7 tahun yang lalu, aku pernah berbincang dengan seseorang (an old guy) berkenaan apa yang dipanggil kehidupan. Katanya, kita perlu sentiasa menyampaikan the real truth, the happy news and live it up. Saya pun bertanya lagi, seems hard to convey it, let alone to live it up or to live with it, i have daily job and i need to find time to do it, what should i do?
Jawapan beliau mudah saja, just do what you believe and convey it. Tapi kalau nak menyampaikan kebenaran dan berita gembira bahawa kehidupan kita ini adalah yang terbaik untuk kita jika kita mengetahui dan memahaminya, dualism bukanlah jalannya.
Apa itu dualism? Bolehlah check this link to get the idea of DUALISM...
Convey atau menyampaikan boleh juga dipanggil Da'wah. Ia bermaksud menyeru, memberitahu atau memindahkan informasi. Aku tidak memahami perkaitan antara da'wah dan dualism. Seterusnya aku pun bertanya berkenaan hal tersebut.
Jawapannya, jika kita membedakan apa yang kita percaya dan kehidupan seharian (kerja, fahaman politik, cara berkeluarga) ia adalah dualism. Contohnya, menjadi orang yang baik dan beriman at one end dan menjadi peniaga yang terpaksa melakukan hal di luar morality untuk kesinambungan perniagaan at another end, atau menjadi pekerja yang terpaksa memenuhi hasrat majikan walau ianya melampaui what we believe. Apabila kita terpaksa melalui dua kehidupan, satu tentang apa yang kita percaya dan satu lagi tentang macam mana kita nak hidup ianya sangat menyeksakan.
Secara asasnya, pegangan kita merangkumi apa yang kita rasa, apa yang kita cakap dan apa yang kita buat. Jika apa yang kita rasa dan cakap tidak selari atau bertentangan dengan apa yang kita buat, ringkasnya ia adalah DUALISM.
Dalam mempertahankan apa yang kita percaya, terdapat beberapa perkara asas yang akan merosakkan kepercayaan kita. Pertama, asas kepercayaan adalah meyakini bahawa apa yang kita percaya adalah benar (berasaskan bukti yang nyata). Jika apa yang lahir daripada keyakinan kita termasuklah rasa hati, luahan perkataan dan zahir perbuatan selari dengan kebenaran, kita akan berasa selesa kerana kebenaran adalah fitrah manusia. Kebatilan dan ketidakbenaran akan membuatkan kita tidak selesa. Sekiranya, apa yang kita yakin menyalahi perkataan dan perbuatan kita, keyakinan akan goyah dan at the end, sama ada kita akan biarkan saja ketidakselesaan tersebut atau kita akan crack under pressure.
Kedua, kita tidak perlu meyakinkan (convince) orang lain tentang kebenaran, hanya perlu bagi tahu saja (convey) kerana kebenaran tetap akan terserlah walaupun kita cuba untuk sembunyikannya. Itu juga adalah fitrah (nature). Jadi, kita tidak perlu mendabik dada mengatakan kita benar dan orang lain salah hanya kerana ingin membuktikan atau menghujahkan bahawa kita dan hanya kita sahaja yang benar.
Ketiga, how you do it. Setiap perkara dalam hidup pasti ada tatacara atau rules yang perlu kita ikut. Setiap tatacara atau rules tersebut terangkum dalam basic frame of rules yang jelas. Pada zaman sekarang (so called modern) kita kadang-kadang terpaksa melaksanakan sesuatu tanpa mematuhi basic frame of rules yang kita pegang. Ia mungkin disebabkan oleh kefahaman kita atau mungkin sistem yang ada tidak menyokong apa yang kita percaya. Walau apa pun alasannya, apa yang salah (secara prinsipal) tetap salah. Jangan kita cuba merasional apa yang salah hanya kerana kita melakukannya. Dari segi teknikal, apa saja yang kita buat, selagi ia bertepatan dengan prinsipal, kondisi, masa dan ruang, ia tidak akan menjejaskan kepercayaan kita. Cuma, kita perlu jelas dan faham dengan basic frame of rules yang kita pegang atau kita akan lost in translation.
Dualism sangat bahaya kerana kita terdedah kepada manipulation. Contohnya, kita selalu mendengar keluhan atau luahan si polan tentang pandangan orang ramai terhadap mereka, dan ada antara mereka yang mengatakan begini,
".. saya sedar apa yang saya buat. Itu bukan seksi, itu adalah permintaan penaja (contoh). Saya hanya menjalankan tugas. Walaupun orang lihat saya macam ni (seksi), saya tak pernah tinggal solat, berbuat baik kepada mak dan ayah. Ramai saja yang nampak baik dan sopan tapi perangai mengalahkan syaitan.."Ini adalah contoh manipulation. Mana mungkin hitam dan putih wujud bersama, melainkan akan wujudnya kelabu. Grey area adalah the best spot of manipulation.
Dalam perbincangan aku dengan that guy, aku cuba untuk lebih berterus terang.. aku sebenarnya tak faham. Katanya, live your life the way you truly believe, then you'll be understand.
Lama aku menungkan apa yang discuss dengan dia. In fact, dia dah meninggal pun, aku masih termenungkan apa yang tersurat 7 tahun yang lalu. Cuma hari ni, setelah nak masuk 8 tahun berumahtangga, apa yang aku boleh cakap kalau that smart guy masih hidup, mungkin aku akan cakap, ".. i feel you, brada!!!"
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment