“Learning is a way to achieve consciousness…”“Without knowledge, there is no way we can call ourselves a human being or even a living creature…”“Enlightenment is not because of the knowledge we have, but because of experience we endure…”“Learn and study is two different word referring to two different things to achieve the same goal…”
What have you learn last year? Apa yang telah anda pelajari tahun lepas... atau mungkin juga semalam, atau pagi tadi?
Sepanjang tahun lepas, pelbagai isu telah timbul. Apa yang telah kita pelajari? Kenaikan harga barang, isu kalimah Allah, isu syiah, isu ajaran sesat, isu gansterism, isu tembak dan bunuh dan banyak lagi... belum masuk lagi isu keruntuhan moral yang tidak berkesudahan, malah makin pelik.
Semua isu-isu ini menyentuh sensitiviti keselamatan, kemasyarakatan malah keagamaan. Apa yang telah kita belajar?
Masihkah kita ingat isu-isu semasa pilihanraya? Masihkah kita ingat isu Lahad Datu? Masihkah kita ingat isu murtad? Masalah banjir? Apa yang telah kita pelajari?
Terlalu banyak pelajaran dalam satu hari. Adakah kita ini termasuk dalam golongan yang menghargai perkara yang baik, mempelajari sempadan dalam hal yang tidak baik? Atau kita dalam kategori tak ambik peduli???
Kemampuan untuk belajar atau "ability to learn" adalah kemampuan yang boleh dipupuk dan kualitinya ada dalam diri setiap manusia. Apa yang menghadkan kemampuan untuk belajar?? Bagaimana kalau kita lihat contoh yang sangat jelas... Adam dan Iblis..
Allah mengajarkan Adam nama-nama, (rujuk Al-Baqarah, ayat 31) dan Allah memerintahkan semua malaikat tunduk sujud kepada Adam. Iblis mengingkari hanya kerana TAKBUR (rujuk Al-Baqarah, ayat 34).
Key point yang pertama yang menghadkan kemampuan untuk belajar adalah sifat dan sikap TAKBUR. Bersama dengan sifat dan sikap ini, muncullah apa yang dipanggil EGOISTIK, BERLAGAK dan RIAK. Takbur atau TAKABBUR adalah perkataan Arab (ka ba ra) yang membawa makna besar. AKBAR adalah sifat Allah yang bermaksud Maha Besar. Manakala Takbur membawa makna besar diri.
Dalam kes Iblis dan Adam ini, sifat dan sikap Takbur berdasarkan kejadian / asal-usul. Iblis merasakan dia lebih baik kerana kejadiannya dari api manakala Adam dijadikan daripada tanah (rujuk A-A'raf, ayat 12). Sikap dan sifat berbangga dengan keturunan, kedudukan dan kehormatan akan menutup ruang minda dan kemampuan kita untuk belajar perkara baru hanya kerana kita cenderung untuk memandang rendah kepada orang lain. Kedudukan itu bagaikan Sang Iblis.
Kisah seterusnya (rujuk Al-Kahfi, ayat 65-82), berkenaan kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir. Dalam kisah itu, syarat yang diletakkan oleh Nabi Khidir adalah bersabar (tidak mempersoalkan apa-apa sehingga mengetahui/memahami secara menyeluruh atau diberitahu).
Key point yang kedua yang menghadkan kemampuan untuk belajar adalah tidak sabar / terburu-buru tanpa mengetahui secara meliputi / menyeluruh. Dengan kata lain kita bertindak balas tanpa cukup maklumat. Sebarang reaksi yang terburu-buru akan memberi impak negatif kepada emosi sehingga menyebabkan kita terus mempertahankan reaksi kita walaupun kita bersalah, hanya kerana malu. Dalam kes Nabi Musa, baginda mengakui kesilapan tersebut, mampukah kita mengakui kesilapan kita?
Key point yang terakhir untuk hari ini (yang menghadkan kemampuan untuk belajar) adalah, tidak meletakkan pujian atas setiap sesuatu perkara itu kembali kepada Allah (rujuk Al-Fatihah, ayat 2). Sesungguhnya, Allah yang mengajar kita apa yang tidak kita ketahui (rujuk Al-'Alaq, ayat 5). Jika kita merasakan kita ini bijak kerana memahami atau mampu menyelami sesuatu perkara, pada masa itulah tertutup kemampuan kita untuk belajar. Kita hanya akan sentiasa mempelajari sesuatu yang baru apabila kita masih merasakan diri kita bodoh/tidak tahu.
Ability to learn tidak sama dengan mempelajari sesuatu. Kemampuan untuk belajar adalah kunci yang membawa kepada mempelajari dan memahami. Ia adalah satu kemahiran yang wajib ada dalam diri kita. Kemahiran ini telah Allah terapkan kepada junjungan Nabi S.A.W. dalam wahyu yang pertama (rujuk Al-'Alaq, ayat 1-5).
Melalui kemahiran ini, semoga kita akan dapat melihat kehidupan kita pada hari ini dari kaca mata Rasulullah S.A.W.
Wallahu'alam. Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment