Ada orang kata, makin tua makin matang, ada jugak yang makin miang, ada jugak yang makin malang.. hahaha... nak dijadikan cerita la kan...
"Kita Adalah Apa Yang Kita Percaya".... betul ke?
Dalam bahasa Inggeris disebut believe dan dalam bahasa Arab disebut iman.. tu pun kalau kita translate secara perkataan/nama.. let's translate by name or word first, ok? Sebab apa? Kerana setiap istilah bermula dengan makna perkataan, bukan sebaliknya.
Apa yang kau percaya? Apa yang kita percaya?
Ada orang percaya, hidup ini hanya sekali, well, memang pun... di dunia ni la sekali.. mati pun sekali jugak.
Ada orang percaya, dirinya lebih hebat daripada orang lain... ok, ikut suka kau...
Ada orang percaya, keturunannya lebih baik daripada keturunan lain... sama jugak, ikut suka kau...
Ada jugak orang percaya, Tuhan itu esa/tunggal. Good for you.
Nak percaya apa pun, percayalah.. tiada sapa nak halang.. tapi, percaya saja ka???? Setakat percaya saja, budak umur 7 tahun pun boleh...
Orang tua-tua ada sebut, "apa yang kita nampak mencerminkan hati..". Tengok muka, boleh nampak hatinya, tengok perangai boleh nampak jiwanya.. aku rasa betul la apa yang orang tua-tua kata ni...
Nak senang faham, jom kita check contoh yang dok ada... dalam masyarakat kita, main nombor ekor adalah perkara biasa... APA? TAK PERCAYA? Masuklah dalam masyarakat untuk mensahihkan berita ni...
Main nombor ekor bukan lagi tradisi masyarakat bukan Islam dah sekarang ni, yang Islam pun sama. Tapi yang peliknya, masyarakat Islam masih percaya yang judi itu illegal / prohibited / haram, tapi still kegiatan itu berakar umbi. Tu belum masuk lagi cerita pasal aurat, pasal arak ataupun pasal suruhan-suruhan wajib yang lain.
It doesn't make sense, when believers do not practice what they believe.. why? Do they stop believe already? Bukan kata semua, tapi hari boleh kata sebahagian besar mereka. Atau kita boleh kata sebahagian besar KITA sekarang.. ye la kan, buat apa tengok orang, baik check diri sendiri kan!!
Kalau kita tak buat apa yang kita percaya, kita sebenarnya apa? Kita sebenarnya siapa?
Sekadar pandangan...
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment