Assalamualaikum...
Aku baru balik dari tengok bola kat kedai mamak.. kebetulan hari ni boring, aku balik awal. Kedai mamak biasa la, ramai orang.. kalau mood kita baik, kita tak kisah pun dengan telatah orang lain, lantak la mereka dengan perangai mereka... tapi kalau mood kita pun geylong, lagu mana perangai pun kita tak puas hati... biasa la, manusia.
Itulah komunikasi dalam masyarakat, hati kita elok, elok la perhubungan kita dengan ahli masyarakat yang lain.. kalau sebaliknya, semua pun terbalik laaa...
Komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris; communication, yang berakar dari perkataan commune. Terbitan lain mungkin community atau mungkin juga communist. Kalau kita nak ringkaskan secara bahasa pasar, komunikasi mungkin boleh kita maknakan sebagai alat untuk meng-komuniti-kan beberapa pihak(party).
Secara asasnya, komunikasi menggunakan bahasa sebagai alat (apparatus). "Meng-komuniti-kan" pula bermakna menghubungkan atau menggembleng atau mengumpulkan. Makna yang aku pakai bukan dari kamus, makna yang paham cara pasar saja.
Bahasa yang dipakai dalam komunikasi ada banyak jenis:
- bahasa yang ada suara (bercakap)
- bahasa yang ada tanda (sign board / sign language / body language)
- bahasa yang ada huruf (buku)
- bahasa yang tiada semua di atas (???)
- diri sendiri dengan diri sendiri (komunikasi internal)
- diri sendiri dengan orang lain (komunikasi eksternal)
- diri sendiri dengan alam selain orang (universal)
Connection yang terhasil pun macam-macam; ada kawan, ada musuh, ada rapat, ada jauh... macam-macam boleh terhasil, bergantung kepada kesesuaian alat atau bahasa yang kita pakai mengikut masa dan tempat.
Connection juga wujud dalam dua bentuk; sehala dan dua hala... kita pilihlah nak yang mana, dua-dua pun bagus mengikut masa dan tempat.. kalau tiada hala, tu dah jadi merapu... hahaha...
KUNCI kepada komunikasi terletak pada diri kita sendiri, bukan pada counterpart atau pihak yang satu lagi.. antara suami dan isteri contohnya, kalau kita sebagai suami, kita didiklah diri kita untuk berkomunikasi dengan baik, isteri pun akan baik juga, begitulah sebaliknya.. begitu juga lah kita sebagai apa pun, pekerja dengan bos, jiran dengan jiran, kawan dengan kawan, anak dengan bapa, you name it...
............
....................
Akhir sekali, entah apa yang aku tulis aku pun tak tau dah, kalau baguih guna, kalau tak baguih toksah guna... hari ni mood aku tak berapa baguih.. hahahah...
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment