Credit for pic: NEURONARRATIVE BLOG |
Assalamualaikum...
Meluahkan emosi adalah sifat semulajadi manusia... tak puas hati, marah, sayang, sedih dan seangkatan dengannya. Ada yang menerangkan tentang emosi ni sebahagian daripada NAFSU.. dari sudut agama ia merupakan perkara yang kita harus selami dan fahami supaya kita dapat membendung sifat-sifat yang buruk dalam diri kita.
Zaman sekarang, kita boleh tengok dan alami pelbagai kaedah/cara/jalan untuk meluahkan perasaan atau emosi ni. Ada yang meluahkan emosi dengan cara bercakap, ada yang bergaduh, ada yang menulis, ada yang menunjukkan perasaan di khalayak ramai (memadu *asrama di taman contohnya), ada yang memuat naik gambar dan macam-macam lagi....
Aku rasa, tidak ada salahnya kita meluahkan pandangan atau pendapat berunsur emosi.. tidak ada salahnya, selagi ia menepati 3 unsur penting:
- Kita luahkan kepada orang yang betul
- Kita luahkan pada masa dan tempat yang betul
- Kita luahkan dengan cara yang betul
Walaupun luahan kita itu dalam bentuk MARAH, kalau kena bertepatan dengan 3 unsur di atas, marah kita akan ada kebaikannya. Sama juga kalau kita luahkan kasih sayang, atau sedih, atau tak puas hati, you name it apa pun, akan bawa kebaikan kepada semua pihak.
Aku pun sedang meluahkan emosi sebenarnya ni.. tak puas hati tengok orang yang asyik mempertikai pilihan orang lain.. aku tak suka tengok orang yang asyik mengaibkan orang lain.. seolah-olahnya, pilihan yang depa pilih itu terbaik, atau seolah-olah depa tu perfect.
Kalau nak pertikai, bagi la option yang lebih baik.. kalau option yang ada pun sama saja, tak payah la pertikai...
Itu lah luahan emosi aku... hahahahaa... nak luah emosi pun siap introduction panjang lebor lagi haih!!!
Sekadar pandangan...
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment