Tujuh petala bumi
Tersembunyi seribu misteri
Tujuh petala langit
Tersimpan seribu makna
Maka lahirlah insan
Lantas
Diberitakan Adam nama-nama
Lalu
Turun bersama kunci semesta
Tersembunyi misteri di dalam hakiki
Tersembunyi hakiki di dalam diri
Tersembunyi diri di dalam makna
Tersembunyi makna di seluruh alam
Tersembunyi alam dalam iqra'
Telinga mendengar
Tapi tak faham
Mata melihat
Tapi tak nampak
Hati terasa
Tapi tak sedar
Tak faham nikmatNya
Tak nampak nikmatNya
Tak sedar nikmatNya
NikmatNya yang mana lagi yang kau ingkari?
Sebaik-baik kejadian bukan omongan
Apa lagi mahu mu?
No comments:
Post a Comment