Keinginan mengatasi kemampuan, selalu mengimpikan kehidupan yang dicanang oleh IKLAN dan banyak lagi faktor lain.

Secara realitinya, banyak lagi hidden cost dalam perbelanjaan isi rumah. Duit macam meresap ke dalam angin, hilang. Apa yang berlaku sebenarnya?

Banyak perkara boleh dibuang dari list overhead, tapi kita tak sanggup sehingga ada perkara yg bukan asasi dianggap keperluan. Tanpa kesanggupan itu, kita tak bolehlah merungut jika terpaksa bersekang mata bekerja bak keldai.

Walau bagaimana pun, perancangan kewangan yang realistik masih perlu dilaksanakan. Perancangan yang realistik perlu mengimbangi keperluan kita dalam berhobi, berkeluarga, bermasyarakat, beragama dan kesihatan.

Sepatutnya, kewangan bukanlah satu isu.

Sebenarnya, akibat dari salah persepsi tentang apa itu kehidupan, tiba-tiba hutang bertambah, masa dengan keluarga berkurang, kesihatan merosot, sukar nak bermasyarakat dan sehingga tahap yang lagi parah, agama terabai. Sayang!!

Tulisan kali ini, aku tidak lah mengatakan semua orang begitu. Ini adalah pengalaman aku sendiri beberapa tahun yang lepas. Aku juga bukan menulis berkenaan kenaikan kos sara hidup baru-baru ini. Aku cuma menulis tentang aliran tunai yang jelas dalam perbelanjaan isi rumah. Kos sara hidup meningkat mendadak, bagaimana langkah yang kita ambil untuk menghadapi perubahan ini. Apa yang jelas, berhutang bukanlah langkah yang bijak.

Aku sarankan agar kita semua kembali ke bumi nyata, melihat Money Management dari sudut SEPATUTNYA & SEBENARNYA.

Sekadar pandangan. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...