Lama pulak rasanya tak menulis....
Secara rasminya Syawal pun dah melabuhkan tirainya 2-3 hari sudah..
semangat Syawal mungkin masih dirasai cuma tak sehebat minggu sudah. Open house dah jadi macam kenduri kahwin..
Macam-macam berita seminggu dua nih.. minyak naik 20 sen, gengster, kontroversi Tanda Putera, Syria, Mesir, kiamat nak dekat... macam-macam betul.. kalau bukak FB tu, dah macam warta dunia, semua berita lengkap.. yang tak lengkap cuma sumbernya..
Perkembangan negara menjadi perhatian semua pihak, tiba-tiba ekonomi negara dalam keadaan terumbang-ambing, goyang, goyah dan macam-macam lagi sampaikan minyak terpaksa naik harga, polis terpaksa all out untuk bendung gangsterism, peniaga terpaksa naikkan pelbagai barangan untuk cover harga pengangkutan yang meningkat, pemandu bas sekolah kena naikkan tambang serta seba mak nenek lagi lah.
Sebabkan minyak naik 20 sen, seolah-olahnya, semua orang lupa apa akan jadi di Syria, barang naik harga, orang lupa pasal Dr Morsi... tiba-tiba cerita gangsterism hanya jadi hiasan kecil sebelah iklan dalam paper. Kes laki pukul bini di private hospital hanya jadi siulan sang murai, hilang dalam deruan bayu petang.
hiasan |
Begitu mudahnya kita nak bersihkan satu-satu berita gempar dalam arus media semasa... naikkan kemarahan rakyat, isu apa pun pasti akan tenggelam macam untung batu.. semua orang akan bercakap betapa teruknya si polan itu dan si polan ini, sampai apa sahaja perkara lain yang asalnya menjadi tajuk perdebatan kedai kopi, kononnya untuk agama, bangsa dan negara, hanya menjadi kenangan semalam, dilupakan.
Sampai bilalah perkara ni nak berubah. Apa sahaja yang disuap pasti kita akan sambar dan debatkan, sampai basi. Lepas ni, agak-agak apa lagi cerita yang akan disuap kepada kita untuk kita sambar??? Dah la yang menyuap tak nak berubah, yang disuap juga tak nak berubah-ubah... sampai bila?
Aku susah nak percaya apa yang ditulis, walaupun logik. Kadang-kadang termakan jugak. Lemas sungguh la, pembangkang cara pembangkang, pemimpin depa la malaikat, yang kerajaan pulak cara kerajaan, ikut sedap depa saja. At the end of the day, leaders from both side tetap di kerusi masing-masing, rakyat ternganga-nganga penuh harapan. At one point, aku dah hilang rasa percaya pada sistem yang ada, bull shit saja yang aku tengok. Sama saja.
Walau bagaimana pun, aku tetap percaya pada satu, bangsa aku bukan semudah itu tumbang... negara aku telah dikhianati sejak berkurun dulu tapi bangsa aku masih utuh di bumi ini.. cuma sampai bila aku tatau la... insyaAllah, selagi agama itu sentiasa dijunjung, bangsa ini akan tetap bertahan di sini..
Sekadar pandangan.....
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment