POST

Wednesday, November 6, 2013

Mental Attitude

Assalamualaikum...

Malaysia memang kaya dengan perayaan. Dalam masa sebulan sahaja, kita telah melalui perayaan Hari Raya Aidil Adha, Deepavali dan semalam Ma'al Hijrah.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Salam Hijrah untuk semua. Kepada penganut agama Hindu, Happy Deepavali.

Dalam masa sebulan lebih ni jugak, aku tersibuk sikit. Teringin nak menulis tapi masa agak terhad, tambah dengan mood menulis terbabas sikit. Aku juga baru belajar tentang Mental Attitude, menarik juga untuk dikongsi bersama.



Mental adalah hal dalaman manusia, termasuklah HATI dan AKAL.

HATI - secara asasnya adalah diri manusia itu sendiri. Ia berhubung rapat dengan KETUHANAN dan KEMANUSIAAN. Ada orang yang memanggilnya JIWA.






AKAL - secara asasnya adalah Pusat Penerima Maklumat yang menghubungkan antara Deria dan Hati.





Dengan kata lain, Hati dan Akal adalah perkara dalaman manusia. Bacaan-bacaan tentang Hati dan Akal banyak ditemui dalam internet, bolehlah rujuk yang mana-mana pun.

Mental Attitude, apa itu attitude?

Dalam bahasa Melayu disebut Sikap. Dalam bahasa Arab disebut Akhlaq atau Khuluq. Ia bermaksud KEBIASAAN atau perkara yang bukan lagi baru atau yang telah melekat pada pelaku.

Mental Attitude adalah sikap atau kebiasaan Hati dan Akal dalam perlakuannya.

Apa kepentingannya?

Ianya mudah saja nak faham. Sikap yang baik akan memberikan reaksi atau tindakbalas yang baik juga, betul kan! Macam tu juga dengan Sikap Mental yang baik, akan membetuk peribadi yang baik dan menghasilkan reaksi atau tindakan dan perlakuan fizikal yang baik.

Seperti yang kita sedia maklum, sikap adalah perkara yang boleh dibentuk dan diasuh. Mengasuh mental atau minda sama mustahaknya seperti menjaga kesihatan fizikal.

Bagaimana kita mahu membetuk Sikap Mental yang baik?

Untuk bab tu, kita sambung nanti... sekadar berkongsi..

Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...