POST

Monday, September 9, 2013

CERMIN MATA - CERMIN MUKA

hiasan
hiasan


Assalamualaikum...

Saban hari kita didedahkan dengan macam-macam berita, yang baik, yang buruk, yang tak kena mengena dan segala macam lagi. 

Sumber berita yang sampai kat kita pun beraneka sumber, FB, mulut orang, TV, paper, blog, internet news dan banyak lagi. Macam mana agaknya reaksi kita bila kita terima berita-berita tersebut?

Masyarakat kita ni, tak dak satu etika yang tetap dalam menilai satu-satu berita. Kalau tak kena kat batang hidung kita, semua ok, kalau kena kat batang hidung sendiri, mula la nak ........ . Macam-macam boleh isi kat tempat kosong tu.

Bagus kan kalau kita menyebarkan perkara baik, kecemasan dan bantu-membantu!!!

Berita bukan satu hukuman, tapi kita tend to punish hanya dengan mendengar berita... baru DENGAR... tak jelas dan nyata lagi, bukti yang ditunjuk pulak baru provokasi, dah melenting macam eject seat dalam fifgther jet.

Selepas menDENGAR satu-satu berita, kalau kita ada pendapat, simpan kat diri sendiri sudah la, yang dok jaja buat apa? Kalau cari pahala tak pa jugak, tapi lambakan berita la ni, banyaknya cari dosa saja...

Apa saja yang kita dapat, rezeki ka, berita ka, ilmu ka, cuba la kita guna cermin muka. Jangan asyik pakai cermin mata, sikit-sikit salah orang lain, sikit-sikit tanggungjawab orang lain, semua benda pun, orang lain. Diri sendiri asyik mengelak, asyik tengok orang saja.

Guna la cermin muka. Kalau dapat rezeki, cuba pikir tengok, bahagian kita banyak mana, bahagian orang lain banyak mana. Kalau dapat berita, yang baik macam mana kita nak ikut, yang buruk macam mana kita nak elak. Kalau dapat ilmu, macam mana nak amal, baru pikir nak cerita kat orang lain.

Bukan susah pun... baca Quran, fahami isinya, gunakanlah untuk diri sendiri dan keluarga, tu namanya baca Quran guna cermin muka. Kalau baca guna cermin mata, orang tu buat tak betui, orang ni buat tak kena, yang tu halal, yang ni haram... yang kita dok buat tak pula kita kesah...

Sekadar pandangan cermin muka...

Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...