POST

Monday, January 13, 2014

AKU ADA SATU IMPIAN

Assalamualaikum...

Aku ada satu impian dengan kehidupan yang sederhana. Aku selalu membayangkan kehidupan aku dengan sebidang tanah, mungkin 2 atau 3 ekar, rumah yang aku bina sendiri, ladang tanaman yang canggih, kandang lembu dan kambing yang seadanya dan reban ayam organik. Paling penting sekali, aku TIDAK BERHUTANG.
Aku juga membayangkan, kami sekeluarga sentiasa bangun awal pagi dan bersolat bersama-sama. Sementara anak-anak bersiap untuk ke sekolah, isteriku menyiapkan sarapan. Aku menghantar anak-anak ke sekolah sambil berbual-bual dengan mereka sepanjang perjalanan. Balik dari sekolah aku singgah sekejap di warung bertanya khabar dengan jiran-jiran sebelum terus ke kebun di belakang rumah.
Tengah hari, aku ambil anak-anak dari sekolah dan terus pulang ke rumah. Isteri sedia menunggu dengan hidangan tengah hari yang ala kadar. Selepas makan, aku take a nap sementara menunggu solat Zuhur dan anak-anak bersiap untuk ke sekolah agama. Pulang dari menghantar anak-anak ke kelas agama, aku berehat di laman yang teduh dan nyaman sambil membaca atau mungkin juga menulis.
Lepas bersolat Asar, aku menjemput anak-anak dari sekolah agama dan terus pulang ke rumah.
Sebelah malam, selepas bersolat Isya' bersama-sama, kami sekeluarga akan duduk berborak, sambil anak-anak menyiapkan kerja sekolah.
 Itulah impian aku. Mungkin rutin ini tidak berlaku setiap hari but most of the day, hopefully.
Dream atau impian bukan satu mimpi. Ia adalah harapan yang tersemat kukuh di dalam benak sanubari. Ia adalah bahan api (fuel) yang memberi motivasi kepada kita dalam mempertahankan cara hidup yang terbaik dan sentiasa bersabar.




Orang kata, jika kita mampu melihat (visualize) dengan jelas impian kita dalam imaginasi kita, hingga ke perkara-perkara yang kecil, memang kita sudah jelas dengan apa yang kita mahu (crystal clear). Impian sebegini InsyaAllah mampu dicapai. Agaknya, teori yang dipopularkan oleh Napoleon Hill; whatever mind can conceive and believe, definitely it can be achieved, boleh jadi benar juga.

Menggapai satu impian memerlukan tone setting seperti mencipta melodi dan lagu. Ia memerlukan perancangan dan checkpoint yang jelas. Penghasilan yang baik memerlukan rangka kerja yang baik dan langkah kerja yang teratur. SABAR meniti langkah demi langkah adalah prasyarat utama. Jika langkah itu terhenti, tergantunglah impian kita.

Demi untuk impian kita, walau pun perlahan, walau pun terpaksa mengheret kaki, walau pun perlu bertongkat, teruskanlah langkah itu. Ia adalah impian kita sendiri, bukan untuk dicanang tapi untuk dicapai. Tiada standard tertentu yang kita cari, tiada ISO, tiada audit. Kita hanya mahu mencapai impian kita sahaja.

Kekuatan paling besar dalam meniti impian adalah consistency dan semangat yang persistence. Titik mula yang paling penting adalah niat kita yang akan menentukan kiblat kita. Apa yang kita impikan hanyalah hasil akhir yang pasti sampai jika kita terus melalui prosesnya tanpa jemu. Masa; lambat dan cepat bukanlah milik kita. Kita hanya mampu merancang, masa pula adalah hak Allah.

Seorang Mukmin sentiasa mengimpikan syurga. Selalu terbayang di matanya, selalu terdetik di jiwanya, selalu menaruh harapan kepada Ilahi. Hasilnya, perjalanan hidupnya dijaga rapi agar mampu menjawab di depan Rabbul Jalil. Dengan usahanya yang bersungguh, dengan jihadnya dalam berAl-Quran, mengikuti jejak Rasulullah S.A.W. sebaik mungkin dan sentiasa menzahirkan Islam dan Iman dalam perbuatan dan percakapannya, semoga kita tergolong dalam golongan ini. Bukan sekadar berteriak mempertahankan Islam tetapi realiti kehidupan kita tidak selari dengan ajarannya.

Begitulah impian. Kita hanya pedagang di bumi Ilahi. Semoga apa yang kita dagangkan mampu memberi keuntungan di sisi Allah kelak.

Alhamdulillah.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...